Ingat muka dia je,jumpa mana eh?
Oh,lelaki tadi tu!Yang satu lift dengan aku.Pastu,aku tumpahkan coffee dia yang kat cup tu.Oh my god,apa aku nak buat ni.Dah lah dia dah ganti sut dia.
Dia ingat aku tak?Mestilah!Aku pun ingat dia!!Harap-haraplah dia dah lupakan hal tadi.
Tiba-tiba mata tajam dia tengok aku.Takut aku,tengoklah tempat lain.
Setelah beberapa puluh minit,mesyuarat telah habis aku keluar menghembus nafas yang panjang.Paling tak suka,meeting.Sebab kalau nak bagi penjelasan mesti lama punya.
Aku ni,lebih kurang seorang yang introvert dengan hal-hal luar.Luar?No,maksud aku....Err,yang nak kawan dengan aku jarang an?Nak share cite pun..Jarang.Apa lagi kalau kerja group,pastu nak buat presentation.Aku memang tak satu otak dengan mereka.
Aku lebih suka buat kerja sendiri.
Korang nak tahu kitorang bincang apa je sepanjang meeting tadi?Pembukaan dia,nak kenalkan CEO baru company ni.Ah!Tak sangka betul aku lelaki tu rupanya CEO baru!!Nak tahu nama dia apa?Raien Zulki binti Rosman.Herr..Dan seterusnya sampai boleh berpuluh minit tu,yah..Perancangan barulah.Aku pun malas nak ingat.
Aku sekarang ni jalan sedang melamun tau.Tiba-tiba ja ada lelaki tadi tu.
Aku menaikkan sebelah keningku bertanya dalam hati"Kau nak apa?Tengok aku macam tu?"
Aku buat macam tu dia balas pula naik kening juga?Oh,aku baru ingat,dia C.E.O baru aku,aku pun bagi tunduk hormat.Lepas tu?Belah lah..Hahaaha..Dasar aku..
Tangan aku?Dia tahan tangan aku?!Wey!!Tempat public ni!Pegang tangan anak dara orang!!
Aku pun menarik tanganku dan menggosok-gosok tanganku seolah membuang debu dan memandangnya secara sombong tapi hormat.Wah,macam mana tu?
Dia pun menegakkan bandannya memandang aku yang pendek bin gemok ni.
Allah,geram aku!!Apa dia nak ni.Faham-fahamlah,badan berat macam ni nak duduk sangat.Senang penat tau,haus..Bagus kalau kau belanja aku minum.
"Ye?" Tu je yang keluar dari mulut aku.
Dia menundukkan kepalanya tengok aku.Terasa lah aku sebab pendek."Kau....Tak nak cakap apa-apa?Aku ni dah boss kau tau?Dah kau langgar aku,tumpahkan minuman aku..Then baju aku basah kau jalan macam tu je realax macam tak ada apa-apa.Amboii."Katanya.Ew,kau cakap macam tu kat aku?Hello,aku tengah tu pun cepat-cepatlah.Yang kau menyibuk pagi-pagi dalam hidup aku kenapa?Salahkan aku pula.Manalah aku tahu tadi pagi kau bakal CEO.Kalau kau pekerja biasa je aku pun malas nak layan apa yang kau cakap sekarang ni.
"Hem!!" Aku menghembus nafas berat dan tersenyum"Maaf,boss.Tadi pagi saya tak sengaja langgar-langgar boss.Lepas tu tumpah pula minuman boss.Kena baju lagi.Sorry ya?Boss kan kaya,tak payah macam kat drama tu nak minta ganti rugi,eh?"Habis je ayat tu,pasang muka masam balik.Balik tempat duduk aku.
Meski pun aku tak pandang belakang tengok dia,aku tahu mesti dia tengah geram sebab aku cakap tu je tak tengok mata dia terus jalan lalu anggap dia angin lalu je.
Hari ni,cuti.
Aku tengah makan dekat restoran yang makanan dia boleh tahan sedap jugalah.
Aku ni memang macam ni,time rehatkah,cuti,kalau nak pilih makanan memang kat sini.Sedap and sedap.
Time aku makan tu,aku tak sengaja nampak Raien,CEO baru tu.Dia dengan dua lelaki nampak macam sebaya.Kawan dia kot.
POV:Raien
Aku dari tadi makan duk tengok je perempuan tu.Yang satu office ngan aku.Aku tengok makan dia memang tak kalah ya.Memang patutlah badan tak lawan dengan makan.
BUK!!
Terkejut aku kawan aku yang sorang nama Aman ni tiba-tiba pukul meja"Kau kenapa?"
"Saja nak kejut..Kau tengok apa eh?Dari tadi diam je?Tengok awek eh?Mana?"Tanya Zack kawan aku satu lagi ni.
Diorang pun nampak aku tengok siapa.Diorang terkejut,aku dari tadi duk pandang je perempuan tu.
"Kau syok eh dekat perempuan tu?Crush kau eh?"Katanya sambil menahan gelak.
"Diamlah,kau..Tak yah nak gelak-gelak.." Tanpa ku sedari,perempuan badan besar yang aku tak tahu nama dia apa rupanya tengok kitorang.
Yang aku risau sekarang ni,nanti dia terasa pula dengam si Aman yang ketawa-ketawa ni.Nanti dia fikir aku ejek dia pula.
Aduh......
Share this novel