Chapter 20

Romance Completed 627219

"So you lah Thalia Rose,isteri Mateen?..."

"Tak ada lah menarik sangat,cantik pun so-so je!..

"You know, what!..Qistina more beautiful than you!"

"I pun tak faham lah kenapa Mateen tu tergila-gila sangat nak kejar janda macam you ni!"

"You pakai bomoh guna-gunakan adik I ke hah?"

Thalia Rose terkedu seketika mahu mencerna butir bicara wanita yang dia tidak kenali dan muncul tiba-tiba entah dari mana.Nampaknya wanita ini tidak senang dengannya dan tidak suka dengan perkahwinannya dengan Mateen.

"Maaf bertanya,cik ni siapa ye?...

"Saya belum pernah jumpa cik,jadi saya tak kenal cik!"....Thalia masih cuba bersopan walaupun hatinya dah mendidih takat 100 darjah celcius mendengar kata-kata hinaan wanita itu.

"Me?"...Serius you tak kenal I siapa?"..

Sallina menunjukkan jari telunjuknya sendiri ke arah batang hidungnya yang tak berapa nak mancung.Thalia pula mengerutkan dahi melihat tingkah wanita itu yang kelihatan angkuh dan sombong.

"I'm Sallina,kakak Mateen!..Macam mana you boleh masuk rumah orang tapi tak kenal tuan rumah!"...tersentak Thalia mendengar suara yang sedikit kuat itu.

"Oh Kak Lina!...Nice to meet you!...Sorry tak dapat cam Kak Lina sebab kita tak pernah jumpa sebelum ni!"...Thalia masih juga berlembut enggan membuat kecoh di rumah mentuanya.

"Siapa kakak you!"...Sallina membentak tiba-tiba.

"Sis in law,what happened?"...

Maleeq Dayyan tiba-tiba muncul bila dia mendengar suara orang menjerit.Matanya menatap wajah merah kakak iparnya yang hanya diam tidak terkutik.Apabila tiada jawapan daripada Thalia dia mengubah pandangannya pada Sallina yang tiba-tiba tersenyum manis.

"Tak ada apa-apa la Maleeq,tadi Kak Lina nampak lipas,tu yang akak menjerit!...Sallina membuat alasan dan berlalu pergi meninggalkan mereka. Wajah Maleeq sudah berubah riak .Dia tahu benar perangai kakak tirinya,lagi pula wanita itu sangat rapat dengan Qistina Humaira jadi mesti Sallina sengaja mencari pasal dengan kakak iparnya.

"Sis in law,are you alright?"...Maleeq bertanya prihatin.Entah mengapa dia sangat menyenangi kakak iparnya.Baginya kesungguhan abangnya mengejar wanita ini adalah bukti betapa istimewanya seorang Thalia Rose.

"I'm okey Maleeq,don't worry!...Thalia tersenyum manis sebagai balasan keprihatinan adik iparnya.

"Ehemmmm!!"...

"Maleeq nak ngorat isteri abang ke apa ni?"...Mateen menegur mereka yang kelihatan berbual mesra.

"If you give me a chance,why not!"...Maleeq tersenyum dan mengenyit sebelah matanya menggoda Thalia.

"Step my dead body first,bro!...

Mateen berkata marah dan menjentik dahi adiknya kuat.Pantas Mateen merangkul pinggang isterinya dan mencium dahi Thalia,sengaja mahu menyakat adiknya.Maleeq hanya tersengih melihat kelakuan abangnya.Jelas abangnya sangat bahagia selagi ada Thalia Rose di sisinya.

"So take a good care of her,otherwise I'll take her away from you!"...

Maleeq membalas kata-kata abangnya bersama maksud yang mendalam yang ingin dia sampaikan secara tersirat.Harap abangnya boleh menangkap apa yang dia cuba sampaikan.Mateen juga agak terpempan mendengar sebaris ayat yang keluar daripada bibir adiknya,lebih kepada amaran baginya.Adakah adiknya mempunyai perasaan kepada isterinya kerana Maleeq agak protective jika melibatkan Thalia Rose.Mateen cuba menidakkan fikiran negatifnya terhadap adik kandungnya sendiri kerana dia kenal keperibadian Maleeq bagaimana.

****************************

Thalia mengenakan sepasang baju kebaya songket berwarna silver yang di tempah khas untuk mereka sekeluarga sempena majlis perkahwinan Sallina.Thalia menolak untuk di makeup oleh MUA yang menyolek pengantin kerana dia lebih suka makeup tipis sahaja.Tidak perlu membuang duit untuk kepakaran mereka,hanya apply sedikit makeup untuk naikkan seri wajah tidak perlu berlebihan baginya.Rambut ikalnya pula tidak perlu didandan,dia hanya lepaskan sahaja rambut hitamnya yang separas pinggang.

"You look beautiful today,sayang!"...Mateen menilik wajah isterinya yang sudah bersiap.Isterinya nampak sangat cantik dan berseri wajahnya.Matanya jatuh pada bibir isterinya yang berkilat dengan lip gloss.Nampak seksi di situ menyebabkannya tergoda seketika.Thalia yang faham makna pandangan suaminya terus meletakkan jari telunjuknya ke bibir Mateen sebagai amaran jangan merosakkan bibirnya.

Majlis berlangsung seperti yang dirancangkan.Semuanya nampak berjalan lancar namun kehadiran Qistina Humaira sekali lagi menyebabkan jiwanya jadi kacau bilau.Qistina menggunakan anaknya Daniel Shah sebagai langkah ingin mendekati Mateen.Beberapa kali mata Thalia menangkap tangan Qistina sengaja menyentuh tangan suaminya.Emosinya sedikit terganggu dengan scene itu sehingga hilang moodnya ingin beramah mesra dengan tetamu.Akhirnya dia pergi ke buffet area untuk mengambil hidangan untuk mengisi perut tanpa mempedulikan suaminya lagi.Dia tidak mahu nanti dijadikan sebagai punca putusnya hubungan silaturahim antara keluarga mereka.

"Sis in law,kenapa makan dekat sini?...Meja kita dekat depan sana!"...Maleeq yang kebetulan lalu menegur kakak iparnya yang sedang menikmati hidangan sendirian.

"It's okey Maleeq,akak teringin nak makan makanan buffet...Hidangan kita tak sama dengan menu buffet kan!"....Thalia memberikan alasan yang difikirkan logik akalnya.Maleeq hanya mengangguk kepalanya tanda setuju dan melabuhkan duduknya untuk menemani kakak iparnya.Mereka berbual mesra dan ketawa bila ada sesuatu yang melucukan dalam perbualan mereka.

"Sayang...Maleeq,kenapa duduk dekat sini?"....Mateen memandang tajam ke arah adiknya yang masih tersenyum.Hatinya sedikit resah bila terimbas kembali kata-kata adiknya beberapa hari yang lalu.Dia tidak mahu memikirkan yang bukan-bukan pada adik kandungnya tetapi kata-kata dan tingkah laku Maleeq sedikit sebanyak membenarkan apa yang berlegar-legar di dalam fikirannya.

"Sis in law nak makan lauk buffet so Maleeq temankan dia sebab abang busy layan Qistina dan Daniel!"...Maleeq membalas selamba.Thalia mula gelisah bila riak wajah suaminya sudah berubah dingin.Maleeq bangun ingin beredar namun dia sempat berbisik sesuatu pada abangnya.

"Remember what I told you before abang!"...

"Take care of her,don't hurt her...or you'll regret it!"

"Jauhi Qistina,dia ular yang akan membelit bila-bila masa sahaja!"....

Mateen mengerutkan dahinya mendengar kata-kata adiknya.Ini kali kedua adiknya berkata sebegini.Kata-kata Maleeq penuh dengan amaran dan peringatan buatnya.Otaknya mula mencerna segala kata-kata adiknya.Mateen kebingungan,dia tidak pernah mahu mendekati Qistina dan tidak mungkin dia akan mengizinkan wanita itu mengambil kesempatan kepadanya lagi.

********************

Suasana makan malam di rumah keluarga Tan Sri Haiqal dan Puan Qamariah agak meriah malam ini dengan kehadiran tetamu dari keluarga pihak lelaki.Selepas selesai menjamu selera dan berkenalan,pihak lelaki beransur pulang kecuali pengantin lelaki yang akan bermalam.Thalia hanya melepak luar rumah di kerusi rotan yang menghadap kolam renang sambil mengunyah buah strawberry.Entah datang dari mana tiba-tiba Qistina dan Sallina datang mendekatinya.

"Hai Lia,boleh I join you?"...Qistina cuba berbuat baik dengan Thalia.

"Sure, lagipun tuan rumah ada sekali dengan awak,maksudnya dia sudah bagi kebenaran pada awak!"...Thalia berkata sambil menyelitkan sindiran buat Sallina.

"Daddy!!......hahahaha!!"....Suara gelak Daniel Shah kedengaran melekek bila Mateen menggomol pipinya yang tembam.Mateen,Malleq dan suami Sallina berjalan mendekati mereka.

Mateen mengambil tempat sebelah isterinya sambil memangku Daniel sementara Maleeq dan Aiman duduk di samping Qistina dan Sallina.Mereka berbual pasal hal kerja dan perihal Maeleq yang akan ke luar negara menyelesaikan master dalam urusan business study di University of Oxford,England seperti abangnya dulu.

"Qistina bila you nak kahwin?"...Soalan cepumas daripada Aiman.Kini semua mata tepat terarah kepada Qistina Humaira.

"Qis masih tunggu Mateen,dia jenis setia tak macam orang lain!"...Jawapan Sallina sangat memancing emosi Thalia.Rasanya dia ingin bertukar menjadi seekor naga menyembur api pada wajah-wajah di didepannya itu.Mateen sudah mengenggam tangan isterinya dan diletak pada pehanya.

"Kak Lina janganlah cakap macam tu!..Qis dah boleh move on!"...Lakonan Qistina bermula.

"Apa salahnya Qis,Mateen lebih daripada mampu!"..Sallina menjawab tanpa perasaan.

"Then apa kata Kak Lina suruh Qis kahwin dengan Abang Aiman,ya tak bang?"...Maleeq bersuara membuat lawak sambil menyindir Sallina dan Qistina.Kata-kata Maleeq berjaya mendiamkan kedua-dua wanita itu.

"Aah betul tu cakap Kak Lina!...Hubby mampu dan ada tiga lagi kuota kekosongan.!"...Empat pasang mata terus memandangnya.Ada yang memandang dengan rasa tak percaya,ada yang suka dan ada yang marah.

"Hmmm boleh ke?"...Mateen cuba bermain tarik tali dengan isterinya,tangan isterinya ditarik dan dicium lama.Mata mereka bertaut seketika sebelum Thalia tersenyum manis.

"Of course boleh!...Sayang tak halang langsung tapi dengan satu syarat!"....

"Apa syaratnya?".....

"Divorce!!"

Share this novel

Ella Halim
2021-06-19 16:16:28 

hahaha padan muka mateen

YAZNI-ERNIE
2021-06-19 08:38:08 

morning dear. tqvm


NovelPlus Premium

The best ads free experience