Aku ada Aku

Drama Series 15405

Sebaik saja selesai berurusan dengan pemilik lama tuan rumah,kitorang on the way pergi rumah tu.

Wah!!Terpegun aku tengok rumah yang akan ku tempati nanti.Cantik,design dia ikut cita rasa aku.Redza ni pandai memilihlah!

"Wah.."Kataku memuji.

Redza tersenyum"Awak suka?"

"Ei..Mestilah suka!Pandai awak pilih.Thank you,awak.."Ucapku sangat-sangat bersyukur.

"Nanti kalau saya dah kumpul duit,saya bayar juga ya?"

"Tak payah.Ni saya ikhlas tolong awak."Mana boleh macam tu.

"Mana boleh macam tu.Saya rasa macam saya ni nak habiskan duit awak pula.Tak apa.Nanti saya bayar.Okay?"

"Tak apa.Kan saya kata saya ikhlas.Saya buat macam ni supaya Allah murahkan rezeki saya.Janganlah batalkan niat saya nak dapat pahala."Katanya lalu tergelak.

Aku tersenyum.Haha..Tak boleh lah kalau aku tak bayar kan?Tapi macam mana?"Tapi.."Aku tak tahu nak cakap apa.Dah ini niat dia nak bantu orang susah?

"Yelah..Saya tak tahu nak cakap apa lagi.Awak betul-betul orang baik.Sekali lagi saya kata,saya tak dapat balas budi awak dalam sekejap.Yakin,Allah pasti balas segalanya."

Dia tersenyum dan kitorang keluar dari kereta.Aku memandang langit yang begitu cerah sambil menghirup udara.

Huuuh!!Aku rasa macam dah dapat hidup baru!!Jiwa baru!!Mestilah!!Rumah baru kan?

Redza tolong angkat barang-barang aku sampai depan pintu je sebab aku tak nak timbul fitnah pula.Kitorang kan tak halal lagi.Mana boleh berdua-duaan dalam rumah?

"Terima kasih,awak.Awak betul-betul banyak bantu saya.Awak ni macam dah jadi abang saya pula."Ye,baik sangat.Dia anggap aku tak sekadar kawan tapi dia anggap aku macam adik dia sendiri.

"Sama-sama.Tak ada apa-apa lah.Hal kecil je pun.Macam mana?Kalau awak tak ada abang,saya boleh jadi abang awak."Ya Allah.....

"Betulkah?"

"Ya..Mulai sekarang awak adik saya,saya abang awak."

Gembira hati aku dengar apa yang dia cakap."Say--

"And mulai sekarang,panggil saya abang."?Aku tak dapat nak berhenti senyum.Aku dah paksa dah buat -buat tenang tapi rasanya hati ini melonjak tinggi ke langit.

"Ye?Cuba.."

"Hah?"Aduhh!!Rasanya pipi aku ni dah merah macam udang yang baru dimasak.

"Try..Say...Abang??"Hahah...Ya Allah!!Tolonglah.Rasanya macam nak melompat-lompat.

"Errr.."Aku masih malu-malu lagi.Haduhh!!Rasa macam nak tutup muka tapi tak boleh.Hahah!!!!!Calm down!!Calm down..

"Cuba lah?"

"Emm...A..Ab..Abang??"Kataku sambil mengerutkan dahi dan memaksa supaya tak senyum.HahahahahHah!!!!Rasa macam tenggelam dalam air pula.Tak boleh nak senyum!

Dia pun tepuk tangan dan tersenyum"Macam tu lah,adik abang?Kalau macam tu,abang pulang dulu?"

Aku hanya menganggukkan kepala sambil menahan senyum.

"Ei?"Katanya.Hah?Apa dia nak?

"Apa?"Kenapa dia nak tanya aku pula.Sepatutnya aku yang tanya.

"Ekhermm.."

"Hah?Ee..e..Apa?"

"Abang kan dah nak pulang.Kena lah salam dulu."Oh..

Kitorang bersalaman dan dia pun pulang.

Huuh!!

~~~

Seronoknya!Aku rasa aku bebas sangat.Rumah ni kan milik aku sorang?So,aku boleh suka hati lambat bangun,buat breakfast sendiri,boleh tengok tv suka hati,boleh masak itu ini and boleh nyanyi puas-puas!

Lepas mandi,aku tengok tingkap,tengok kat luar ada kereta aku.Mesti Redza suruh orang hantar kereta aku kan?Nasib dia tahu yang aku kena pakai kereta tu awal pagi.

Hmm..Aku harap tak ada satu pun yang tahu mana aku tinggal sekarang sebab aku tak nak lah ada masalah lagi.Aku dah lari tapi kalau diorang tetap jejak aku dan suruh aku buat yang bukan-bukan,aku tak tahu.

Aku pun pergi dapur nak buat breakfast.

TING!!

Bunyi notifikasi telefon!Siapa yang chat pagi-pagi ni?Unknown number?Scamer ke?

Bar Sembang
017 *** ****_luar talian

017 *** ****:Aku bagi amaran dekat kau!!Jangan sesekali pun kau cuba nak menggatal dengan Redza!!Sedar diri tu sikit!!Kalau aku tahu kau cuba nak dekat Redza lagi,kau akan tahu apa jadi dekat kau nanti!!

Hah?Apa ni?Siapa yang mesej?Aku ada buat salah dekat orang ke?Aku fikir dulu......Linda?Tak mungkin.Dia mungkin tak kenal Redza.Dia kan sekarang sibuk nak ambil hati Raien?

So,siapa??

Padahal...Aku anggap Redza sebatas kawan je.Aku fikir....Redza satu-satunya orang yang aku ada dan harapkan sekarang tapi....Kenapa Allah tak izinkan aku ada sesiapa?Aku memang ditakdirkan bersendirian?Kesepian?

Aku tak ada mak ayah.Aku tak ada adik-beradik,kawan dan segalanya.Mereka semua bagai bayang-bayang.Aku sedar,dunia ni ibarat bayangan.Kalau cerah,bayang-bayang tu ada.Kalau gelap,bayang-bayang tu tak ada.

Maksudnya,aku kena macam orang lain.Betul,untuk hidup,kita tak perlu dengar apa yang orang lain cakap.Aku kena hidup sendiri.Tapi kalau nak kehormatan,penghargaan dan pengertian,kita kena ada muka.

Ya!!!Kena ada muka!!!Macam bayang-bayang tu!Kena ada cahaya baru ada bayang-bayang.Penampilan?Penampilan kena ada baru ada keyakinan diri walau kat mana-mana je!

Aku kena berusaha nak dapatkan penampilan baru!!Go Nana!!Ya Allah,jika keinginanku itu memberi kebaikan untukku,tunaikanlah hajatku itu.

Aku nak kuruskan badan!

lps ni,apa nk jdi?author tk ada idealah.. :1 Sorryla,lps ni mngkin jrg update 'Aku Terima' sbb busy dengan novel lain.korng pun try2 lah cuba baca novel bru tu,terutamanya 'Dunia Fiksyen'.Tu recent sekarang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience