Jatuh Hati Pada Awak?!

Drama Series 15630

Aku pegang bahu dia,rasa pedih dapat dilihat dari bola matanya yang bergenang air mata"Awak..."

"Stop....."Dia lepaskan tepis tangan aku dan cuba menjarakkan diri" Lebih baik kita tak payah berkawan..Tak apa tak ada kawan,saya dah biasa dah.."

Kenapa dia nak.....Ya,apa yang aku rasa sekarang....Bukan sebab takut tak dapat nak selesaikan cabaran yang kawan-kawan aku suruh,tapi....Aku betul-betul tak nak dia pergi.

"Wun-

" Saya ni memang dah memalukan awak..Kalau saya tak dapat buktikan kalau kita tak ada apa-apa,memang awak dan saya....Tak boleh berkawan..Ya,awak seorang pendengar yang baik.Saya suka dapat kawan macam awak..Tapi...Mulai sekarang,kita pura-pura tak kenal je."

"Wu--

Belum habis apa aku nak cakap dia terus pergi tinggalkan aku sorang-sorang dalam bilik stor ni.

Allah hu' akhbar.Apa aku nak buat ni?Terus kejar dia atau menyerah kalah dengan cabaran yang kawan-kawan aku bagi?Tapi bukan tu!Aku memang betul-betul tak nak jauh dari dia!!

~~~Bilik mesyuarat

Presentation group Wunna dah nak mula.Aku harap dia dapat buat pembentangan yang memuaskan dan lupakan hal yang tadi.Sebab kalau hati dia masih tak tenang dan masih ingin waktu bersendirian,dia tak akan fokus buat kerja dia.

Ahli kumpulan dia yang lain dah jelaskan isu yang nak dibincangkan.Kini,giliran Wunna.Semangat,Wunna!!

Blablablablabla.Dia dah habiskan ucapan dia.

Tit.Hah?Ini apa?

"Okay,baiklah.Kita boleh nampak dari sini.Hari demi hari analisis pelanggan dah nak turun.Saya dah cadangkan cara paling efektik nak--

PABB!!

Aku tahu Wunna mesti kena marah.Sebab apa yang terpapar kat depan bukan tentang apa yang nak dibincangkan.Tapi,video Wunna dalam bilik stor dengan Raien.

"Apa yang kamu nak katakan?"Nampaknya mesyuarat ni dah jadi tunggang belanggang dah.

Aku rasa Wunna dah buat yang terbaik untuk presentation hari ni dari semalam lagi.Tapi,ada orang sengaja tukar data dia dengan video tu.

Patutlah pagi tadi aku nampak dia sibuk cari sesuatu.Macam mana lagi Wunna nak hadap srmua ni satu persatu.Aku risau kalau dia dibuang kerja.Harap-harap tak lah.

Setelah beberapa belas minit,mesyuarat pun berakhir dengan suasana hening.

Masa Wunna nak keluar dia kena panggil.

POV:Wunna

"Ya,tuan?"Bergegar lutut aku hingga ke hujung kaki.Aku kena pecat ke?Tolonglah,allah.Mana aku nak dapat kerja lagi ni?

"Awak tahu?Gara-gara awak,syarikat yang menguntungkan jumlah sebanyak 700 ribu ringgit dah batalkan kerjasama diorang dengan kita.Awak dah memalukan syarikat kita.Bukan itu saja,syarikat kita rugi banyak sebab nak bayar semua dalam kontrak.Dan soal video tu,jagalah tingkah laku diri.Saya memang nak pecat awak,tapi sebab awak berprestasi dalam company ni,awak juga mampu menyelesaikan banyak masalah,saya bagi awak satu peluang.Sekali lagi saya dengar tentang awak yang bukan-bukan.Saya pecat awak."Suaranya bergema di telingaku.Aku sedar diri siapa aku dan memang tak layak kalau nak merayu melutut kalau kena pecat nanti.

"Ya,sekali lagi saya minta maaf tuan.Saya memang tak ada niat.Untuk presentation hari ni,saya dah siapkan dari awal lagi.Tapi saya tak tahu siapa yang tukarkan semua data tu.Dan video tu...Saya mengaku tu saya.Tapi masa tu,saya sedang menangis dan Tuan Raien cuba tenangkan saya.Tu je.Tak ada niat lain."

"Saya maafkan kamu.Tapi,video tu dah menyebar luas ke seluruh dunia.Mesti banyak yang dah kecam company kita.."

"Saya minta maaf,tuan..Dan saya betul-betul berterima kasih dengan tuan".Aku betul-betul rasa bersalah dengan apa yang dah jadi.

"Kamu boleh pergi.."

~~~Bilik stor

Hari ni aku tak ada mood nak lunch.Makanan yang aku bawa dari rumah dengan yang Raien bagi aku tak makan sikit pun.

Aku betul-betul tak ada mood nak buat apa-apa.Hari ni....Hari yang paling malang buat aku.Penatnya aku.Sampai bila aku kena macam ni,hah?Aku sedang berfikir.

Kenapa aku tak boleh jadi macam orang lain?Hidup orang lain lengkap,bahagia.

Kalau ada parents,kawan atau boyfriend boleh mengadu kat diorang.Aku nak lepas dekat siapa semua kesedihan aku?Tak ada.Aku nak balik rumah lepas tu menangis puas-puas kat bilik biar tak ada yang nampak betapa lemahnya aku.

Dulu,mak dengan ayah masih ada,dunia begitu berwarna dan sungguh indah.Tapi,sekarang....Gelap tak ada sinar kebahagiaan.

Aku baru je nak bahagia sebab Raien muncul dalam hidup aku.Tapi takdir tak benarkan aku dengan dia dekat.Takdir aku dah tertulis yang aku sampai bila-bila tetap macam ni.

Kenapa aku cakap macam ni?Ini semua bisikan syaitan yang suruh aku menyerah dan putus asa dari berusaha.Kalau kita tak pernah mengenal lelah,dan sentiasa berusaha,rezeki takkan kemana.

Aku hampir jatuh tenggelam dalam keputus asaan.Aku tak boleh macam ni.Setiap orang ada dugaannya masing-masing bukan aku je.

Makanan ni kenapa aku tak makan.Aku kena ingat dugaan orang diluar sana yang kelaparan dan kehausan tiada tempat tinggal.Aku masih ada Allah.

Semangat ku bangkit lagi.Aku habiskan dua-dua makanan ni dalam sekejap.Memang bertambah gemok lah aku hari-hari macam ni.Hei..

SRETT...Pintu perlahan dibuka dan yang aku nampak...Raien.

Apa yang dia nak buat kat sini?Dia nak timbulkan fitnah lagi ke?

"Awak...."

"Awak buat apa kat sini?Awak pergilah.Saya tak nak timbul lagi fitnah pula kat sini..Mesti dah banyak gossip pasal kita."

Dia pun duduk depan aku.Dia ni tak dengar ke apa yang aku cakap?"Awak..Saya dah kat--

"Shh........"Dia letakkan jari telunjuk dia kat bibir aku.Datang lagi perasaan tu.

Aku menjarakkan diri"Awa--

"Sh....Dengar apa yang saya nak cakap dulu.."Tiba-tiba dia keluarkan telefon bimbit dari saku seluar dan masuk ke kamera.

"Awak nak buat apa?"

Dia pun mula rakam"Saya,Raien.Yang kena fitnah dekat video yang viral baru-baru ni.Nak buat penjelasan.Ni,Wunna Aisyera yang kena cakap meng ga tal.Tolong jaga ayat korang."

Dia sibuk bercakap pula depan kamera.Dia nak buat apa ni?Takkan dia nak post dekat sosial mediamIh,tak nak lah aku!!"Awak..Awak.."Panggilku yang menyerupai bisikan.

Dia tutup pula mulut aku lepas tu genggam tangan aku tunjuk depan kamera.Dia nak buat apa?

"Suka hatilah kitorang nak sweet macam mana pun.Dia ni girlfriend saya.Salah kah saya nak temankan girlfriend saya sendiri.Dan korang jangan tuduh macam-macam lagi.Sebab dia ni bakal isteri saya.Tak lama lagi kitorang akan kahwin."What?!Apa yang dia cakap ni?Iyelah dia nak tolong bebaskan nama aku dari carutan negatif.Tapi,takkan melebih macam ni?

"Ya kan,sayang?"Apa aku nak jawab?Dia tunjuk pula muka aku depan kamera terus aku senyum jelah.

Mati rakaman.

PEP!!

Rasalah!Sedap tak aku tepis tangan dia yang tadi genggam tangan aku?!

"Apa awak buat ni?Awak...Jangan cakap sembaranganlah..Awak..Her!!" Dia pegang tangan aku pula?!"Lepas!!!!"

"Awak marah ke?"Aku tak sedar pula aku dah tinggikan nada dekat dia.

"Sa....Herr..Awak ni?" Aku tak tahulah apa yang aku geram dengan dia ni.

"Tak apalah.Yang penting orang ramai dah tahu dah k---

"Tahu apa?Kalau saya ni girlfriend awak?Kita nak kahwin?Eh,awak ni tak malu ke cakap macam tu?!Mesti kalau keluarga awak nampak video ni diorang akan marah awak!!Delete video tu sekarang juga!!"

"Tak nak!!" Dia palingkan muka.

"Padam!!"

"Tak!!"

"Ih,awak ni degil sangat lah..Bukan budak lagi pun.Padam!!"

"Saya dah post dah.."

"Awak!!!!Awak nak saya rebut telefon awak?!!"

Dia tak jawab kitorang berebut telefon dia lepas tu kepala kitorang berdekat dan disana mata kitorang saling berkata sesuatu tanpa izin hati.

"Jom couple.." Dia rosakkan suasana tadi.

"Apa awak cakap ni?!!Saya betul-betul tak fahamlah dengan awak!Awak tiba-tiba ja nak berkawan dengan saya lepas tu nak bawa couple pula?!Awak jangan bawa saya mainlah,saya tak suka!!" Aku betul-betul tak faham apa yang ada kat fikiran dia.

Sebab aku gemuk macam ni,terus dia fikir dia aku boleh dia bawa main sembarangan?Dia boleh tipu aku?Boleh gunakan aku?

Kalau ye,dia memang...!!Herrr!!!

"Saya betul-betul sukakan awak!"

"Ih,awak stop boleh tak?!"

Tak ada kata yang terlontar dari kitorang.Sedang menyampaikan sesuatu melalui tatapan.

Aku...tak mungkin suka kat dia kan?

"Wunna......"

Aku..nak terus berkawan dengan dia ke?

"Pertama kali saya jumpa dengan awak,saya dah jatuh cinta.Jangan!Bagi saya bercakap dulu ye?Saya jatuh cinta pada pandangan pertama dekat awak...Saya harap saya dapatkan hati awak.Sudikah,awak??Jadi girlfriend saya?

~Perasaan tidak mungkin sukar dipercayai jika hanya disampaikan melalui kata-kata.Sampaikan perasaanmu melalui doa Allah.~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience