Aku Kecewa

Drama Series 15405

Dari belakang aku perasan yang Wunna panggil aku tapi aku buat-buat tak dengar.Sebab aku tak layan dia,dia tahan tangan aku lepas tu tak nak lepaskan.

"Apa awak nak?!"Bentak aku.Kali pertama aku kasar dengan perempuan.Entahlah.Cinta yang membutakan aku dah buat aku tak hiraukan orang lain.

"Kita dinner sama-sama nanti?"Tetiber je nak dinner sama-sama?Apa yang special sangat konon?Aku tak nak eh kalau nak datang rumah dia lagi.Gile ke?

"Buat apa?"

"Dinner sama-samalah..Nak?"

"Kat mana?Saya tak nak kalau kat rumah awak."

"Oh.Kat luar lah..Mana-mana je tempat yang bagus?Macam mana?Awak tak busy sangat kan?"Aku menjeling dan tengok tempat lain.

"Tengok lah dulu macam mana."

"Eh..Tak,bukan dinnerlah.Sebab saya nak diet."Katanya sambil tersipu malu.Dia fikir dia boleh ubah hati aku walaupun dia dah jadi kurus?Belum tentu dapat lawan Ara lah kau.

Aku diam je"Kita jumpa dekat park lah..Mana-mana asalkan awak datang..Nanti saya share location..Okay?"

Aku terus diam tanpa tengok muka dia"Hei..Awak..Okay?"

"Kan saya kata tengok lah dulu nanti.Kalau saya dapat datang,datanglah tu.Kalau tak,tak lah.."Kata aku lepas jalan tinggalkan dia.

Aku malaslah nak layan dia ni.Tak penting pun.Yang ada bazir masa je dengan dia tu.Tak ada faedah langsung.

~~~

Tepat pukul enam 6:50 petang.Aku dah ready dah nak pergi taman tempat Wunna tu.Janji pukul 7 sampai.Tinggal sepuluh minit lagi.Sempat jugalah tu kalau aku drive laju-laju.Lagipun aku yakin,mesti dia lun tak sampai lagi.

TING!!

Aku baru nak buka pintu bilik nak keluar tapi bunyi notifikasi telefon aku berbunyi.Aku pun tengok siapa yang mesej.

Ternyata Ara.Dia tanya khabar.Tiba-tiba aku tak sedar aku senyum sambil gelak macam orang tak tentu.Hahahah,memang Ara ni buat aku gila lah.

Aku pun duduk kat katil sambil baring sembang dengan dia.

Nak jumpa sangat dengan dia ni,tapi mungkin dia penat kot.Lepas tu Ara ni tak suka sangat keluar malam-malam.

POV:Wunna

Raien tak sampai lagi ke?Tak lama lagi dia sampai lah tu.

........

Beberapa minit kemudian,aku tengok jam yang terpapar kat homescreen telefon dah pukul 7:20.

Dah 23 minit lebih aku tunggu dia,aku sampai sini tadi pukul 6:57 supaya tak lambat.Tak apa.Mungkin jalan tengah sesak kot.

Tiktiktik....

Penatnya waktunya aku tunggu dia.Dari tadi aku tunggu dia tak main phone langsung.Duk diam je tunggu dia.Sampai sekarang dah pukul 7:40.

Macam jalan tak sesak je?Tak akan sampai 20 minit kot?Yelah..Dah pukul tujuh,mesti ramai yang tengah on the way pulang rumah.Mana tahu dia pergi singgah beli hadiah untuk aku?Ahahahha..Lawak.Tak mungkin lah.Hehe..

Tak apa,aku tunggu 5 minit lagi..Kalau dia tak sampai juga aku chat dia.Kalau dia tak reply aku call dia habis-habis.Hahahahaha...

Lenguh belakang aku,sampai aku bersandar kat bangku ni macam dah nak terbaring dah ni.Orang yang lalu dari tadi sampai ke sana mata tu tak lepas lago tengok aku.

Dah pukul 7:45.Aku try chat dia.

Bar Sembang
Raien_dalam talian

Anda:Awak..

Anda:Awak..

Anda:Awak tak datang ke?

Anda:Kalau awak tak datang,awak kena cakap.Boleh lah saya pulang.

Anda:Lama tau saya tunggu awak.Awak.Selagi awak tak balas mesej saya,saya tetap akan tunggu awak kat sini.

Ada benda yang kena kita bincang.

Fuh!!Aku taip mesej pun macam berlari satu padang rasanya!Tak pandai reply-reply eh anak ni?Marah kat aku ke?Nak merajuk?Tak apa.Aku dah kata yang aku tetap akan tunggu dia.Kita tengok,berapa lama dia sanggup biarkan aku.

Tiktiktik...

Aku terbangun dari tidur.Ya,Allah!Aku tertidue rupanya.Nasib baik aku tak terhempap kat bawah.Setitik demi setitik hujan turun.Rintikan ni lah yang bangunkan aku.

Ya,Allah.Mana Raien ni??!!

Aku pun ambil telefon aku lepas tu tengok dah pukul 9:40!!!Alamakk!!Aku dah lam kat sini.

Aku cuba tengok,Raien dah nampak mesej aku.Itupun baru 3 minit yang lalu.

Huuh..Rasanya,dia lupa lah tu kalau malam ni nak jumpa kat sini.Dan dia bukan sengaja tak nak jumpa aku.Buktinya,dia baru nampak mesej aku.

Mungkin dia tengah cepat-cepat on the way pergi sini?Dan dia yakin kalau aku masih tunggu dia kat sini.

Yekeh?Raien!!Betulkah awak tak sengaja lupakan saya?Kenapa awak biarkan saya macam ni?Lama tau saya tunggu awak.Bangku ni pun satu hal,sempit!

Hujan perlahan-lahan turun dengan kuat.

Aku masih setia tunggu dia kat sini walaupun sedang basah kuyup.

Raien...Dah dua kali awak buat saya menangis di bawah hujan yang deras ini.Awak tak kesian dekat saya langsung?

Betullah..Hujan ni turun untjk mewakili perasaan aku.Aku sanggup tunggu dia sebab masih berusaha dan paksa hati sendiri untuk percaya orang yang mungkin anggap aku tak penting langsung.

Dah banyak kali,Raien.Saya paksa diri saya untuk percayakan awak dan sentiasa berfikir yang baik-baik je pasal awak.

Kali ni?Awak tak pernah tahu kan apa yang saya rasa selama ni?Awak tak pernah tahu dan tak pernah rasa betapa hancurnya hati saya bila tengok awak dengan Mutiara hari tu.

Saya tak dapat buat apa-apa.Kalau saya marahkan awak,saya memang tak bokeh nak pukul awak.Saya nak tampar awak?

Padahal tujuan aku nak bawa dia jumpa sebab nak tanya,dia sudikah berkahwin dengan aku?Aku yakin,mesri dia tak nak.Tapi,aku nak cuba je.Supaya tahu,aku boleh terlepas dari jerat hidup aku yang penuh duri ni?Bebas dari perkahwinan tu?Perjeratan yang berduri dan beracun.

Awak tak datang.

Dan aku pun mulai menangis sepuas-puasnya.Aku harap puas sangat sebab tak ada yang lalu lintas kat sini.Aku menangis sekuat-kuatnya pun tetap tak ada yang dengar.

"Kenapa awak buat saya macam ni?!!"Hanya Tuhan saja yang tahu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience