Canggung Antara Kita

Drama Series 15405

POV:Raien

Aku dah makan dah sebelum time rehat Haha,biasalah..CEO.Suka hati akulah nak ambil masa aku bila-bila je.Haha..

Nak lalu lorong ni,tak ada orang.

Kat sinilah aku beraksi sebagai sebagai hero kat filem-filem.

Memasukkan tangan ke poket seluar,membaikkan tali leher aku and kemaskan rambut aku.

Berjalan dengan penuh style.

Mempercepatkan langkah.Berlakon seolah-olah menyelamatkan heroin yang sedang dinganggu gangster jalanan.

"Hei,korang nak buat apa dengan dia?Kalau korang berani kacau dia,kalahkan aku dulu."Senyum sinis ku terlekuk di pipi yang dihiasi janggut dan jambang.

Macam Redza Rosli pulak style aku sekarang ni.

Korang kenal tak,Redza Rosli?Pelakon Malaysia yang terkenal tu..Paling aku suka drama dia Bisik-bisik gelora dan Kerasnya takdir.Redza kalau nak berlakon selalunya pefang perwatakan yang..sedikit baran but baik.

Dan worry,aku tak macam ni.Aku baik.Lembut.Hehe.Bukan pondan tau,maksudnya penyayang.

Penyayang?Bolehlah..Sikit-sikit...

Aku berjalan dan tak sengaja lalu depan bilik store dekat tempat pack barang kiriman.

Aku nampak perempuan tu..Nama dia....Wunna..Tu kalau aku tak silap.Dia kenapa makan kat sana?

Pelik juga perempuan ni...

Aku pun pelan-pelan memperlebarkan luas pintu dibuka.

Mata dia tengok aku.Tiba-tiba,kitorang saling berpandangan."?Apsal?" Tu apa yang aku tanya dalam hati aku.Apa aku nak cakap?Dia pun tengok akulah.

Suasana hening mengaduk rasa baru.Saling menunggu salah satu membuka perbicaraan.

Patutkah aku yang memulaikan?

"Hai." Serentak pula perkataan tu keluar dari mulut kitorang.

Kenapa aku rasa canggung ni?Tak tahu pula apa yang nak dikatakan.

POV:Wunna

Aduh,jantung aku..Ya,allah..Apa aku nak cakap ni?Dia tetiber je muncul depan pintu macam malaikat maut pula nak tarik nafas aku yang tersengal-sengal sekarang ni.

Apa aku nak cakap?,

"Awak..." Sekali lagi,perkataan yang kitorang keluarkan dari mulut serentak.Habis,siapa yang nak cakap dulu?

"Awak cakap dulu.." Tu pun serentak lagi..Alamak.

Kenapa boleh sama?Apa mungkin,dia pun tengah kekok macam aku juga sekarang?Dengan jantung yang berdebar-debar?

Tak mungkin..Tak mungkin..

Orang kata,selain nyanyi part high note dengan menyanyi,kalau jantung berdegup dengan laju tu....Jatuh hati?

Tak!!Tak mungkin..Haha.haha..Lawak lah aku ni..Mana ada,tak mungkin..

Nana..Nana...Sedar diri sikitlah,Nana..Cermin kat rumah tu lebar panjang.

"Awal cakap dululah.." Kata dia,Raien.

Dia bagi aku bercakap dulu.Tapi apa aku nak cakap?Tadi kan aku just nak say hi.Tapi dia dah cakap juga.Apa lagi aku nak cakap?

"Awak dululah." Aku bagi dia cakap dulu.Sebab aku tak tahu nak cakap apa,doh.

Beberapa saat,dia pun macam baru nak fikir apa nak cakap.

"Boleh saya masuk?" Izinnya.

"Err...Store je kot..hehe..Buat apa nak malu..Masuklah."Kalau tak boleh,takkan aku nak halau dia kan?

Dia berjalan sambil berkata" Yelah.Mana tahu awak tak selesa dengan keberadaan saya kat sini?"Dia duduk di sampingku tapi membuat jarak supaya tak jadi fitnah di mata orang.

"Er..Tak..Tak apa.." Tak apa lah konon.Padahal aku betul-betul tak selesa dia kacau ketenangan aku kat sini.

"By the way,kenapa awak makan sorang-sorang kat sini?Tak dengan kawan ke?Boyfriend ke?"Pertanyaan dia buat aku nak ketawalah.Tapi ketawa aku bukan sebab lucu.

"Dari mana saya nak dapat kawan,awak...Tak adalah kawan boyfriend semua tu.." Aku mulai tunduk..Bersedia..Aku takut kalau tiba-tiba air mata aku jatuh tanpa aku sedari.

Dia pun diam tak tanya apa apapun.

Aku rasa mata aku pedih macam tengah potong bawang pula.

Dia tenung je muka aku dalam-dalm.Aku malulah nak balas tatapan dia.

Angkat sendok,makan.Makan.Makan,makan dan makan.Kenapa aku makan?Dahlah aku tak kuat nak lawan perasaan aku.Lawan air mata aku.Nak lawan sambal pedas ni lagi.

Alamak,pedas.Nasi gorang ni paksa aku menangis.

~Lawanlah air matamu dengan senyuman.~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience