~~~Esok
Lunch hari ni simple je.Tadi aku beli roti dengan kopi je untuk Raien dengan aku.
Tapi lunch hari ni macam tak ada makna langsunglah.Sebab dari tadi Raien asyik dengan phone dia je.Entah dengan siapa kawan dia chat.Senyum dengan gelak dia tak berhenti langsung.
Macam dia lupa pula kalau ada aku kat sini.Siapa sebenarnya yang buat awak gembira?Kenapa lepas kita bercinta saya tak dapat nak buat awak senyum dan gelak macam dulu?Sebelum kita bercinta, time awak berusaha yakinkan saya kalau awak boleh bahagiakan saya,awak tak pernah bosan dengan saya.
Dengan saya awak asyik senyum je.
Apa awak dapat sebenarnya berstatus boyfriend saya tapi kalau sebenarnya saya tak dapat buat awak gembira?
"Awak...Awak.."Aku panggil pun dia tak dengar.
"Awak.." Kali ni aku kuatkan sikit suara aku baru dia dengar.
"Ye?" Dia kata 'ye' tapi mata dia masih dekat handphone dia tu.
Malaslah aku macam ni.Aku tak tanya dia,supaya dia tengok aku nak dengar apa yang aku nak katakan tu tapi tetap tak.
Awak beli roti dengan air ni tapi awak punya sikit pun tak kurang..
"Awak..Makanlah dulu roti tu.Nanti awak lapar macam mana?"
"Nanti.." Tak boleh tengok aku sikitpun ke?
"Awak chat dengan siapa?Bahagia saya nampak awak.."Kenapa awak dah berubah?Kenapa awak dah malas layan saya?
Aku pun cuba tarik sikit handphone dia tu nak tengok tapi..Pelan je aku tarik terua jatuh kat lantai?
"Wunna!!!!"?Terkejut aku.Dia teriakan aku?Awak kenapa Raien?
"Saya--
"Tak payah minta maaflah!Awak bukan boleh ulang masa lagi!!Tengok ni..Habis retak screen telefon saya..Awak ni kenapa?Kalau nak makan,makan lah!Tak boleh ke saya nak ambil masa saya sekejap je?" Niat aku nak tengok telefon dia.Yelah,aku kan girlfriend dia so aku fikir aku boleh tengok tapi tak sangka telefon dia jatuh.
Saya tak sengaja.
Terhiris hati aku bila dia teriakan aku.Dia kenapa?Dia tak boleh bersabar dengan aku ke?Raien......
"Apa lah awak ni!Memang tak ada lah yang sukakan awak!"Teriaknya lalu meninggalkanku.
Awak kenapa Raien?Apa yang dia cakap tadi?Apa dah jadi dengan awak ni?
Kenapa secepat itu awak berubah?!Semudah itu?
Kenapa aku rasa aku macam sampah di mata semua orang?Senang je..Macam tu aku dipermainkan?
Niat aku tak nak putus dengan Raien dulu.Aku nak jujur beberapa hari sebelum hari perkahwinan aku.
Tapi,keadaan paksa aku cakap sekarang.
Ya,Allah..Ini kah petunjuknya bahawa dia bukan jodohku?
~~~
POV:Redza
Tak..Lepas mama meninggal,papa dah kahwin 3 kali lepas tu cerai.Teruknya bekas-bekas isteri dia tu semua anak dara orang.
Sebab cerai adalah yang dua tu paksa minta cerai.Yang satu lagi sebab papa bosan.
Dan sekarang papa nak cari lagi. Aku dengar papa time papa on call dengan kawan bussines dia,ayah kepada perempuan tu.
Aku dengar diorang berbual perempuan tu gemuk dan papa tetap nak try perempuan tu juga.
Aku tak tahu apa cara nak halang papa terus macam ni.Dah tua tapi tetap playboy.
Gadis-gadis lain juga papa selalu bawa keluar.Pergi shoppinglah,pergi bercuti.Macam mana?
Kali ni aku tak akan biarkan papa terus-terus buat dosa.Dan aku akan tolong perempuan tu tak kira apapun jadi.
~~~
Kalau tengok alamat yang aku cari,ni rumah perempuan tu?Aku pun segera menekan bel yang yang ada di depan pagar.
DING DONG!DING DONG!
Tak lama lepas tu tiba-tiba pagar tu terbuka sendiri.
Lepas tu keluar satu perempuan cantik pakai dress paras paha lepas tu nampakkan bahagian dada dan belakangnya lalu dia mendekatiku.
Dia pun memberikanku senyuman"Hai..Abang cari siapa?"Tanyanya padaku.
"Ni rumah siapa ye?Kalau saya tak silap,rumah Wunna Aiyerah?"
Perempuan tu pun jeling aku lepas tu tengok balik"Cari Wunna?Awak ada apa dengan Wunna?"
"Kalau boleh,saya nak berjumpa dengan dia sekejap."Kataku sambil menaikkan kedua keningku.
"Sebelum tu awak ada kaitan apa dengan Wunna.Saya tak izinkan selagi awak yak cakap." Katanya dengan tegas tak seperti awal tadi nak berabang-abang.
"Saya rakan lama dia."Aku tipu je.
Dia masih meragukan apa yang aku cakap tadi.
"Dia tak ada kat rumah.Dia sedang kerja."Katanya dengan sombong.
"Oh.." Aku malas nak tanya itu ini nanti dia curiga.Nanti aku akan surub orang siasat dekat mana tempat kerja dia dan aku akan ajak dia untuk berjumpa.
POV:Wunna
Aku pergi kedai berdekatan kejap nak beli pembalut wanita.Aku lupa kalau stok kat rumah dah habis.
Aku jalan-jalan tiba-tiba ada seorang perompak yang rebut beg aku.
"Hei!!Pulangkan beg saya!" Aku pun kejar perompak tu sampai aku jatuh terseliuh.
Aduh!Macam mana ni.Semua ada kat dalam tu.Kad-kad penting,duit semua dalam dompet aku dalam beg tu!
Aku baru nak teriak minta tolong tiba-tiba ada satu lelaki lari kejar perompak tu.
Aku belum nampak rupa dia macam mana sebab aku kat belakang,diorang kat depan.
Harap-haraplah dia dapat selamatkan beg aku.Tolonglah.
Akhirnga dia dapatkan beg aku tapi perompak tu dah larikan diri.
Tak apa yang penting beg tu dah selamat dekat tangan lelaki tu.
Lelaki tu pun pusing dan tengok aku dari jauh.Wau..Boleh tahan handsome lah mahmat ni.Hehe.Dia pun lari dekat aku"Cik okay ke?"
~Segala sesuatu ada yang terbaik untukmu.~
Share this novel