Hidupku

Drama Series 15629

Pagi ni,aku drive kereta pun mengantuk-mengantuk lagi sebab semalam tengok movie.

Ei,korang..Aku belum cerita kan?Tentang keluarga aku?

Jadi macam ni,time 8 tahun lalu tu,ayah aku masih ada.Masih hidup.Masa tu,mak aku dah meninggal dunia.Korang nak tahu kenapa?Aku pun tak tahulah kenapa.

Bila pihak hospital siasat punca mak aku meninggal,katanya keracunan.Antara keracunan ataupun diracun,katanya.

Kat sini aku nak bagitahu.Masa mak aku masih hidup tu,dia bermadu dengan nenek lampir ni.Hehe,sorry.Tersalah guna bahasa lah pula.

Macam mana lagi..Dah orang tak sukakan dia.Tahu kenapa?

Dahlah mak aku bermadu dengan dia bukan dengan hati yang rela tapi terpaksa.

Perkahwinan mak dengan ayah aku tanpa sebenarnya tanpa restu dari pihak keluarga ayah aku.

Aku benci alasan nenek aku.Dia kata sebab mak aku dari darjat keluarga rendah.

Patutkah dia cakap macam tu dekat mak aku?!

Beberapa tahun lepas aku lahir,ntah.Aku malas nak kira berapa tahun.Nenek aku,iaitu mak kepada ayah aku paksa ayah aku kahwin dengan gadis janda beranak satu pilihan dia.

Janda tu ada satu je anak perempuan.Korang rasa baik ke tak baik?Actually sekarang aku tinggal dengan janda tu.Upss,mak tiri aku.

Dengan siapa?Lepas ayah dengan nenek aku meninggal,dia kahwin lagi dengan ex husband dia tu.Rupanya dia sengaja je nak kahwin dengan ayah aku supaya semua warisan harta jatuh kat diorang.Diorang tiga tulah.

Anak dia,dia,dan husband dia.

Tahu kenapa dia sanggup biar aku duduk rumah dia?Dia tak buang aku?Ayah aku yang merayu sangat,katanya kalau dia tiba-tiba dah tak ada jaga aku.

Sebenarnya dia tak nak pun biar aku duduk rumah dia,tapi time aku masih kecil,aku merayu sangat-sangat dekat dia supaya izinkan tumpang tinggal kat rumah tu.

Padahal rumah tu,rumah ayah aku pun.

Diorang pun izinkanlah.Bukan sebab baik,tapi aku dah janji aku takkan sentuh duit diorang walaupun satu sen.

Lepas balik sekolah,aku pergi lah tolong apa-apa kerja kat kampung ni.

Contohnya aku tolong kat gerai makcik kat kampung kitorang.

Aku tolong cuci piring,jadi pelayan,semualah.

Sampai sekarang,duit yang aku kumpul tu boleh izinkan aku dapat kerja yang layak.

Aku masuk U tu diorang tak tolong apa-apa tau.Aku dapat biasiswa dan aku guna lah duit aku.

Nak tahu nama adik tiri aku?

Natalinda Asirla.

Dia kerja apa?Tak adalah juga.Dia jadi artis.Jadi penyanyi and pelakon.

Korang pernah tengok dia kat tv?Mana-manalah.Tv3 ke,tv9 ke.Apa-apalah.

Antara tajuk lagu dia..Aku lupa.But lagu-lagu dia semua rancak,dance ala k-pop punya tarian.

Boleh tahan famouslah jugak..

Dah..Dah sampai dah depan bangunan ni.

Nak kerja,nak fokus!!Malaslah nak ingat masa lalu aku.

POV:Raien

Tu perempuan tu kan?Wunna kalau tak silap nama dia.So ,apa aku nak buat?

Aku tengok makanan yang aku beli tadi.Aku bagi ni je lah.Boleh beli lagi.

Sampai..

Mana meja dia eh?

Itu?Bukan..

Oh itu.Aku pun jalan menuju meja keberadaan dia.

"Good morning,girl.." Sebelum tu,aku kena sapa dia dulu.Bagi kata-kata ke"Wah,berseri-seri muka awak pagi ini.Awak pakai produk apa?"

Dia tak jawab.Dia kerutkan kening dia.Mesti pelikkan?

Aku tak tahu lagi nak cakap apa,aku letak je makanan tu kat atas meja dia.

Dia tengok aku.

POV:Wunna

Apa kena mahmat ni?Sejak kemarin,tetiber je.Heh.

Takkan dia jatuh cinta dekat aku?Cinta pandang pertama?Weissh!!Tak mungkin.

First time jumpa pun gaduh-gaduh.Aku tak ingat apa-apa wey!..

Tak nak tolak rezeki pagi-pagi ni.Sebab makananlah yang paling aku suka kat dunia ni.

Aku ambillah.Takkan nak tanya 'Untuk saya?'Dah dia letak kat meja aku,aku punyalah."Thank you.."

Lepas tu,aku sambung kerja aku dengan laptop aku.

Kenapa dia tak pergi lagi?Dia tenung aku ke?Baru aku nak tengok dia terus dia jalan.

?

~Raien sebenarnya tak tahu nak buat apa.Dia nak cakap dengan Wunna.Tapi tak tahu topik apa.Akhirnya dia ambil ayat-ayat manis dari google je.~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience