Bergantung Tak Bertali

Drama Series 15405

Beberapa hari kemudian....

Tiga hari lagi tinggal sebelum hari perkahwinan papa dengan Wunna.Apa aku nak buat?

Sementara papa pun belum pergi office lagi,aku cuba ambil masa kejap je cuba nak bincang dengan dia.Papa tengah duduk kat sofa sambil main phone.

Aku masih rasa kekok.Aku kan sebagai anak,tak berani sangat nak lawan kemahuan dia.Ya,pernah juga aku bantah keputusan dia dan cuba tegur papa.

Aku tahu aku sebagai anak tak berapa sopanlah kan kalau macam nak ajar-ajar lepas tu nak cakap kalau apa yang papa buat tu salah.

Tapi,macam mana kalau memang salah?Aku pun pernah lari rumah lepas tu stay dekat rumah sewa.Aku sedar masa tu aku masih muda sangat,tapi papa tak puas hati dengan apa yang aku cakap.

Papa cakap kalau aku tak perlu nak tegur dia ini itu sebab dia kata aku ni anak dia.Dia kata tanpa dia,aku tak ada sampai sekarang.Aku tak dapat hidup mewah macam ni,tak dapat makan kenyang-kenyang dan tak dapat sekolah.Aku kena bandingkan hidup aku dengan hidup anak lain di luar sana yang kurang mampu.

Dan setelah aku sedar kalau aku betul-betul tak dapat hidup tanpa papa,aku balik rumah.Dan lepas tu aku biarkan je papa buat apa-apa yang dia suka.Aku tak berani nak larang dia lagi.

POV:Wunna

Yes,empat hari lagi sebelum hari perkahwinan aku dengan orang yang aku tak kenal langsung.Siapa orang tu?

Aku terima je.Mungkin jodoh aku dengan Raien tu tak panjang lah tu.Aku ikhlaskan dah.Jodoh dia dengan Ara lah tu kalau macam tu.Ara pun apa kurangnya?Cantik and baik.Pilihan semua orang.Aku?Haha..

TRING!!

Siapa pula yang mesej aku ni?Raien ke?Aku pun mengambil telefon bimbit dan melihat siapa yang menghantar mesej pada aku bukan Raien tapi Redza.

Bar Sembang
Redza_dalam talian

Redza:Morning awak..

Anda;Ya..Morning..

Redza:Macam mana?Awak dah jumpa cara supaya tak jadi kahwin dengan orang pilihan mommy daddy tiri awak tu?

Anda:Tak ada..Saya tak tahu apa.Tak akan saya kena lari dari majlis tu kan?

Redza:So,awak nak ikhlaskan je?Awak terima je perkahwinan tu?

Anda:Entah..Saya serahkan dekat Allah je.Kalau sampai hari tu tiba dan semuanya tetap berjalan,saya kena terima lah kalau saya akan sah jadi isteri orang.Tapi,kalau tiba-tiba ada yang halang perkahwinan tu...Maknanya Allah kabulkan doa saya.

Redza:Macam mana eh?Tapi awak jangan lah mengalah macam tu je..

Anda:Tapi,saya nak tahu lah juga.Kenapa awak macam kesah sangat eh pasal perkahwinan tu?Awak macam nak tolong sangat saya?Ada apa-apa yang saya tak tahu ke?

Redza:Tak adalah..

Anda:Okay..

Pelik sangatlah dia ni..Pelik?Tak peliklah.Biasalah.Aku dah dapat kawan yang prihatin dan baik.Ambik berat pasal aku.Aku nak kira,siapa eh yang dah sudi berkawan dengan aku?Redza?Yes,he is.Mutiara?Emm..Itu okaylah juga.Sebab dia sudi nak berkenalan dengan aku.Abang Omar?Dia...Macam mana eh?

Dia baiklah juga.Dia sebagai leader of our group memang suka ambil berat jugalah.Tapi..Dia macam tak kesah sangat dengan aku.Dia layan baik dengan formal masa bincang sama-sama pasal kerja je.Lepas tu kalau bukan time kerja,dia macam...Bukan sombong tapi malas nak layan kalau bukan bincang pasal hal kerja.

Tapi,aku tak nak siakan hidup aku dengan orang yang....Aku rasa mungkin..Herr!Aku tak tahu.Orang yang aku kena kahwin siapa?Daddy kata anak dia dah besar panjang.Maknanya dia dah tua lah kan?

Mungkin ya aku kena terima je perkahwinan tu sebab orang tu pun sanggup terima aku.Tapi aku rasa,aku macam dipermainkan.Sebab aku dengan lelaki tu belum pernah jumpa lagi kan?So,aku memang yakin kalau lelaki tu tak ada perasaan dekat aku tapi nak permainkan je.

Lepas tu tinggalkan aku?Aku jadi janda seumur hiduplah?

Aku kena fikir!!Fikir!!Nana fikir!Kau mesti akan dapar cara.....Supaya tak jadi kahwin!!Arghh!!

Tak dapat.Tak kira.Aku kena bawa Raien kahwin juga.Tu kalau dia nak.Kalau tak,apa boleh buat kan?

Bar Sembang
Raien_dalam talian

Anda:Awak..Kita jumpa kat store?

Raien:Kenapa?

Anda:Ada benda penting saya nak cakap.

Raien: Bila?

Anda:Sekarang awak busy tak?Kalau tak,sekarang..Okay?

Raien:Okey...

POV:Raien

Apa pula yang dia nak kali ni?

Aku baru perasan.Kenapa hubungan aku dengan Wunna makin hari makin tak macam dulu?Kenapa aku tak perasan ke kalau Wunna dengan aku semakin berjauhan?

Salah aku ke sebab tak hiraukan dia langsung?Tapi buat apekan?Aku bukannya ada perasaan pun dekat dia tu.

~~~Stor

Aku masuk lepas tu tengok dia tunggu aku sambil main phone lepas tu simpan phone dia.Aku pun duduk.

"Ada apa?Apa yang awak nak cakapkan tu?"Kataku sambil duduk beberapa meter jauh darinya.

"Awak...Awak cintakan saya?"Kenapa dia tanya macam ni pula tiba-tiba?Mana lah aku tahu.

Aku hanya mengangkat kedua bahu menandakan tak tahu.Betullah.Kalau nak cakap aku cintakan dia memang tak lah.Aku hanya cinta Ara sorang.

"Entah?Saya bukan sekadar tanya awak.Tapi saya tanya hati awak.Hati awak,betul-betul cintakan saya?"Sekali lagi tiada kata yang keluar dari mulutku.Memang aku tak dapat nak jawab soalan ni.Ya,aku memang tak cintakan dia.Tapi aku cintakan kau?Soalan yang menggunakan tak aku dapat jawab.Aku tak tahu..Tak tahu...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience