Mata Duitan

Drama Series 15405

POV:Linda

Sementara abang Raien belum sampai aku tambahkan makeup aku lah.Si Raien tu kena bersyukur dan puas sebab dapat bakal isteri yang cantik macam aku ni!

Haha!Tak mungkin lah dia tak suka.

Hei..Wunna,Wunna.Apalah nasib kau.Bodoh!Senang sangat percaya cakap orang.Dahlah gemok!Bodoh!Hahahha!!Siapalah yang kesian dekat kau selain mommy dengan daddy aku?!

Lepas aku dah sah kahwin dengan Raien,Wunna akan dihalau dari rumah tu.Sebab dia dah tak ada guna.

Nak minta duit,minta dekat suami aku yang kaya tu.Dia dah tak ada guna.

Dia..tu sampah!Haha,perempuan gemuk murah.

Ada hati konon nak jadi girlfriend Raien.Mesti Raien mainkan dia je.Siapa yang sanggup bercinta dengan perempuan macam tu.Dah lah muka sikit pun tak ada lawa langsung.Ikut mak bapak dia lah tu!

Sampai pun dia.Aku pun cepat-cepat simpan semua tu.

Dia pun macam tak suka nak hadap aku.Terus duduk.

"Abang!!!..Abang rindu Linda tak?"

"Cakaplah apa yang awak nak cakap dekat saya tu tadi."Hah?Sombongyerr!!

"Apa ni abang!Tak seronoklah macam ni!"

"Cakaplah,cepat.Saya masih ada urusan kerja ni."Kenapa pula nak tergesa-gesa ni?!Tak nak ke dia nak nikmati masa dengan aku.

Hello,I belum pernah kena reject dengan mana-mana lelaki,ye?

Jangan cakap dia tak suka aku,ye?

"Abang...Linda sebenarnya suka kat abang.Abang puj mesti suka kat Linda jugakan?Kita dah empat mata satu hati hati jumpa kat sini.Abang jujurlah perasaan abang lepas abang jumpa Linda malam tu."Aku mengibaskan rambut dia.Aku tak sabar nak dengar dia bawa aku kahwin!Kalau dia bawa aku kahwin sekarang ni,tunggu apa lagi?Aku terus bawa dia pergi kedai emas paling mewah kat sini!!

"Apa yang awak cakapkan ni?Kalau ini awak nak cakap,saya minta maaf.Saya masih banyak urusan yang lebih penting dari ni."Dia terus berdiri tinggalkan aku.Aku tak sangka langsung ini yang akan aku dengar!!

Kau fikir semudah tu aku lepaskan kau,Raien?Apa yang aku nak,aku mesti dapatkan!

Aku pun kejar dia"Abang!!Abang!!" Dia tetap tak tunggu.

Aku pun pura-pura jatuh"Ah!!Sakit!!Aww!!"Akhirnya dia toleh belakang.

"Kenapa abang tengok je?Linda jatuh sebab abang tau!!"Dia tetap tengok aku je.

"Abang!!Tolonglah!"Dia pun tolong aku berdiri.Kenapa dia macam tak ikhlas!

"Abang!Abang kena tahu!Linda ni artis tapi lutut Linda calar sebab abang!Abang kena ganti rugi!" Habis kau!Mesti kau terima punya.

"Ganti rugi apa ni?Awak ingat ada 1qke jual lutut kat sini?"

"Abang tak rasa bersalah ke?!"Masih tak nak buat apa-apa.

"Terus awak nak saya buat apa?"Rupanya lelaki ni bodoh betul!Tak ada otaklah.Muka je handsome,tapi bodoh!

"Saya nak abang kahwin dengan Linda!!" Kalau kau tetap tak nak,aku akan gunakan taktik paling berkesan nanti!

"Hah??!" Dia dah nampak pening dengar apa yang aku cakap lepas tu dia tinggalkan aku pula

"Abang!!!Abang!!Sanggup abang tinggalkan Linda!Tahu tak kaki Linda sakit!!Abang!!!Herr!!"Bodoh punya lelaki!

Kenapa dia tak nak dengan aku?!Jangan-jangan si Wunna tu belum minta putus?!Bodoh!

~~~Malam

Aku duduk kat sofa bosan tunggu si gemuk tu balik!

"Mommy!!Daddy!Lambat betullah si gemuk tu balik!"

"Shht!Kalau tiba-tiba dia dah depan pintu macam mana?!Pelankan sikit suara tu." Kata mommy.

"Biarlah kalau dia dengar." Kataku sambil jeling mommy.Mommy ni,kan cuma berlakon je pura-pura baik dengan si gemuk tu.

Jangan cakap kalau mommy suruh aku pelankan suara sebab nak jaga hati si gemuk tu.

"Kamu nak kalau dia dah tahu semua rancangan kita lepas tu dia tak nak paksa Raien jumpa Linda hari-hari?Macam mana nak buat Raien suka Linda kalau jarang jumpa?" Tanya mommy.Betul juga.Hmm..Buat masa sekarang aku kena tahan emosi aku dengan si Wunna tu.Kalau bukan sebab nak dapatkan Raien,aku memang malaslah nak pura-pura baik.

"Dan kalau dia dah tahu semuanya,dia tak nak kahwin dengan kawan daddy tu.Kawan daddy tu dah janji tau akan beri kita 500 ribu untuk harga Wunna."

"Alah daddy.Wunna bukannya cantik sangat sampai harga tinggi macam tu.Kalau Wunna dijual di pasar ikan,Linda letak harga seringgit je.Haha.." Lawaklah.

"Mula-mula tu kitorang runding kalau nak kahwin dengan Wunna kawan daddy cakap dia nak bayar 100 ribu.Tapi daddy tangguh-tangguhkan masa lepastu dia tak sabar katanya nak dapat bini lagi jadi dia sanggup bayar 500 ribu ringgit."Kata daddy.

"Dah tua sangat ke lelaki tu,daddy?Kaya sangat sampai sanggup bayar macam tu?Kenapa tak bagi Linda aja orang tua tu!Kalau daddy dengan mommy cakap awal-awal mesti Linda setuju.Linda dengar macam kaya je sampai sanggup bayar macam tu.Kenapa mesti Wunna?"Iye.Aku tak nak Raienlah!Buat apa aku nak susah-susah dapatkan lelaki tu kalau ada yang lebih kaya dari dia.Senang pula nak dapatkan.

Raien?Handsome je tapi belum tentu dompet dia banyak isi.

Mommy menampar pahaku"Apa ni nak kahwin dengar orang tua.Linda tak boleh sebab Linda tu cantik sangat.Mommy dengan daddy tak nak siakan kecantikan kamu kepada orang tua tu.Mommy nak kamu cari suami yang muda,kaya dan handsome.Malu pula mommy dengan kawan-kawan mommy bila tahu anak mommy yang cantik ni dikahwinkan dengan orang tua."Kata mommy.

~Jangan mementingkan diri sendiri dan gunakan orang lain untuk kepentingan sendiri!!!~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience