Penjelasan

Drama Series 15629

Dan bila aku toleh ke belakang,aku lihat Raien sedang memandangku.

Kenapa baru sekarang awak datang?Padahal dari tadi saya mesej lepas tu call tapi satu kata pun awak tak balas.

Cakaplah,cepat.Saya nak dengar penjelasan dari mulut awak.

"Awak...." Aku hanya diam menunggu penjelasan darinya.

Jujur aku kecewa sebab dia tak datang.Tak apa,ni baru first time.Tapi,aku tadi.....Terlalu banyak kemungkinan yang aku jangkakan.Inilah..Itulah..

Harap-harap apa yang saya dengar nanti membaikkan keadaan.

Aku takutlah kalau dia cakap nak putus.Sebab dia tak ikhlas pun tapi nak mainkan aku je.

"Saya minta maaf.Tadi saya jumpa kawan lama saya.Lepas tu borak-boraklah.Lepas tu tak sedar masa terus berjalan sampaikan.....Saya lupa kalau kita nak lunch sama-sama." Aku tak tahu alasan dia ni betul ke tak.

Tapi aku paksa diri aku supaya percaya dengan apa yang dia cakap.Aku cuma takut kalau terpaksa nak berpisah dengan dia.

Ni baru dugaan pertama,Nana.Syukurlah kalau dia alasan dia betul.

Sebab kalau tiba-tiba takdir nak kitorang berpisah..aku memang tak boleh.

Tak boleh!!

Aku dah terlanjur taruh rasa sayang dekat dia.Semua ni sebab dia sendiri.Dia yang buat aku jatuh hati dekat dia.

Kalau dia nak ubah hati aku untuk hilangkan perasaan ni memang tak akan dapat.Mungkin satu hari dapat.Tapi awak faham kata 'sukar' tu?

Tak kira kita cinta seseorang dalam diam atau pun jelas tapi kalau kita dah terlanjur cintakan dia guna hati bukan sekadar kata-kata kau memang akan mengerti kata sukar untuk melupakan dia.

Kerana 'dia' lah....Yang membuat hati ini bertambah sayang dengannya.

"Dan mesej awak....Saya sengaja tak reply sebab saya tak boleh terangkan dekat awak kalau tak berhadapan.Saya nak jelaskan ini dekat awak melalui suara dan mata saya bukan melalui huruf.Saya betul-betul minta maaf,awak.Saya betul-betul tak ada niat.." Mungkin alasan dia kali ni dah yakinkan aku?

Wunna......Luaskan pemikiran kau.Jangan asyik terperangkap dalam rasa takut kehilangan tu.

..........Setelah diam saling bertatapan tanpa suara...

"Saya...percayakan awak.." Dan senyuman indahnya terlekuk di pipinya yang dihiasi jambang dan misai.

Dia pun menggenggam tangan aku.Tiba-tiba semua staff kat sana tengok kitorang lepas tu tiba-tiba Rain pegang dagu aku nak aku tengok muka dia bukan tengok orang lain.

DAG!DAG!DAG!Aku tak dapat normalkan degupan jantung aku yang begitu laju.

Semua orang yang tengok kitorang tak sangka yang Raien akan pegang dagu aku lepas tu tengok aku.

Aku lagi terkejut bukan main daripada diorang yang shock biasa.

Lepas dia pandang aku dengan serius dan berkata"Awak...betul percayakan saya?"

Mata aku dan dia saling bertemu dan saling menyatakan perasaan.Yang ku nyatakan adalah cinta yang semakin menguasai ku.Dia?Aku tak tahu.Aku harap perasaan kita sama.

"Awak yang ambil hati saya dulu.Awak yang buat saya jatuh cinta.Awak yang bawa saya bercinta.Jadi.....Saya harap awak tak akan pernah sesekali tipu saya.Sebab saya dah letakkan sepenuhnya kepercayaan saya dekat awak."Saya harap kata-kata saya ni bermakna bagi awak.

Saya....percayakan awak.

POV:Raien

Ya,Allah.Berdosa besar ke aku dah tipu dia ni?Dia dah taruhkan seluruh kepercayaan dia dekat aku,tapi aku?Sebulan.Takkan selama sebulan aku nak beratkan dosa aku?

Tak!Aku kena akhirkan semuanya sekarang.

Aku pun lepaskan dagu dia dan menjarakkan diri.

"Awak...."

~Jujurlah dari awal kerana kau tidak akan pernah menemukan insan sepertinya di dunia ini.~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience