"Macam tu lah daddy lain kali.Kalau daddy yang marah mesti dia takut." Menyampuk pula si adik tiri aku,Linda tu.Dia pun berdiri dari sofa lepas tu ikut berdiri bergabung dengan mommy daddy dia tu.
Macam manalah aku ni.Hari-hari korang buli aku?Aku memang tak dapat nak balas semua kejahatan korang.Tapi,Allah akan balas semua tu setimpal dengan apa yang korang buat.
"Kau nak tahu kenala ayah kau mati?" Tiba-tiba pula nak bahas tentang kematian ayah.Memang sengaja nak buat aku sedih lepas tu lemah tak kuat nak lawan diorang.
"Bukan ayah kau je,tapi mak kau sekali.Mak kau mati sebab aku letak racun dekat minuman dia.Hahahah!!" Terkejut aku dengar apa yang baru aku dengar.Mak mati,sebab diorang?!!!
"Ayah kau mati,sebab aku tutup muka dia guna bantal masa dia sakit hari tu!!Aahhhahhahahahah!!Padan muka!Dua-dua masuk neraka sama-sama.Memang sehidup sematilah diorang tu!!"
Diorang ketawa terbahak-bahak saat air mataku mula membanjiri pipiku.Aku sudah tidak berdaya saat mendengar itu semua.Ya,memang diorang selalu jahat dengan aku.Tapi,aku tak pernah sangka diorang lebih jahat dari apa yang aku kira.
Aku sudah kehilangan kata-kata.
ku tak kuat nak marah-marah lagi.Nak marah diorang pun tak ada guna.Yang aku nak,aku nak mandi terus solat lepas tu tidur.Tu je.
Aku baru nak naik tangga,tapi diorang tahan tangan aku dengan kasar.Memang tak berperikemanusiaan.
Apa korang nak lagi?!!!
Aku tak keluarkan sepatah kata pun apa-apa dan tak pandang diorang.
"Hei,gemok!!Tengok sinilah!!"
Sebab aku tak nak juga tengok muka diorang tu,diorang pegang kepala aku kuat-kuat paksa tengok diorang"Barulah!!"
Lepas tu diorang tunjukkan video yang tengah viral tu iaitu aku dengan Raien kat stor.Tak habis-habis lagi ke gossip ni?!Lepaz habis video tu,diorang tunjukkan aku video yang Raien mengaku aku girlfriend dia.
"Betulkah kau bercinta dengan CEO?" Aku tak jawab apa-apapun jadi diorang tolak kepala aku"Kau pekak kah?!!Kitorang tanya ni?!"
Aku tetap tak nak jawab.Jadi diorang tolak kepala aku banyak kali tapi tangan aku masih diorang genggam"Kalau orang tanya tu jawab!!"
Lepas tu suami mak lampir tu tumbuk muka aku."Aasss!!"Sakitnya.Sampai aku terjatuh kat lantai.Nunu memang tak ada perasaan walau sikit pun.Diorang anggap aku macam patung.Aku ni perempuan!!Kalau aku anak lelaki,pasti aku dah belasah kau dulu!!!!
"Kau jawab!!Cepat,ke kau nak aku bunuh kau?!!"Aku masih diam tak kata apa-apapun.Tak penting pun diorang nak tahu.
Tiba-tiba mak lampir tu tampar aku.PLAK!!
Sakitnya aku kena dera macam ni tak sesakit rasa kehilangan mak dengan ayah.
Aku nak keluar dari rumah ni!!Rumah yang dulu bagai kayangan,tapi kini menjadi tempat dimana syaitan berkuasa!!
Rumah ni pun diorang rampas.Kat sinilah tempat yang menyimpan kenangan indah aku dengan mak dan ayah.Tapi,rumah ni juga jadi saksi bisu kepahitan aku selama tinggal dengan diorang.
"Kau jawablah!!Susah apa?!!" Aku dah malas nak layan scence ni.
"Tak."
"Kalau tak video ni apa?!"
Tiba-tiba mak lampir tu dekat aku lepas tu pura-pura nak lembut dengan aku.Ni mesti dia nak sesuatu dari aku.Dia berjongkok kemaskan rambut aku sambil pasang muka senyum tapi baikkan rambut aku dengan kasar.
"Wunna nak kahwin?"Kenapa pula ni tiba-tiba nak aturkan perkahwinan aku?
Aku tak jawab apa-apapun.
"Aunty minta maaf ye.Aunty dah cuba dah nak berbaik dengan kamu tapi aunty asyik tak dapat tahan amarah aunty.Soal tadi,pasal mak dengan ayah kamu tu tak betul pun.Aunty sengaja cakap macam tu sebab nak sakitkan hati kamu je."
Aku tak tahulah apa yang dia cakap ni betul ke tak?
"Dah..Kamu pergi naik mandi lepas tidur ye?Wunna dah makan?"
Aku...tak tahu apa nak jawab.Dia betul-betul ke main-main ni?Jangan Wunna.Kau jangan cepat sangat nak percaya cakap diorang lagi.
"Tak apalah..Wunna naik kat atas ye?"
Aku tak jawab apa-apa terus ambil beg aku naik tangga.
~~~
Pagi ni,aku betul-betul tak ada mood.Sampai bila aku kena perangkap kat rumah ni.Takkan aku nak lari dari rumah ni?Tu memang tujuan aku yang tak kesampaian.Tapi,duit aku belum cukup lagi nak beli rumah.Kalau nak sewa bilik atau rumah,sampai bila-bila pun tak dapat nak beli rumah.
Tu yang buat aku masih bertahan dalam rumah ni.Aku turun tangga tiba-tiba je mak tiri aku pegang tangan aku.
Apa ni?Tak selalunya pun macam ni.
"Selamat pagi,Wunna anakku sayang.Amboi,cantiknya." Aku memang tersentuh bila dia sebut 'Wunna anakku sayang' lepas tu puji aku cantik.Walaupun aku tahu dia tak ikhlas cakap macam tu dekat aku,tapi aku betul-betul rindu dicurahkan kasih sayang seorang mak dan ayah.
"Morning,kakakku.Jom breakfast sama-sama.Mommy ada masak breakfast untuk kita..
Aku belum cakap apa-apa tapi diorang tarik tangan aku pergi dapur.
Mble..Apa ni?!Terkejut aku!!Aku nampak makanan ni sedap.Bau dia pun sedap.Tapi,bila aku makan tak sedap langsung.Dah lah masin sangat.
"Wunna,kenapa muka Wunna macam tu?Tak sedap eh?"Aku nak jujurke?Aku nampak diorang macam dah sedar kot kesilapan diorang selama ni.
Semalam pun aunty cakap nak berbaik tapi dia asyik termarah aku.Orang kalau nak berubah baik kan perlu lebih masa?Tapi semalam diorang...Belasah aku.
" Wunna?"
"??Eh,sedap..Sedap!"
Aunty hanya senyum."Eh,Linda?Kenapa buat muka macam tu?"
"Mommy...Lain kali tak payah masaklah!Apa ni tak sedap langsung!Bukan selalu,pagi-pagi macam ni kita breakfast sama-sama kat luar ataupun order online je?Ni kenapa?!!"
"Halah!Makan je..Lagipun ni bukan mommy yang masak sendiri tau!Nini pun ada tadi."
"Tulah..Dah tau Linda tak boleh masak."
Apalah dua anak beranak ni..Dua-dua sekali tak boleh masak?
"Ekherm...Wunna."Panggil aunty.
"Ya?"Jawabku.
"Malam ni Wunna balik awal ke lewat?"Ni pun dia tanya juga?Dia ambil berat dekat aku ke ada niat lain?
"Em...Rasanya,awal.Sebab kerja kat office Wunna dah settlekan semua.Tapi,tak tahu lah kalau ada kerja lagi."
"Oh."
"Kenapa,aunty?"
"Masih panggil aunty?Tak apalah..Lupakan yang lalu.Panggil mommy.Ye?Baru comel?"Kata aunty sambil tersenyum manis padaku.
Aku macam tak percaya lah apa yang jadi sekarang ni.Kalau diorang pura-pura je sebab ada niat lain diorang mesti dah sebut dah dari tadi.Ni tak.
Gembira hati aku dapat suasana keluarga yang harmoni macam ni.Walaupun aunty dengan uncle bukan keluarga aku dan tak ada pertalian darah langsung,tapi aku sanggup lupakan apa yang jadi sebelum ni kalau diorang nak bina keluarga bahagia dengan aku.
" Tak ada lah.Kalau boleh,kenalkan lah bakal suami Wunna dekat mommy,papa dan nini.Nak tengok juga mommy bakal menantu mommy."Aunty masih tersipu memandangku.
"Tak...Em..Takkan nak bawa sini,mommy?"Tak akan aku nak bawa Raien jumpa diorang.Baru kemarin kot dia bawa aku couple.
"Please,bolehlah..Ye?Wunna......Masih belum boleh anggap mommy ni macam mak kandung Wunna sendiri?Kalau mak Wunna masih hidup,mesti Wunna teruja sangat nak kenalkan boyfriend Wunna dekat mak Wunna sendiri.Kan?"
"Tak,tak..Bukan macam tu,aunty.Eh!Mommy..Wunna..Tak sedia lagi."
"Tak sedia apanya?Kalau bercinta hujungnya kahwin jugakan?Tak mungkin Wunna bercinta dia tapi tak nak halalkan hubungan korang?"
"Tak!Bukan macam tu mommy...Cuma...Betul mommy dengan daddy nak Wunna bawa dia kat sini?" Hadoii...Aku rasa Raien tu tak nak lah sampai macam ni sekali Aku rasa dia tak cintakan aku betul-betul pun.Apalagi kahwin.Mestilah dia nak isteri yang lebih sempurna dari aku.
"Ya,jangan lupa bawa ye?Nanti mommy masak sedap-sedap untuk dinner nanti.Ya?" Aku pun setuju je.Dah ini keinginan diorang.Tak akan aku nak tolak pula.Baru je nak beransur baik hubungan kitorang.
~Janganlah kau melakukan sesuatu hanya kerana kau menginginkan sesuatu.Lakukannya dengan ikhlas!!~
Share this novel