POV:Wunna
Penatnya,kerja sepanjang hari.Kalau boleh aku nak cuti seumur hidup tapi bergaji.Itulah yang semua orang nak.
Semua orang dalam dunia ni pasti menginginkan kebahagiaan tanpa menghadapi kesulitan.Tapi bahagia tu susah nak dapat.Macam akulah.
Macam semua orang susah.
Aku masuk rumah dah ada diorang bertiga duduk kat sofa.Ada apa lagi?
Aku pun mendekati mereka"Assalamualaikum.."Lalu aku bersalaman dengan mereka semua.
Ni kali pertama aku bersalaman dengan diorang selepas ayah dengan nenek dah tak ada.
Tak baiklah nak ungkit-ungkit benda yang dah lalu,kan?
"Linda,mommy dengan daddy belum tidur lagi?" Mereka pun saling berpandangan.
Mommy menarik tanganku lalu menyuruh aku duduk di sebelahnya"Duduk dulu.."
"Ada apa,mommy?" Tanyaku.
"Mommy nak tanya.Kenapa Raien tinggalkan Linda time dekat cafe?Linda jatuh sebab kejar Raien pun Raien biarkan je?"Betulkah?Kenapa tanya aku pula?Aku tal ada lah masa tu.Lagipun diorang dua je yang nak berjumpa.Mommy tak tahu ke?
"Yekeh?Entahlah..Wunna tak tahu apa yang jadi sebab Wunna tak ada masa tu."Kataku mengatakan hal benar.
"Tapi yang mommy nak tanya kenapa Raien tak suka Linda?Sepatutnya lelaki yang confess dekat perempuan and lelaki yang merayu dekat perempuan..Tapi ni kenapa pula sampai Linda yang nak merayu bagai ni?" Tanya mommy.Salah ke kalau Linda confess dekat Raien?Kan Linda sukakan Raien memang patutlah.
Tak akan tiba-tiba Raien pula yang kena cakap dulu?Kan Linda yang bawa jumpa dulu.
"Lah,mommy..Tu kan hal diorang kenapa pula tanya Wunna?Wunna memang tak tahu apa-apa.."Aku tak faham lah kenapa pula aku yang kena soal siasat ni?Macam aku suspek pula.Aku tak ada salah.
" Tak..Mana ada lelaki yang nak tolak Linda.Mommy dengan daddy jaga Linda dengan baik tau.Jaga lembut-lembut.Tengoklah,sekarang apa dah jadi?Jadi cantik.Mana ada yang pernah sakitkan hati dia?Orang pertama Raien tau.."Kata mommy pula.Aku nak suruh dia stoplah cakap semua tu.
Aku dah setuju dah Linda akan dapatkan Raien.Itu usaha Linda sendiri.Cara dia sendiri macam mana nak dapatkan hati Raien.
Itupun aku kena tolong eh?
Aku pun diam je dengar dia membebel.Apsal aku yang kena marah pulak?
"Wunna....Tak cakap apa-apakan dekat Raien?"Tanya daddy.
"Hah?Cakap apa pulak?"
"Wunna jangan macam-macam eh.Kalau sampai daddy tau Wunna masih tak lepaskan Raien dekat Linda daddy akan...." Tiba-tiba ekspresi wajah berubah menjadi marah dan menakutkan.
Takkan tiba-tiba aku kena dera macam dulu lagi?Apa semua ni?
Akan apa?Hah?
Pasal tu je pun.Linda memang segala-galanya bagi diorang.Aku tak ada apa-apanya.
Tiba-tiba mommy batuk"Uhuk!!Uhuk!!"
"Mommy tak apa-apa?" Tanyaku sambil duduk ke lantai ingin mncuba menepuk-nepuk dada dan belakang mommy.
Tiba-tiba Linda tolak aku"Woii!!Kau tunggu apa lagi?Nak tunggu mommy mati baru kau ambil air?!!"Aku yang faham maksud dia cepat-cepat ambil air.
Aku pun pergi ambil air dan segera memberikannya pada mommy.
Lepas mommy minum terus dia dah okay dah.
"Wunna..Kamu dah bagitahu Raien kalau kamu dah nak kahwin minggu depan seterusnya?"Kenapa daddy tanya aku sekarang?Ye,aku janji akan bagitahu Raien.Tapi bukan sekarang.Sebelum kahwin dengan orang lain aku masih nak nikmati masa aku dengan Raien yang tersisa.
Baru-baru ni aku sengaja tak layan sangat Raien tu sebab aku masih marah dengan apa yang aku nampak hari tu.
Tapi niat aku nak merajuk kejap je.Lepas tu aku nak habiskan banyak masa dengan dia.
Takkan daddy nak aku cakap sekarang ni?Dan kalau dia tahu yang aku ni belum putus juga dengan Raien,dia akan buat apa dekat aku?
"Emm...Macam ni daddy.Jadi....Wunna...Belum sedia nak terangkan semua dekat Raien so Wunna belum bagitahu dia apa-apa.Tapi Wunna janji nanti Wunna akan bagitahu Raien."Setelah aku habiskan kata-kata aku,aku terus tengok tempat lain sebab aku takut apa yang akan aku dapat nanti.Kena tampar ke?
"Jadi Wunna belum cakap apa-apa lagi?Patutlah Linda kena reject.Kan daddy dah cakap,dari kelmarin lagi,putus cepat dengan Raien tu."Daddy macam cuba tahan emosi dia.
"Boleh bagi Wunna sikit masa lagi?"Aku harap diorang setuju.
"Maksud Wunna?Tak nak putuskan hubungan dengan Raien lagi?"Kata mommy pula.
Semua tengah tengok aku.
"Bukan macam tu,mommy, daddy..Wunna janji akan putuskan hubungan dengan Raien.Tapi,bukan esok.Tapi lusa.Ye?Bolehlah."
Mommy dab daddy saling berpandangan"Baiklah..Mommy izinkan.Tapi kamu janji lepas tu kamu kena putuskan hubungan dengan dia.Alasannya bagitahu je alasan sebenar.Dan paksa dia terima Linda.Ye?Kalau kamu tak nak mommy dengan daddy akan cepatkan perkahwinan kamu tu."Hah?Cepatkan?Aku tak nak.
Bagi aku masa nak bersedia.
~Kebusukanmu yang disembunyikan oleh perbuatanmu itu akan terbongkar juga pada akhirnya.~
Share this novel