Kau Yang Pertama

Drama Series 15405

Kalau jodoh ni yang cantik kena yang handsome,yang handsome kena yang cantik?Jadi aku yang tak cantik ni macam mana?Aku tak ada jodohlah ni?

Aku seorang wanita berumur 25 tahun.Bukan aku tak bersyukur atas apa yang Allah dah bagi kita ni.Cuma,penampilan aku yang gemuk dengan 68 kg berat ni selalu membuat aku terasing dengan orang-orang.

Aku selama ni memang ikhlas dah aku tak dapat nak turunkan lagi berat aku ni.Aku sebenarnya tak kesah sangat aku gemukkah,tak cantik aku redha dengan pemberian Allah yang hanya sementara.

Tapi kenapa mesti fizikal aku dikategorikan 'tak sempurna'?Wey,tak ada orang yang sempurna kat dunia ni.Masing-masing ada kekurangan anda kelebihan.

Dahlah,pedih hati aku kalau nak ceritakan satu-satu dengan perinci.

Jadi kalau korang nak tahu kisah aku ni,baca.

Kisah aku 8 tahun yang lalu,masa tu aku umur aku baru 17 tahun....

Kaki aku perlahan turun keluar dari bas sebab takut jatuh.Maklumlah,faham-fahamlah ya?

Jadi setiap kali aku pulang dari sekolah ni bas tak hantar sampai rumah.Sebab jalan nak sampai rumah aku tu rosak.Bas tu tak nak lah hari-hari nak lalui jalan tu.Jadi setiap hari,aku kena jalan kaki sampai rumah.Kira-kira dari turun bas sampai rumah tu nak 10 minit jugalah.

And,aku juga kadang-kadang pulang malam dari sekolah sebab aku selalunya habiskan masa aku kat perpustakan atau bantu cikgu-cikgu kalau ada apa-apa acara kat sekolah.

Dan yang paling menakutkan kan tu aku kena paksa diri aku berani nak lewat rimbunan pokok yang tebal tu.Dah lah nak lalu sungai,jambatan gantung.Itu betul-betul uji iman aku selama ni.

Dan sekarang ni jantung aku dah tak tentu.Aku betul-betul takut nak jalan seorang diri.Satu buah rumah pun tak ada.Tak ada lampulah.

Tiba-tiba aku rasa macam ada ikut aku dari belakang.Aku tak berani nak tengok belakang.Hantu?Perompak?Penculik?

Ya Allah,tolonglah aku.Aku ni gadis lagi tak nak hilang masa depan.Aku tak nak kena culik.Aku tak nak umur aku pendek.Aku pun nak bahagia.

Tak buang masa tangan aku kena pegang and then mulut aku paksa tutup guna kain.

Ah,trik ni aku dah tahu dah.Tutup mulut guna kain yang ada ubat pengsan tu.

Aku tahan nafas dan berusaha nak lari tak dapat. Nak teriak minta tolong pun tak dapat.Tiba-tiba orang jahat bertopeng tu lepaskan aku.

Rupanya datang satu lelaki belasah orang jahat ni.Fuyooh!!Bangga aku tengok perlawanan sengit diorang.Tapi aku rasa bersalah sebab lelaki yang tolong aku tu muka dia pun habis juga lebam.Bawah bibir dia pun luka.Salah akulah ni.Nak tolong macam mana?

Akhirnya syukur pada Allah,orang jahat tu lari juga.

Lelaki yang selamatkan tengok aku dan perlahan-lahan mendekat.Aku takutlah dia pandang macam tu.Dia nak culik aku ke?

"Awak tak apa-apa?" Terkejut aku bila dia tanya aku macam tu.Sebab time ni aku tengah larut di dalam suasana kitorang yang saling berpandangan.

Cinta pandang pertama?Eww..Of course not.

Aku bingung"Err..Saya okay.Mm..Awak?Teruk muka awak ni cedera..Maaf,semua ni sebab saya..Awak nak saya tolong ubatkan tak?"

Dia menggelengkan kepala.

Rasa ingin berkenalan dan berkawan timbul di hatiku.Tapi-tiba aku teringat kalau aku lambat sampai rumah mesti aku akan kena marah dengan mommy.Mommy tu bukan mak kandung aku.Mak aku dah meninggal dunia.Dan ya,mommy is my mak tiri.

Baik?Aku bukan apa..Just nak bagi tahu ja kalau mommy aku tak suka aku sangat.Entah apa salah aku kat dia.

Aku pun cemas ingin segera pulang"Err..Abang,nak tanya..Dah pukul berapa?"Aku tanya macam tu sebab aku nampak dia tengah pegang telefon dia.

"6:40.." Jawabnya singkat tanpa berayat panjang.

"Alamak!!!!" Terkejut aku dengar dah nak dekat pukul 7.Mesti aku kena marah lagi."Err..Abang,minta maaf lah,ye..Saya betul-betul tak dapat nak balas budi baik abang ni..Nak sapu ubat pun tak..Saya kena pulang sekarang."

Baru aku ingin membalikkan badanku dan segera berlari tetapi panggilan abang itu berhentikan ku"Adik!!"

Aku hanya memalingkan kepalaku"..Ya?"

Dia pun mendekatiku.Aku yang pendek memandangnya yang tinggi harus mendongakkan kepalaku"E...Ya?"

Tiba-tiba aku rasa dia macam tarik tangan aku dan letak sesuatu kat tangan aku.

Aku pun menundukkan kepalaku.Lampu suluh.

"Adik gunalah torchlight ni..Hati-hati.."

Aku tersentuh.Baru kali ni ada yang ambil berat dan risaukan aku.Padahal selalunya selain ayah tak ada sesiapa yang nak dekat dengan aku yang gemuk ni.

"Terima kasih,abang.."

"Nak tanya..Nama awak siapa?Siapa tahu kita jumpa lagi?"

"Abang boleh panggil saya Nana je." Aku tersenyum ramah dan abang tu mengangguk"Nana pulang dulu,ya?"

"Ya,hati-hati.."

Aku pun berlari sekuat yang boleh sambil memikul berat ku ni serasa mengangkat batu yang besar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience