Lelaki Ketiga

Drama Series 15405

Akhirnya setitik demi setitik mulai merintik di pipiku.Dan jatuh ke makananku.

Sebak dada suruh aku nangis kuat-kuat.

Jujur,aku betul-betul seorang yang lemah dan mudah menangis.Aku betul-betul tak kuat nak lawan perasaan sedih aku.

Apalagi bila aku tatap mata dia,dia muka simpati.Aku pun mulai menangislah.

Makanan tu dia ambil dan letak kat tepi.Dia mulai menepuk-nepuk belakangku dan memujuk"Shhh..sh..Jangan nangis.Awak tak boleh sedih macam ni.Tak cantik saya tengok muka awak.."

Sejuknya kata-kata dia.Terus sejuk hati aku dengar apa yang dia cakap.Dia pujuk aku?Aku macam nak nangislah.Nada dia,belaian dia,ayat dia....Betul-betul sama dengan mak dengan ayah pujuk aku selalu.Mak!!Ayah!!Nana rindu!!!Dia memegang kedua bahu ku sambil menepuk belakangku membuat aku tersentuh.

Dia lelaki ketiga selain ayah dengan abang 8 tahun lalu yang ambil berat dengan perasaan aku.

Air mata yang membanjiri pipiku yang tembam ini terus dilap oleh si dia,lelaki ketiga.

Dia pun pandang aku dengan penuh kasih sayang"...Awak jangan sedih,ya?"

Aku baru sedar kalau dia ni,CEO.Aku pun lap pipi aku menggunakan sapu tangan dan menjarakkan diri antara aku dan dia.

Sebak dada dan nafas perlahan ku atur supaya menjadi normal seperti biasa.

Aku sedar dah lama aku buang air mata kat sini.Malu juga aku dengan dia.Takutlah kalau ada staff kat sini nampak tadi,mesti fikir bukan-bukan lepas tu jadi fitnah.

Aku ambil bekas makanan aku yang ada kat tepi dia lepas tu tutup masuk dalam plastik.

"T..Terima kasih,sebab awak sudi temankan saya tadi.." Malu sangat kalau nak ingat hal tadi.Tak ada apa-apa tiba-tiba menangis depan dia,aku bukan budak kecil lagi.

Dia pun tersenyum memandang tepat ke arah anak mataku.

"Saya pergi dulu.." Tak nak ada suasana tu lagi.Aku pun berjalan dengan pantas sebelum dia mengejarku dan bertanya kenapa aku menangis.

Aku betul-betul tak suka kongsi kisah hidup aku kat orang luar lagi-lagi aku tak kenal langsung.

Sebab,kalau kita ceritakan masa lalu kita atau masalah yang kita tengah hadap sekarang ni,diorang belum tentu akan faham sebab diorang tak pernah ada kat temoat kita dan lalui satu persatu ujian yang dah kita rintangi.

~~~

Jarum jam tangan aku dah tunjuk tepat pukul 12 malam.Malam ke pagi?Aku tak tahulah,aku sorang lagi atau masih ada staff lain yang masih sibuk dengan laptop macam aku sekarang.

Kerja berlambak-lambak belum aku siapkan.Ingat susah ke dapat kerja ni?Walaupun tak tinggi mana jawatan ni,korang jangan ingat,main tekan-tekan je papan kekunci dah siap semua kerja lepas tu kau boleh blah balik rumah?Tidur pun lena?Macam tu?

Tak,kalau korang nak tahu penat dia macam mana,korang try sendiri interview dapat kerja ni.Interview pun belum tentu kau kena terima.

Penat,akhirnya siap juga..Uhh!!Sakitnya leher dengam belakang aku!Bukan tu je,semua.Otak aku sakit,mata aku hadap laptop ni,kaki aku,hati aku pun sakit tau.

Sebab apa?Korang tahu tak kenapa?

Kat company ni,projek bulanan belum tentu siap asyik kena tambah.

Salah satu projek ni,kat kumpulan aku.

Kitorang dah kena bagi group by group settlekan projek masing-masing.

Tapi ketua kumpulan kitorang yang hari-hari buat aku panas bengang memang tak henti-henti nak cari pasal dengan aku.

First aku masuk kat sini dia yang buli aku tau.Dengan kawan-kawan dia sekali.Lepastu,dia selalu suruh aku siapkan kerja-kerja dia.Macam mana aku nak lawan?Bukan aku ni berani sangat.Aku memang tak boleh nak lawan perintah dia tu.

Nama dia,Anna.Bukan Anna Jobling kat cerita Melur Untuk Firdaus drama tv3 tu.

Kalau Anna Jobling,pelakon kegemaran aku.Moment dia dengan Fir memang sweet gila.

Nama panjang dia,Qreyanna Soyend Secxialirane.Panjang kan nama dia?Nama 'Anna' dia tu ambil dari 'Qreyanna'.Aku tak tahu dia ni,bule ke tak.Tapi dari muka dia memang lawa lah.Lawa sangat macam orang Afrika.Rambut dia perang kekuningan.Entah asli atau tak.

Dia ni suka sangat bagi tugas dia kat aku.Hiih,geram aku.Nasib baik aku ni rajin solat minta perlindungan dari Allah supaya dijauhkan dari syaitan yang asyik menghasut.Kalau tak,aku dah lama balas semua apa yang dia dah buat kat aku.

Dahlah,aku nak balik.Tiba-tiba semua lampu mati.Mana telefon aku?Tertinggak kat meja kot.Aku pun balik cari meja aku.Mana?Tak jumpalah.

Arkhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!Ya,Allah!!!!!Allah hu'akhbar!!

"Bismillah,lindungilah hamba mu yang satu ini!!Jauhkan lah hamba-hambamu dari perkara yang tidak baik!!Aaahh!!!Amin!!!!"

Koramg tahu tak apa yang buat aku terkejut?!Masa aku jalan tu,aku terlangfar sesuatu.Dia macam orang,tapi mana ada orang lain selain aku kat sini?

Aaa!!!!Terkejut aku tengok muka hantu.Ada hantu!!Tolong!!

"Tolong!!Ada hantuu!!!!"Hantu tu bekap mulut aku" Lepaslah,apa ni!!"

"Hei,awak..Awak..Ni saya lah..Raien." Bertuah punya anak.Dia boleh takutkan aku tadi?Dia letak lampu telefon dia kat muka dia.Siapa tak terkejut tengok tadi..Aiss!!

Aku pun memukul lengannya pelan"Awak!!!!Awak tahu tak saya hampir mati tau tadi terkejut tengok awak.Awak boleh takutkan saya?"Dia boleh ketawa lagi lepas habis aku cakap.
"Sorrylah,awak..Saya main-main je."Amboi,tak rasa bersalah langsung mainkan aku.

"Awak ke yang tutup lampu ni?"Memang aku marah kah kalau dia jawab iya.

" Ya.."Anak ni kan?!

"Awak!!Apa awak buat!!Sengaja takutkan saya?!!" Aku boleh kena darah tinggi gara-gara lelaki ni.

"Maaflah.Tadi saya nampak awak sibuk je dengan kerja.Jadi saya duduk lah dari jauh temankan awak.Mana saya sanggup tinggalkan awak sorang-sorang ni..Lepas tu,saya nampak awak dah nak pulang,saya pun ikut.Lalu suis lampu,tutup lah sekejap.." Dia temankan aku?Dia tipu ke betul-betul ni?

Kalau betul,untung jugalah kalau aku dapat berkawan dengan dia ni.Ada juga kawan aku.

"Dahlah..Baik kita pulang.."

~Lift

Dua-dua diam je.Tak sukalah macam ni.Diam je.."Awak.."Tu aku yang panggil.

"Betulkah awak sengaja tak balik dulu sebab nak temankan saya?"Kali ni aku buat muka serius.

Tiba-tiba rasa macam gemla bumi pula,lepas tu lampu kat dalam lift mati.

"Kenapa ni?" Takutlah aku,dahlah dengan mahmat ni..Ya Allah..

~Tidak kira waktu yang diambil panjang atau tidak untuk meluluhkan seseorang,jika sekali perbuatanmu betul-betul dapat menyentuh sudut hati yang paling dalam,maka percayalah.Kau akan sentiasa berada di hatinya.~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience