Aku Sesali

Drama Series 15405

Tak lama lepas tu,tiba-tiba ada seseorang yang pegang bahu aku.Aku pun menoleh dan di belakang aku...Redza?

Dia buat apa kat sini?Kenapa tiba-tiba ada kat sini pula?

Dia yang tadi melindungi dirinya dari hujan menggunakan payung,tiba-tiba melepaskan payung itu dan biarkan hujan membasahi dirinya.

"Aw....."Aku tak tahu nak cakap apa.Tiba-tiba dia tenung aku.Aku mimpi ke ni?

Dia tersenyum dan memegang bahuku" Awak okay,ke?"

Kan dia dah nampak dari riak wajah aku,sedih.Kenapa dia tanya lagi?"Saya...Okay.."Tu kata-kata yang selalu keluar dari orang yang tak ok.

Haiss!Aku tengah sedih ni!!!Hee....Fsstt..

"Betulkah,awak okay?"Halah..Kan awak nampak saya tak okay?Buat-buat tak tahu ke?

"Ya,saya okay.."

"Kenapa awak menangis?"Katanya dengan tiba-tiba memegang pipiku.

Dan kini,kami saling berpandangan.

POV:Raien

Huhh!Mana dia.Lepas aku bersembang,video call dengan Ara sampai pukul 9 setengah,aku terus tertidur.Sepuluh minit lepas tu aku terus terbangun.

Aku baru ingat kalau nak jumpa dengan Wunna.So,aku drive laju-laju,sekarang aku dah ada kat taman ni.

Tapi,mana dia?Takkan dia dah balik?Payung ni pun dah nak terbang dah.Habis aku kalau tiba-tiba terbang.Payung mama ni.

Hah??

Redza dengan..Wunna?Apa pula diorang buat ni?Tadi aku sampai begegar nak cepat-cepat sebab takutkan Wunna masih tunggu aku.

Rupanya sedang berseronoklah konon dengan si Redza tu.Ceh!Apa lah yang korang nampak dekat si Redza.

Tak guna betul!!Aku yang tadi panik fikirkan kau,rupanya kau sedang dating lah eh dengan si Redza tu?

Memang patutlah kau ambik si Redza tu.Senang sikit hidup aku dengan Ara.

Dah lah tadi nak videocall dengan Ara pun aku paksa habis-habis baru dia nak.Masih panjang dugaan aku nak dapatkan hati dia.

Tak guna betullah!Bazir masa aku je.Lepas tu aku pun blah lah pulang rumah.Tak ada guna tengok orang tu.

POV:Wunna

"Awak buat apa kat sini?"Tanya Redza.

"Main hujan."Kataku sambil menatap langit dengan wajah yang muram.

"Jangan main-mainlah.Cakaplah."

"Tak ada..Tak penting pun."

"Dah malam ni..Awak pulanglah.Nanti awak sakit,demam tak dapat kerja,kan?"

Aku hanya menganggukan kepala.

~~~

Hacuuhh!!Ffftt..

Dah selesma pula dah.Aku kena pergi kerja juga ni.Mungkin orang lain rasa,tak teruk sangat selesma ni.Diorang tak pernah mungkin selesma.Selesma tu sambil demam tau!Nak sedut hingus lagi..Seksanya hingus tu!!

Hah?!!Dua hari lagi sebelum aku jadi isteri orang?!Aku tak naklah..Okaylah juga kalau aku kenal dan jumpa lelaki tu!!Dah lah aku belum putuskan hubungan dengan si Raien tu!

Aku kena..Aku tak nak kahwin dengan orang tu!!

Aku pun menuruni tangga nak pergi kerja.Tiba-tiba ada mommy pula"Wunna..Sini kejap."

Aku pun ikut mommy yang nak duduk kat sofa.Linda dengan daddy tengok sambil tak sabar nak mulakan topik.

"Ada apa?"

"Macam ni.Sebenarnya,nanti kalau majlis tu dah tiba,mommy minta,kalau ada kawan-kawan mommy ke,sesiapa je,tanya pasal Wunna dengan bakal suami Wunna,cakap je Wunna dah kenal lama.Cakap je kalau Wunna dah lama nak jadi isteri kepada bakal suami Wunna."

Kenapa?Bukan aku pun yang nak kahwin sangat.

"Mommy..Wunna nak cakap."

"Cakaplah."

"Boleh tak batalkan perkahwinan tu?" Terbelalak mata diorang semua.

"Wunna tak nak.Wunna..Bukan tak sedia lagi.Cuma Wunna memang tak sedia nak jadi isteri kepada orang yang Wunna tak kenal.Wunna takut nanti lain pula jadinya.Wunna tak tahu pun,dia baik ke?Setia ke?Wunna takut nanti dia akan tinggalkan Wunna."

"Ei..Apa ni?Wunna,jangan risau..Bakal suami Wunna tu baik,handsome,kaya.Jangan risau."

"Dia...duda.Dah berapa kali dia kahwin mommy?"

Mommy pun tengok daddy lepas tu tengok aku.Aku keluarkan soalan tu sebab takutlah,kalau contohnya dia dah banyak kali kahwin,tu tandanya macam dia tu just mainkan perempuan.Walaupun aku tahu tak semua lelaki macam tu.

"Halah!Kahwin jelah.Tak payah nak sibuk dia dah kahwin berapa kali."

"Tapi Wunna tak nak."Berkeras aku kali ni berusaha supaya tak jadi kahwin dengan lelaki tu.

"Ikut cakap daddy!!"Tinggi nadanya.

"Wunna tak nak!!"Aku pun ikut tinggikan suara juga.

"Kau berani nak lawan aku?!"

Sekarang aku dah takut sangat.Tak tahu nak buat apa.Kepada siapa dapat aku meminta tolong?Ya Allah..

"Please.Mommy,daddy..Wunna tak nak.Wunna nak tentukan hidup Wunna sendiri bukan orang lain."

PLAK!!

Habis je ayat Wunna dia terus kena tampar.Sakit pipinya,sakit lagi hatinya melayan drama pagi ni.

"Abang..Jangan sampai dia lari dari rumah.Malu lah kita nanti kalau tiba-tiba majlis tu dibatalkan."

"Tak apa,mommy.Bukan Linda tak boleh gantikan si tebal tu."Apa diorang ni?!

Dengan cepat,daddy tarik tangan aku paksa naik tangga.Dia nak buat apa dekat aku?!!

"Lepas..Apani?!!Tolong!!Tolong!!"Teriakku bergema satu rumah tapi tak ada yang kesian langsung dekat aku.Ya Allah,dugaan apa lagi yang aku kena hadap ni?!Aku betul-betul menyesal!!

Wunna!!Kenapa kau tu bodoh sangat?!Kau tak nampak ke kalau selama ni diorang gunakan kau je!!Kenapa kau tak lari tinggalkan rumah ni dari awal lagi!

Aku hanya dapat menyesal dan menyesal!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience