Hubungan Kita

Drama Series 15405

Dia nak apa pulak ni?

Macam ni lah kalau lelaki.Dia tak dapat yang satu,dia nak kejar yang satu lagi?

Jujurlah,Raien!Saya ni...Sekadar kekasih bayangan?Kau sentiasa berbahagia dengan si dia.

Tapi disaat si dia meninggalkanmu,aku....sekadar tempat untuk mengisi kekosongan dan melepaskan bosanmu...

Betul?!

Dia pun mendekatiku"Awak nak apa lagi?Tak cukup dengan satu perempuan?Saya rasa cantik dah cukup buat awak bahagia kan?"Kataku lalu membuang muka.

"Apa awak cakap ni?Saya nak tanya.Awak buat apa keluar dengan jantan tu?"Jantan?!Jangan-jangan dia nak tuduh aku curang pula?

Aku anggap Redza tu kawan je lah!Tak lebih!Mana tahu kau nak putuskan aku nanti?Baru lah Redza tu aku boleh katakan spesial bagi aku!Maksud aku kawan rapat..Sebab dia prihatin!Tapi,kau harus tahu.Aku ni cukup tau dengan satu!

Aku betul-betul tak faham dah dengan perangai dia ni!Kenapa setiap kali apa yang awak cakap,apa yang awak buat tak fikirkan perasaan saya?Yang awak fikir awak sorang je boleh cemburu,boleh marah!Kalau awak tak boleh tahan perangai penting diri sendiri awak tu,kenapa saya boleh tahan cemburu saya?!

"Jantan awak kata?"Aku memang nak marah.

Cara dia cakap,cara dia marah seolah-olah semua ni salah aku.

"Awak tak cukup ke dengan saya?Kenapa mesti dengan lelaki tu?Kenapa awak tak ajak pun saya pergi restoran macam ni?!Dengan lelaki tu boleh pula?Saya ajak awak,awak selalu kata sibuk,sibuk,sibuk!"Sakit hati aku!

"Awak tak sedar ke apa yang awak cakap ni?!!Bukan ke saya selalu ajak awak,tapi awak yang tolak sebab sebok?!"Apelah dia ni?Putar cerita pula...

"Yang awak nak putarkan cerita pula kenapa?"Hah?Dia kata aku putar cerita?!!

"Apa awak ni?!Awak memang betul-betul dah bosan dengan saya?Dah puas?!!"Entah kenapa lepas aku cakap macam ni tiba-tiba dia dah diam.

Dia pun balik tinggalkan aku.Macam tu je?Dia marah aku lepas tu tinggalkan aku macam tak ada apa-apa jadi?!

Macam aku tak tahu.Dia mesti sengaja nak lepaskan kemarahan dia dekat aku.Sebab apa?Sebab dia cemburu lah tu si Ara dengan si Redza.

Dah lah..Awak...Memang poyo!!

~~~

Hari ni,aku baru habis meeting dengan client kat cafe.

Aku baru nak balik office tapi tak sengaja pula terserempak dengan Redza.

Dia buat apa kat sini?Kebetulan ke apa?Memang tak lah dia nak stalk aku kan?

"Eh..Awak.."Sapaku dulu.

Dia pun membalas senyuman"Tak sengaja pula terjumpa kat sini.Habis dating dengan boyfriend ke?"

"Dating?Mana ada..Saya meeting lah bukan dating.Haha..."Gelak ku kecil tapi agak kekok.

"Awak pula buat apa kat sini?"Sambung ku.

"Saya?Saya....Saya pun baru habis meeting dengan client tadi..Hahaha..Sama pulak kita..Hei,kalau awak tak sibuk jom lah kita minum-minum dulu ke??"Dia ajak aku minum-minum?

"Memangnya..Awak tak sibuk ke?"

"Sibuk?Mana ada sibuk.Saya ambil kesempatan ni nak borak-borak dengan awak kejap..Kejap je..Jom?"

Aku pun setuju lepas tu kitorang pun borak-borak.

"Eh...Awak kata kan dah ada boyfriend
.Siapa?"Aku nak kata Raien boyfriend aku??

Aku..Sekarang rasa macam hubungan aku dengan Raien macam dah tak ada apa-apa je.Tinggal tunggu je ucapan perpisahan keluar dari mulut Raien sendiri.

Entah..Dulu aku takut sangat kehilangan dia.Tapi sekarang aku rasa macam dah ikhlas dah..Sedia je bila-bila masa nak lepaskan dia.

Sebab apa?Sibuk ego dia tu terlalu tinggi.Mungkin kalau kitorang memang jodoh,aku kena bersabar menghadap perangai dia tu.

Memang aku boleh tahan je..Bersabar dengan dia.Tapi aku nampak dia macam tak ada perasaan langsung dekat aku.

So,aku pun macam..Macam biarlah..Lagipun aku nampak dia lebih bahagia dengan si Ara tu.

Memang kitorang tak ada jodohlah ni.

"Em..Saya..Tak tahulah.."Aku..Rasa tak lama lagi aku dengan Raien akan berpisah.

Jadi,aku rasa...Aku tak payah nak cerita masalah aku dekat Redza.Aku cerita dekat orang mana boleh faham situasi kita macam mana kan?Sebab diorang tak ada kat tempat kita.

"Malaslah nak cerita pasal dia tu.Bagi saya...Saya rasa dah tak penting sangat sekarang.."Ya,memang betul.Aku malas nak fikir pasal cinta-cinta.Lebih baik aku urus diri sendiri dulu.

Fokus dengan kerja,kumpul duit nak beli rumah sendiri.Nak lari dari Linda dengan parents dia.Lagipun,aku rasa...Mommy dengan daddy tak ikhlas pun layan aku dengan baik.

Tapi..Perkahwinan tu..Macam mana aku nak tolak?Aku rasa aku lari sejauh mana pun mesti diorang akan cari aku dan berusaha paksa aku kahwin dengan orang yang aku tak kenal langsung!Jumpa pun tak pernah.Apatah lagi anak dia.

"Tak penting?Kenapa tak penting?Mustahil awak dah ada orang lainkan?"

"Saya sendiri tak tahu apa yang akan jadi dengan masa depan aku."

"Kenapa?"Haruskah aku ceritakan dekat dia?Aku rasa tak payah kot.Tapi....

"Saya...Dah nak kahwin dah minggu depan?"Harap-harap dia berhenti nak menyoal.

"Dengan siapa?Boyfriend awak eh?"

"Tak..Sebenarnya...Mommy dengan..Daddy saya paksa saya kahwin dengan orang yang saya tak kenal langsung.Tak pernah jumpa pun."

Dia pun mengerutkan kening"Kenapa pula?Awak kan anak diorang.Takkan diorang sanggup kot."

"Bukan anak kandung pun..Sekadar anak tiri."

"Anak tiri??Siapa pula pilihan diorang tu?"

"Ntah..Katanya duda anak satu.Jujur saya tak nak..Tapi saya terpaksa..Saya..Betul-betul tak nak.."

"Senang je!Awak katalah yang awak tak nak kahwin.."Mana saya...Yelah.Apa yang aku nak takut dengan diorang tu?Aku kan dah tahu,diorang just gunakan aku je.

"Tapi..Macam mana?Saya..Tak boleh."

"Tak boleh apanya?Awak kan tinggal cakap je,senang."

"Tak.Tak semudah macam apa yang awak katakan tu.Kalau saya tolak sekali pun diorang tetap akan paksa saya.Saya lari sejauh mana pun,diorang tetap akan jumpa saya dan..Satu pilihan yang harus saya lakukan..Terima perkahwinan tu.Memang dah tak ada cara lain dah.."

Redza nampak macam tengah fikir cara"Hmm.."

Memang tak ada satu cara pun"Hah!!Ada satu cara ni!"

Hah?Ada?"Apa dia?"

"Awak kena kahwin cepat-cepat dengan boyfriend awak tu!Kalau awak dah sah jadi isteri dia,awak mestilah duduk serumah dengan dia kan?So,awak dah jadi hak dia.Tak ada sesiapapun yang berhak nak ambil awak atau pun paksa awak termasuk mak dengan ayah tiri awak tu.Kalau nak paksa juga awak boleh bawa diorang bincang kat mahkamah..Sebab awak dah sah kan jadi isteri orang.Awak dah ada hak nak buat keputusan sendiri."

Idea dia memang betul dan berguna.Tapi..Raien mana nak kahwin dengan aku.Lagi-lagi...Perasaan kitorang sama-sama saling memudar.

Mesti esok dia dah nak cakap yang dia nak putuskan aku.

Halah!!Tu satu-satunya cara.

"Tapi..Saya rasa boyfriend saya tu tak nak lah kahwin dengan saya."Kan bagus kalau ada cara lain.

"Kenapa pula?Setiap pasangan mengharapkan rumah tangga hingga jannah."Itu memang betul.Tapi aku dengan Raien bercinta tak sebahagia orang lain.

Hubungan kitorang awal je sweet,tapi sampai sekarang Raien tak macam dulu pun.

"Sebab..Hubungan kitorang dah nak hancur dah..Dan saya yakin tak lama lagi kitorang akan putus.Saya kena terima hakikatnya."

"Eh!Tak boleh!Mana boleh awak kena berusaha perbaiki hububgan awak tu!"

Masihkah ada kesempatan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience