Makan Malam Bersama

Drama Series 15405

POV:Raien

Mana Wunna ni?Selalunya jam macam ni dia dah sampai dah.Takkan dia tak masuk kot hari ni.Dia sakit ke?Kenapa dia tak bagitahu aku?

Aku ada belikan dia sejambak bunga paling mahal kat kedai tu.Aku harap dia suka lah.

Lima minit kemudian....

Mana dia ni?Wunna,cepatlah.Jangan buat saya risau.Aku letak bunga ni kat meja dia lah.

Wunna!Tu dia.Aku pun sembunyikan bunga tu kat belakang aku.Harap-harap dia tak nampaklah.Aku nak buat suprise untuk dia!

"Hai,awak.."Sapaku.

"Hai.."Balasnya ringkas.

"Kenapa awak lambat hari ni?"Nak tahulah juga aku.

"Tak ada.Saya breakfast lagi tadi."Aik..

"Breakfast?Kenapa?Selalunya awak tak breakfast ke sebelum pergi kerja?"Dia nak diet kot.

Dia tengok aku je terus senyum" Tak ada lah."Tu je yang aku jawab.

"Nah,untuk awak."Aku pun letak makanan tu atas meja dia.

"Terima kasih."Katanya.

"Sama-sama.Kalau macam tu,saya pergi dulu..Ye?"

"Awak...Tunggu."

Aku yang dah nak jalan palingkan kepala je"Ye?"

Dia pun berjalan mendekatiku"Awak..Malam ni,sibuk tak?"Tetiber pula dia tanya aku sibuk ke tak.Dia nak bawa aku dating ke?On sleepcall?

"Tak lah juga..Kenapa?"Nak tahu juga aku.

"Awak balik hari ni pukul berapa?"Pukul berapa pula dia tanya?

"Pukul lima kot,petang ni.Kenapa?Awak nak bawa saya dating ke?Kat mana?Nak dinner sama-sama?"Haaha.

"Macam mana,eh?"Dia macam ragu nak katakan sesuatu dekat aku.Nak putus ke?

"Awak....Sebenarnya,macam ni.Keluarga saya dah nampak dah video yang kita yang viral baru-baru tu.Jadi......Saya tak nak sebenarnya.Tapi diorang yang nak."Dia tergagal-gagap nak katakan.

"Hah?Apa?Cakaplah.."

"Malam ni...Diorang suruh saya bawak awak.......datang rumah....Awak...Dapat ke?" Aku tersenyum dengar apa yang dia cakap tu.

"Maaf,saya tahu ni mungkin masih.....Awal untuk kita.Tapi saya tak boleh tolak perminta--

"Saya dapat..Saya dapat datang.Mana eh rumah awak?"Bakal menantu nak bertandang ke rumah bakal mertua?Mana ada!Bakal mertua aku ibu ayah Aralah.Betul ke aku dapat datang ni?Macam mana kalau aku tiba-tiba kena kahwin dengan dia?!!Tak,aku masih setia dengan Ara!!Aku tak boleh macam ni!

"Betulkah,awak dapat datang?"Aku baru je nak batalkan niat aku pergi rumah dia.Tapi,dia dah happy macam ni.Takkan sampai hati aku nak lukakan perasaan dia?Dia dah terlanjur bahagia dengan aku selama ni.Tiba-tiba pula lain yang jadi.

Lelaki apa ni aku?Hari tu kan boleh je aku tak ikut apa yang kawan-kawan aku suruh.Bukan tak boleh pun.

Masalahnya masa tu aku bodoh!Aku terima je!Macam mana aku nak tarik kata 'Aku terima' tu?!Dah tak boleh menyesal.

Takkan aku nak berusaha dapatkan hati Ara sementara aku permainkan hati wanita yang tak bersalah ini.Maafkan saya,Wunna.

Patutkah aku jujur tentang semuanya sekarang?Sebelum semuanya terlambat?Sampai dia dah terlanjur betul-betul cintakan aku nanti?Sampai kitorang dah bersanding kat pelamin?Baru aku nak jujur?

Betapa hancurnya hati dia bila tahu semuanya.Aku kena bagi tahu sekarang.Aku rasa dia masih boleh maafkan aku.

"Awak....."

"Ye?"Jawabnya dengan senyuman yang manis.

"Sebenarnya....."Aku....betul-betul tak sampai hati.Aku tak dapat...

" Tak ada..Saya pergi dulu."

"Ya.."

Aku pun jalan dengan hati yang risau.

Bodohmya kau Raien.Kau ni lelaki!!Kenapa pula kau jadi pengecut macam ni?!Sepatutnya aku dah cakap dekat dia lepas tu semua langsai.

Langsai?!Apa yang langsai?!Dah lah malam ni aku kena jumpa dengan keluarga dia.Takkan dekat keluarga dia sekali aku kena bagi harapan palsu?!

Berapa kali aku nak salahkan diri aku?!Aku kak marah diri aku?!Aku nak benci diri aku sendiri.

This all because you,Raien!!

~~~Depan rumah Wunna

Aku dah sampai depan rumah dia.Rumah dia boleh tahan mewah jugak.

Aku pum ambil telefon nak call dia.

TUT,TUT,TUT,TUT,TUT.

Lambatnya dia nak angkat call.Dah."Hai,awak..Saya dah ada kat depan rumah awak...Ye.Baru je.Okay..Saya tutup?"

TUT.Aku matikan panggilan.

Aku berjalan mendekati pintu rumahnya dan menekan bel"DINGDONG!DINGDONG!"

KLEK!Pintu rumah dibuka dan pertama yang saya nampak adalah Wunna

Senyuman aku dibalas dengan senyumannya yang lebih manis dari madu.

"Masuklah.." Jemputnya.

Aku pun menanggalkan kasut dan masuk dengan beradab sopan.

"Awak..Jomlah.Kat dapur."Terus ke dapur.Aku baru sampai ni.Awal betul.

Kitorang pun berjalan menunu ke dapur dab yang aku nampak perempuan tua yang bersolek tebal dan perhiasan seperti rantai dan gelang yang banyak.Bukan dalam Islam tak boleh ke berdandan melebih-lebih macam ni?Pakaian dia pula dress warna merah.

Sebelah dia pula ada lelaki tua pakai kaca mata lepas tu tengah main telefon.

Yang aku fokus sekarang bandingkan rupa dengan warna rambut dia.Rupa dia dah nak 60an ni.Tapi rambut dia masih warna hitam.Jangan-jangan dia dye ni rambut dia.Ey,dalam Islam haramlah warnakan rambut warna hitam!!Semua warna boleh kecuali yang gelap macam warna hitam.

Takkan keluarga dia langgar peraturan dalam Islam?

Lepas tu Wunna duduk sebelah aku.Tak lama lepas tu,seorang perempuan yang cantik dengan pakaiannya dress paras paha lepas tu nampakkan bahagian dada dan belakang.Ish,ish,ish..

Wanita tua tu pun senyum kat aku.

Aku pun balas senyum balik beserta tundukan hormat aku dekat yang lebih tua.

"Eee....Ini nama dia Raien.Raien,ni mommy saya.Ni pula daddy saya.Dan yang ini adik saya nama dia Natalinda Asirla.Boleh panggil Linda."Terang Wunna.

"Tak nak!!Kalau abang Raien,Linda nak nama spesial dari abang.Bagi namalah abang.Spesial untuk Linda.Boleh ambil nama pendek dari Linda."Gediknya adik dia ni.Apa pula nama spesial ni?..

"Cepatlah abang..Bagi nama spesial.Linlin ke?Nana ke?Upss,Nana I tak suka.Tata?Tak cantik.. Abang bagilah cepat!" Ih,apalah perempuan ni?

"Abang!!" Gediknya!

"Okay,okay..Sisir?"

"Ih,apa pula Sisir?!Tak sukalah!Tukar la nama lain!!" Ih,tak sukalah aku!Mengada!Wunna tak macam ni pun!Iyalah,Wunna kalau buat manja tak melampau macam ni.Ini gedik.

TIK TIK..

Akhirnya dah habis makan malam yang juga perkenalan antara aku dengam keluarga Wunna.

Okaylah juga,aku suka datang sini.Kalau boleh esok pun aku nak.Sebab aku nak makan masakan Wunna.Sedaplah!!

Keluarga dia tu....Aku tak suka sangatlah.Sebab diorang suka tanya soalan yang pelik-pelik.Dan adik Wunna tu,aku tak selesa.Dari tadi macam nak goda aku.

Baru masuk dapur nak pandang aku.Sepanjang masa makan,dia tak lepaskan pandangan dia lepas tu senyum-senyam tak henti.

"Baiklah,terima kasihlah,ye aunty,uncle.Sudi jemput saya makan malam bersama.Sedap-sedap semua lauk."

"Iya,lain kali kalau ada tak sibuk,datanglah sini lagi.Ya?"Kata uncle.

"Ya.." Jawabku ringkas.

"Saya pulang dululah kalau macam tu,assalamuailaikum."

"Wa'alaikumussalam."Jawab aunty pula.

Aku tengok Wunna lepas tu senyum dekat dia.Dia baru nak lambaikan tangan dan nak cakap sesuatu tapi adik dia si Linda tu datang dekat aku pula.

"Abang...Dah nak pulang ke?Kita borak-borak dululah,bang.Buat apa nak awal-awal?" Dia bergelayut manja peluk lengan aku lepas tu pelan-pelan aku lepaskan"Ni dah lewat.Nanti risau pula mama dengan papa saya.Saya pulang dulu,ya?"Tak selesa pula kalau aku gelar diri aku abang tempat adik dia.Baru kenal kot.Aku tak selesalah..

Aku pun tengok Wunna tapi dia senyum kecil je tengok aku dengan Linda.

Aku pun masuk dalam kereta.

Hmm....Nanti aku nak lawat Ara dengan keluarga dia lah.Dah lama tak jumpa.Kira-kira apa khabar diorang?

~Kadang-kadang satu perbuatanmu dalam satu masa menghasilkan dosa dan pahala.~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience