Gembira atau Sedih

Drama Series 15405

Aku...tak sangka yang dia akan cakap macam ni dalam keadaan macam ni.

Dia...betul-betul ke mainkan aku?Aku..Kena tanya hati aku sendiri.

Dalam 3 hari kau kenal dia ni,kau terus jatuh hati ke?Aku....Aku....Aku tak tahu.

Yang aku tahu....Ya,aku dah jatuh hati dekat dia.

"Awak?Aw..ak..Sudi?"

"Saya.......tak tahu."Jawapan apa aku bagi dia ni?!

"Pleaselah,awak...Jadilah girlfriend saya.Saya janji saya akan berusaha bahagiakan awak.Saya akan jaga awak semampu saya.Saya cintakan awak."

DAG DAG DAG DAG DAG!!

Aku tak tahu.Aku suka dia ke tak?Mungkin kalau tunggu beberapa masa lagi aku dah boleh nyatakan ini cinta.Tapi,aku...jujur dah mula sukakan dia juga.Tapi,dalam waktu yang pendek dan aku pun masih ragu memang aku tak sedia.

"Awak..Tolonglah beri saya jawapan."

POV:Raien

Maafkan saya,awak.Saya dah tipu awak dengan permainan ni.Tapi,saya tak takut pun nak bercinta dengan awak.Sebab,saya rasa saya dah...Tak tak tak..Tak mungkin.Aku masih setia dengan Mutiara.Ya,Nur Mutiara Ayshah.

Dia adalah wanita yang aku kejar selama bertahun-tahun sejak sekolah menengah lagi.Sampai sekarang,aku masih belum dapatkan hatinya yang begitu lembut dan suci.

Dia cantik,manis,lemah-lembut,ayu,baik hati dan pemurah.

Yang aku takut sekarang ni nanti dia dah ada boyfriend lepas tu kahwin pula.Tak tahulah,last kitorang jumpa aku tanya status dia,dia kata still single.Tapi dia tetap tak inginkan aku

Aku tak tahu apa kurangnya aku.Aku ni anak yang baik dan soleh.Pintar and handsome.Tu kelebihan aku.Haha..Gurau.

Kerja dia sekarang ni jadi cikgu sekolah rendah.Dia anak kedua dari keluarga sederhana.

Keluarga aku dengan keluarga dia dah lama berkenalan sebab dari dulu mama dengan papa aku berkawan dan diorang selalu bantu keluarga dia kalau ada masalah.

Aku akan berusaha dapatkan hati dia walau apapun jadi.Kalau Wunna setuju,tak apa.Tunggu sebulan terus aku putuskan dia.

Kejam sangat ke aku ni?Aku mainkan hati manusia yang tak bersalah?

Tak apalah.Kalau aku bukan jodoh dia,Tuhan tetap akan pisahkan kitorang ni tak kira sebulan lagi atau setahun lagi.

"Saya setuju.." Aku yang tadi tengah berfikir tiba-tiba dia kejutkan aku dengan ayat dia 'Saya setuju'.

Aku tak tahu rasa apa sekarang ni.Aku ada rasa gembira sebab berjaya teruskan game ni ataupun happy sebab dia suka.Aku ada rasa macm tak nak dan nak pergi jauh dari dia sebab nakkan Ara je yang ada kat hati aku.

Tapi,di samping itu...Aku tak nak berpisah juga dengan dia ni..Tapi,aku rasa aku takut kalau Ara tahu kalau aku dah ada girlfriend lepas tu lagi susah aku nak dapatkan dia.

Aku..Her!!Serabut sangatlah!!Dengan aku risau perasaan Wunna!!Aku betul-betul rasa aku ni lelaki tak guna.Serabut sangat urat otak aku ni!!

"Awak setuju?!Gembiranya saya bila awak setuju!!Terima kasih awak!!" Senyum manis terukis di pipi tembabnya itu.

Sebenarnya aku tak happy pun.Tapi happy campur risau.

Dahlah!Benda dah jadi dah pun.Ni semua salah aku sendiri.

Kitorang pun sambung buat kerja balik.

Malam....

~~~Kat cafe

"Aku dah couple dah dengan perempuan tu." Terkejutlah sangat Zack dengan Aman tu.

"Seriouslah,Yen?!Fuyooh..Dua hari sebelum tamat tempoh!!Alright,kau akan ada sebulan lagi.Apa kau rasa?Kacang je kan?"

"Kacang..Kacang..Sedap je mulut kau cakap kacang.Kau fikir senang ke nak dapat kan hati dia?" Diorang tak tahu apa yang jadi main cakap je kacang.Ceh!!

Memanglah kacang Zack.Perempuan gemuk dengan tak lawa memang murah.Sebab mana ada yang nak tembak diorang tu?Sekali kena tembak kau fikir nak lepaskan peluang ke?Dengan Raien yang handsome lepas tu kaya.Fuhh,machoo!!"

"Korang ni.Boleh tak kalau nak bercakap tu ayat jangan main lepas je?!!Tak baik tau korang cakap dia macam tu!Apalah dapat kawan-kawan macam korang ni!Tak bestlah.Dahlah korang,aku nak cari kawan lain.Bye." Aku pun berdiri tapi mereka segera berdiri dan menahanku.

Ceh,memang dasar!!

"Eleh,korang ni!!"Memang kalau diorang.Tak boleh ke cuba matangkan sikit fikiran tu.

"Korang ni,dah besar dewasa macam ni masih tak dapat nak bandingkan apa yang baik dengan apa yang tak baik?Berdosa besar tau korang cakap macam tu dekat dia!"

"Hey,bro.Sorry lah kitorang tercakap macam tu dekat girl,friend kau.Haha.."Aku balas dengan jelingan je apa yang diorang cakap tu.Siap nak sebut satu-satu 'girlfriend'.

"Aku nak tanya,kenapa kau asyik nak bela dia?Jangan-jangan.......Kau?"

"Dah jatuh cinta dengan dia ni?"Sambung Zack.

Mereka berdua pun melepaskan gelakan" Hahahahahahahahahha."

"Korang ni kan!Memang tak dapat aku nak tak tahan geram dengan korang ni.Dah lah gelakan orang!Apa yang lawak ni?!Cakap?!"Diorang cabar aku,nak buktikan kelakian aku ni kalau dapat bercinta dengan Wunna.Dah.Aku dah buat.Tapi,sekarang ni diorang gelakan aku?

Tak gunalah dapat kawan macam ni!!

"Dah lah!!Aku nak pulang!"Kali ni aku pulang tak hiraukan diorang nak minta maaf.Aku terus masuk dalam kereta pulang rumah.

POV:Wunna

Aku dah pulang.

KLEK!!

Bunyi kunci pintu aku buka.Biasanya jam-jam macam ni,ayah tiri aku dengam mak tiri aku dah tidur dah.Adik tiri aku selalunya jam macam ni belum tidur.Sibuk dengan telefon dia.Kadang-kadang dia buat live,scroll tiktok atau sleepcall dengan bf dia.

Macam mana aku tahu?Dulu waktu ayah masih hidup,kitorang pernah lah sebilik.Sekejap je,sebulan.Lepas tu dia nak bilik sendiri.Dia kata malas barang-barang dia tak muat nak letak bilik aku yang sempit.

So,dia dah ada bilik sendiri yang lebih besar dan luas.Bilik dia ada aircond.Bilik aku tak ada.Bilik dia tv,bilik aku tak ada.Bilik dia ada balkon,bilik aku tak ada.

Kalau korang tengok bilik dia mesti korang tak percaya.

Bilik dia semua barang serba pink.Biasalah,anak manja.Apa yang dia nak letak kat bilik dia mesti kena beli.Barang-barang canggih semua ada.

Barang-barang branded dia memang mencuci mata.Stok skincare dengan makeup apa semua mesti tak pernah kurang apatah lagi habis.

Biasalah,artis kan.

Aku masuk je,dah bersusun diorang bertiga duduk atas sofa tengok aku.Kenapa?

Aku masuk terus naik tangga malas nak tengok diorang.

"Wunna!!"Ei,jarang pula nak panggil-panggil aku.Selalunya nak panggil-panggil aku tu nak minta duit.

Aku pun turun dan menoleh pandang diorang" Sorry,aunty.Saya belum dapat gaji."Korang mesti pelik kenapa aku panggil dia aunty.Sebab memang dia tak izinkan pun aku panggil dia mommy macam anak dia tu.

"Kurang ajar juga mulut kau ni,eh.Orang panggil kau balas macam tu!Tak reti nak sopan ke?!!!" Nada dia ni memang tinggi setiap kali nak bercakap dengan aku.Sampai jiran pun mungkin dah bangun dah ni.

"Bukan ye,ke?Ada apa pula aunty,uncle?Bukan selalu nak minta duit ke?Apsal pula tetiber ni?" Mungkin sebelum ni aku belum pernah melawan.Tapi ada satu hari tu,aku dah tak tahan dah dengan perangai diorang lepas tu aku berani angkat suara lawan diorang.

Dan lepas tu,aku dah tak menurut lagi perintah diorang yang asyik jadikan aku kuli diorang.Sampai sekaranglah.Aku tak nak jadi lemah lepas tu kena pijak-pijak.

Mak lampir tu pun berdiri dan nak tampar aku tapi aku tahan"Nak tampar saya?Kenapa?Salahkah apa saya cakap tadi?"

Kesian doh dia nak minta lepas tapi tak dapat.Kalau dah tua,kenalah taubat.Mana tahu allah dah nak cabut nyawa.Allah boleh cabut bila-bila ja nafas kita ni.So,kalau nak masuk syurga,buat perangai macam penghuni syurga.

Adakah penghuni syurga macam ni?Kalau ada,tu neraka bukan syurga.Kalau syurga ada kat atas,semuanya orang baik-baik.

"Aunty ni dah tua.Saya panggil makcik lah ye?Walaupun aunty dengan makcik tu sama maksud,tapi saya rasa yang ngam tu makcik.Makcik,dah-dahlah tu.Kalau dah tua,buat macam orang tua.Bukan macam budak.Saya rasa makcik tahulah kan?"Haha.

"Ei,memang mak kau ajar kau macam ni ke?Mak dengan anak memang sama!!Dah lah mak dia pelakor!!"

"Eh,makcik!Jaga sikit perkataan tu!Kalau bukan sebab saya masih hormat makcik sebagai orang tua mungkin saya dah lama tampar makcik!!"

"Oh...Nak tampar?!Tamparlah!!Kau fikir tangan kau tu bersih sangat?!!Kau dengan mak kau tu sama jelah kotor!!Nak masuk syurga lah konon,kau fikir kau dengan mak kau tu suci sangat kah?!!Entah-entah mak kau tu sekarang dekat neraka!!!" Dia yang tadi ketawa terbahak-bahak takut juga dengan aku yang angkat tangan hampir nak tampar dia.

"Kau!!!!!!"

Suami dia pun datang"Kau berani nak tampar isteri aku?!Kau fikir kau tu siapalah sangat ha?!Tak sedar ke badan tu tebal sangat?!Tak tahu malu."

Memang kalau dah fizikal aku kena hina aku dah tak dapat lawan.Aku pasrah je dengar semua tu.Tapi,kalau mak atau ayah kena hina Nana tak boleh nak biarkan.

"Jangan berputus asa mengharungi segalanya dengan penuh iman dan kesabaran.~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience