Rasa bersalahlah aku.
Dia buat muka sedar diri pulak.Korang tau tak macam mana?Dia tunduk je makan macam faham.Macam dah biasa dah hadap semua ni.
Aku pun baru terfikir.Kalau orang badan besar macam dia mesti setiap hari kena hadap benda-benda yang menyakitkan hati.Macam sekaranglah,kena ejek and ketawa-ketawa macam ni.Tak baiklah kawan-kawan aku ni.Kesian juga aku.
"Stoplah..Korang ni gelakkan siapa?!" Tak berhenti ni dua ekor ketawa-ketawa.
"Alah,gelak ah..Lawak an?Tapi sorrylah,kitorang tau mesti kita gelak-gelak ni tak baik.Tapi bila aku fikir kau ni suka perempuan tu,tak sengaja gelak.Maaf,bro." Kata Aman dengan rasa bersalah.
Aku hanya mengangkat kedua keningku seolah memaafkan mereka.Sepatutnya diorang minta maaf kat perempuan tu.Bukan aku.
Zack memegang bahu aku"Tapi betulkah kau tak suka perempuan tu?Kalau tengok muka je.....Ada lawa lah sikit..Sikit je tau.Ha."Katanya.
Aman menahan senyumnya"Kau jangan cakap sikit,Zack.Dia diet,glow up.Terkejar-kejar kauhahaha.."Berkata seolah dengan sindiran dan gelakan.
"Aduh,stoplah korang.Apa punya topik ni hina fizikal orang?Tak baik tau..Dah tukar topik!!" Raien tidak ingin menjadi insan durhaka pada Tuhan.Jika balasan dari Tuhan diturunkan kerana makhluk ciptaannya,pasti lebih teruk.
"Okay,okay..Last,bro..Kalau betul kau tak suka perempuan tu,aku cabar kau..Kalau kau terima,tu maksudnya kau tak malu langsung.Berani je.Sebab kau mana ada perasaan dekat dia kan?Tapi,kalau kau tolak..Tu maknanya kau tak berani dengan dia..Biasalah kalau orang suka kat orang kat kadang-kadang gugup.."Tawarannya tidak diungkap dengan perinci.
"Apa benda kau ni?Tak fahamlah aku.." Menyampah aku dengar dia cakal panjang-panjang tapi aku tak jumpa apa yang dia nak sampaikan dari lebarnya ayat dia tu.Lebar ke panjang?
Alah,tak penting!!!
"Cepatlah,apa yang kau nak cakap ni?Kata last..Tukar topik ah!" Geram aku tengok Aman dengan Zack ni.Ketawa,ketawa tak tentu!
"Okay-okay..Kalau betul kau tak suka perempuan tu,and kalau betul kau ni masih lelaki sejati tak pengecut and terima je cabaran kitorang......" Memandang tak tentu!Cakaplah!Geram aku budak dua ekor ni!
"Couple dengan dia."Panjangnya ayatnya dari tadi tidak dapat ku cerna walau sedikit pun.Ni pendek je, tiga perkataan je dah nak gila otak aku dengar.
Couple?Excuse me?!
Aku yang tadi membongkokkan badan aku nak dengar apa yang penting sangat duduk tegak.
"Aku tak salah dengarkan?What?Korang suruh aku couple dengan dia?Seriouslah,korang waras lagikan?" Tanyanya yang menganggap cabarannya menggugat kelakiannya.
"Alah,Yen.Tadi kau kata tak boleh kita hina dia.Dia pun layak juga kan dapat jodoh?Pergilah.Aku nak tengok,ada kah lelaki yang nak dekat dia?Kau yang kononnya baik hati sangat dengan solat tak tinggal pun mesti nak yang lawa juga an?" Kata-katanya memang kurang sopan.Ya lah.Perempuan tu dia ada jodoh juga.Tak kira kat dunia ni atau jumpa kat syurga nanti.
Tapi kalau soal jodoh tu,Allah yang aturkan.Siapa jodoh perempuan tu Allah dah siapkan.Kalau memang aku dapat jodoh macam dia....Aku rasa..Aku okey je kot.Aku okeykah?Mestilah..
"Macam mana?Andaikan dia jodoh kau.." Kata Aman menaikkan kedua keningnya meminta jawaban dari Raien.
"Dahlah,gila lah korang ni.Game budak-budak." Kata Raien sambil menyirup teh hangat di cawan berhias bunga.
"Kalau kau mengaku kau bukan budak-budak apsal kau tolak cabaran kitorang?Kau kena dapatkan hati dia.Kalau kau tak dapat perempuan macam tu,apa lagi perempuan lawa gila.Hahah..Kau tak layaklah.." Sindir Zack.
"Apa korang ni?" Geram aku dengar.Tak guna dapat kawan macam ni.Dahlah persoalkan luaran orang,jodoh orang.
Aku macam kena pijak dengar diorang cakap aku macam tu!
"Terima ke tak ni?Cepat.Kau mesti dapatkan hati dia dalam 4 hari je.Kalau kau tak dapat,memang kau tak layaklah jadi lelaki.Lepas 4 hari tu,kau dengan dia mesti bertahan selama sebulan je couple.Sebulan je Raien.Sebulan je.Kalau tu pun kau tak dapat,kau memang--
Aku yang tidak ingin kalah memotong kata-kata Aman dan terpaksa menerima" Aku terima."
~Dengan berakhirnya kata 'Aku Terima' yang keluar dari mulut Raien,maka mulai misinya mendapat hati Wunna.~
Share this novel