Mana Awak?

Drama Series 15405

Dia datang dengan senyuman yang lebih manis sejuta kali ganda dengan manisnya gula dihiasi dengan lesung piptnya yang makin membuatku terpesona dengannya.

Rindunya,Ara memang tak berubah!Dari dulu sampai sekarang tetap cantik dan manis di mata abang!

"Hai,awak..Awak apa khabar?Sihat?"Dia dari dulu memang tidak lupa menanyakan khabar setiap kali bertemu.

"Allhamdulillah,sihat.Ara?Macam mana keadaan Ara sekarang ni?Umi dengan abah sihat tak?"

"Sihat.Umi sihat je.Cuma abah tu lah kebelakang ni batuk-batuk."

"Hm..Tak apalah.Bila Ara tak sibuk?Nanti abang,kalau boleh nak datang kat rumah.Dah lama tak jumpa umi dengan abah."

"Em...Hari ni,Ara masih banyak kerja.Esok pun sibuk juga banyak urusan juga.Lusa...Alah sibuklah juga.Maaflah,abang.Hujung minggu ni,hari ahad.Datanglah pukul tujuh malam nanti.Nanti Ara masak masakan kegemaran abang,ye?"Tak sabar lah aku!!Kalau boleh,aku cabut hari kat kalendar tu sampai hari ahad.

Tapi tak berubah pun.

"Tak apa.Mestilah,sibuk.Abang pun sibuk juga dengan urusan kerja.Baiklah,nanti abang datanglah malam ahad nanti.Sekarang ni,Ara ada kelas?"Tanyaku.Kalau tak ada,aku nak ajak dia minum-minum sambil borak-boraklah.Banyak lagi aku nak tanya dia.

"E...Ara ada satu kelas lagi.Tapi lama lagi?Kenapa,abang?Nak ajak Ara pergi cafe kat sebelah tu kan?"Dah biasa dah dia ni aku ajak dia pergi cafe sebelah tu.

"Eis,dah hafal dah rupanya Ara ni.Tahu-tahu je.Haha."

"Mestilah.Jomlah,abamg kalau macam tu."

"Jom."Aku rasa bahagia kalau dengan dia.Aku rasa macam kat dunia ni ada aku dengan dia je.Tak ada orang lain.Aku macam dah lupa dunia dan orang-orang luar yang tak penting.

POV:Wunna

Aku sekarang ni tengah duduk menatap skrin laptop.Aku tengah baca analisis jumlah purata bulanan.

Aku pandang skrin laptop tu dengan tatapan kosong.Orang lain mesti kira aku tengah fokus buat kerja padahal aku tengah fikirkan Raien.

Dia kat mana ye?Lunch tadi dia tak datang.Dia tak datang makan nasi lemak tu aku pun tak makan sebab tunggu dia datang sampai tak sedar buang masa.

Aku chat dengan call dia pun dia tak reply dan angkat call.Ada jadi apa-apa ke kat dia ni?Raien,janganlah buat aku risau macam ni!!Balas lah mesej aku!

POV:Raien

Gelak dan canda kami tak disedari telah melewati masa.

"Alamak,awak!Saya kena masuk sekolah balik.Tak sedar,dah jam mengajar."Katanya sambil memasukkan telefon bimbitnya ke dalam saku seluarnya.

"Alah,salah saya lah ni.."

"Tak adalah.Kalau macam tu,saya pergi dulu ye.Pelayan.." Panggilnya nak bayar makanan dan minuman yang sudah berada di dalam perutnya.

"Tak apa.Awak pergilah.Ni saya tolong bayar." Kataku sambil senyum.

"Betulkah?Terima kasih,awak.Kalau macam tu saya pergi dulu?" Katanya sambil terburu-buru.

"Ya,bye!"Huh,happy aku bila dengan dia.Nak je aku setiap saat ketawa mesra dengan dia.Tak apa,Raien.

Kau kena usaha kuat lagi supaya dia sukakan kau.Lepas tu,aku boleh lamar dia!Yes!!

Aku pun masuk terus duduk kat bangku kereta.Sebelum tu,masih nak duduk-duduk sebab masih kenyang sambil tengok phone.

Mana handphone aku?Oh kat sini.

Lepas tu aku masuk whatsapp nak tengok-tengok dulu.

Terbelalak biji mata aku tengon history call 7 kali dari Wunna.Lepas tu chat aku tak terbaca 9.

Bar Sembang
Wunna_luar talian

Wunna:Awak.Awak kat mana?Janji nak lunch sama-sama.

Wunna:Awak.Saya kat stor ni.

Wunna:Saya ada masak nasi lemak special untuk kita makan sama-sama.

Wunna:Sedap tau.

Wunna:Awak.Balaslah mesej saya.

Wunna:Awak kat mana.Janganlah buat saya risau pula.

Wunna:Awak..

Wunna:Saya masih kat sini tunggu awak sampai awak datang.Saya takut kalau nasi lemak ni lama-lama basi lah pula.

Wunna:Awak.........Awak masih sibuk ke?Saya boleh datang office awak hantar makanan ni.Boleh?Itu kalau awak masih busy.

Alamak!!Aku tak sedar pula.Haduh,macam mana aku nak tahu kalau handphone aku,aku tinggalkan dalam kereta ni?

Apa aku nak jawab?Aku nak tipu dia kah yang aku masih sibuk dengan kerja tadi?Tak mungkin.Kalau dia masuk cari aku tadi?Takkan aku nak cakap aku jumpa client kat cafe ni?Takkan aku nak jujur yang aku jumpa Ara?

Aku tak nak menipulah.Aku cakap je jumpa kawan lama.Aku jujur je telefon ni tertinggal dalam kereta.

Tapi aku takkan bagitahu kalau yang aku jumpa tu perempuan.Curiga lah pula dia nanti.

Aku tak nak jelaskan kat sini lah.Mesti jumpa depan-depan.

POV:Wunna

Dia bluetick je mesej aku?!Dia ni pergi mana sebenarnya?Dia baca 23 minit yang lalu,tapi sampai sekarang tak reply lagi.

Jangan-jangan dia tipu aku?Dia hanya mainkan aku lepas tu dia nak tinggalkan aku?!

Aku tak tahu aku ni sedang overthinking atau ni memang jawabannya.

"Awak.." Panggil seseorang dari belakangku.

~Tak kira apapun situasinya jangan sesekali menipu jika bukan untuk kebaikan tapi berjujurlah walaupun tidak menceritakan secara terperinci.Yang penting namanya bukan menipu.~,

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience