"Hubbyyyy!!!....Abangggg!!!"
"Astagfirullah-Adzim!!"....Mateen,Qistina!!"...
"Apa kamu buat ni hah!"...
Empat pasang mata terbuntang luas melihat scene di depan mata mereka.Ada hati yang sudah berubah menjadi kaca dan terhempas jatuh dan berderai.Kolam mata Thalia bergenang dengan airmata,badannya menggeletar hebat dan lidahnya kelu tanpa sebarang bicara.Hanya melihat dengan pandangan kosong figura Qistina bersama Mateen.
"Tak guna punya anak saudara!"...
"Dasar tidak mengenang budi!"...
Puan Sri Qamariah mendekati Qistina dan menariknya bangun menjauhi tubuh anaknya yang masih terlena.Sebuah tamparan kuat singgah di pipi Qistina.Kuatnya tamparan wanita anggun itu ibarat melepaskan sakit hatinya yang bertahun disimpan kerana sebuah hubungan keluarga.Suasana menjadi kecoh dengan suara amarah dari Puan Sri Qamariah.Dia sangat kecewa kerana sikap Qistina yang tidak pernah berhenti mahu memporak-perandakan keluarganya.
"Mummy,kenapa bising-bising ni!"
"Mateen sakit kepala ni!"...
Mateen terpingga-pingga melihat suasana di dalam pejabatnya dengan kehadiran ahli keluarganya.Seingatnya dia hanya keseorangan di sini sejak dari tadi.Matanya yang masih merah memandang ke wajah-wajah yang memandang tajam ke arahnya kecuali isterinya yang hanya menunduk memandang lantai.
"Sayangg!!"
"Come close to me!"....
Mateen yang masih belum dapat mencerna keadaan di sekelilingnya hanya fokus untuk mendapatkan isterinya sahaja.Dia cuba bangun untuk pergi kepada isterinya namun kepalanya yang berpusing menyebabkan dunianya ikut berpusing sekali.Mateen kembali duduk memegang kepalanya.Matanya naik memandang ke arah figura di hadapannya yang berlainan ekspresi di wajah masing-masing.
"What is really going on here?"....
"Any explanation?"
Pandangan Mateen yang merah menyala masih tertunak memandang ke arah isterinya yang masih di depan pintu pejabatnya.Langsung tidak terkutik , hanya membisu dan membeku.Dia menjilat bibirnya yang terasa kering,tekaknya semakin perit dan sakit.Dia tidak mampu hendak bercakap banyak,hanya menanti sesiapa yang sudi menerangkan situasi yang berlaku di dalam pejabatnya sekarang.Tiba-tiba Thalia Rose membuka pintu dan meloloskan diri,membawa langkahnya yang longlai bersama hatinya yang terluka.Maleeq yang melihat segera menyusul mengejar langkah kakak iparnya.Hatinya risau Thalia Rose akan melakukan sesuatu yang boleh membahayakan diri dan juga kandungannya.
"Sis in law nak pergi mana?"...Maleeq mengejar langkah Thalia Rose.
"Boleh Maleeq hantar akak pulang rumah daddy?"...
Maleeq serba salah kerana Thalia Rose belum meminta kebenaran dari abangnya namun dalam situasi seperti ini,dia hanya menggangukkan kepala.Dia akan memberitahu mummy dan daddy supaya boleh di sampaikan kepada abangnya.Mereka melangkah beriringan keluar dari Maarin Resources Holding.
"Maleeq akak nak pergi Tasik Putrajaya!"
"Sure sis in law....anything for you!"
Thalia Rose hanya diam membungkam di dalam kereta.Dia hanya membuang pandangan ke luar kereta sahaja.Hatinya kuat menegahnya daripada menangis.Dia hanya mengenggam erat kedua-dua tangannya.Sesekali Maleeq melirik ke arah kakak iparnya yang seperti boneka,tidak bergerak langsung kedudukannya sejak mula perjalanan.Perjalanan mereka hampir satu jam menempuhi kesesakan lalu lintas untuk sampai ke destinasi.Thalia Rose turun dan berjalan perlahan mencari tempat duduk untuk dia menikmati pemandangan tasik waktu petang sebegini.Angin yang bertiup menolak rambutnya terbuai indah.Maleeq hanya memerhatikan Thalia Rose dari jauh untuk memberi ruang untuk bersendirian kepada kakak iparnya.Dia mengambil telefonnya dan menekan butang untuk merekod ke arah Thalia Rose.
Ketenangan yang di cari Thalia Rose hanya seketika cuma,esakan dan tangisan kembali berlagu bila bayangan Qistina dan Mateen terlayar dibenaknya.Cumbuan ghairah Qistina pada bibir suaminya menyakitkan hatinya.Dia yakin suaminya tidak bersalah namun apa daya dia mahu menidakkan rasa sakit hatinya setiap kali bayangan itu hadir.Dia perlukan ruang dan masa untuk mengubati luka di hatinya sendiri.Jika perlu dia mahu berjauhan seketika daripada Mateen untuk tenangkan emosi dan perasaannya.
********************
"Qistina,what are you doing in here?"...
"Daddy and mummy,can you guys tell me what really happened here?"
"Kalau tengok keadaan Rose,something bad happened in here!"
Mateen yang masih terasa berat kepalanya cuba meminta penjelasan.Namun masing-masing hanya mendiamkan diri.Firasat buruk terus menerpa ke benaknya dan matanya menatap tajam ke arah Qistina yang sedang berdiri kaku dengan esakan sambil memegang pipinya yang ditampar oleh Puan Sri Qamariah.
"Dengar sini ye Qistina,mak ngah akan menceritakan semua perangai buruk kamu pada keluarga kamu!"...
"Kalau perlu kami akan tarik diri sebagai shareholder dalam company family kamu dan tarik semua saham kami!"...
"Cukuplah selama ini mak ngah cuba berbuat baik dengan kamu di disebabkan oleh Daniel Shah!"..
"Mulai hari ini kamu tidak dibenarkan jejak kaki ke rumah mak ngah lagi,mak ngah haramkan!"
Mateen Darin semakin keliru mendengarkan kata-kata mummynya yang penuh dengan emosi.Dia malas mahu peningkan kepalanya yang semakin sakit kerana situasi yang berlaku.Jadi dia bangun dan pergi ke meja kerjanya untuk membuka rakaman cctv di dalam pejabatnya.Itu lebih mudah untuk dia mendapat jawapan kepada persoalannya.Terbangun badannya kerana terlalu terkejut dengan apa yang dia lihat.
"Qistina!!!!!!!!"
"You're useless woman!!"...
Mateen menghentak kuat meja kerjanya,menggambarkan perasaan amarahnya terhadap perbuatan gila Qistina Humaira.Hatinya lebih sakit bila memikirkan penerimaan isterinya.Tangannya naik memicit kepalanya yang semakin menyucuk sakit.Qistina mula bergerak mahu pergi melarikan diri namun kakinya terhenti sebentar bila mendengar kata-kata Mateen.
"As a reminder Qistina Humaira!!"....
"I'll make sure you pay for everything you've done!!"
"Malah aku akan balas lebih lagi!!"...
"I will destroy your life!!.....and now get lost you slut!!"...Mateen lantang bersuara dengan suaranya yang serak hingga Qistina menikus ketakutan dan segera lari keluar.
*****************
Mateen menghenyak punggungnya kuat ke sofa kerana rasa gelisah hatinya yang menunggu kepulangan Thalia Rose.Hampir pukul sembilan malam,adik dan isterinya belum sampai ke rumah lagi.Sejak dari petang tadi,dia cuba menelefon isterinya namun wanita itu sentiasa menolak panggilan daripadanya.Hanya Maleeq yang menjawab panggilan dan menghantar video keadaan isterinya petang tadi.
Mateen duduk bersandar di dada sofa,matanya di pejam seketika.Demamnya masih belum kebah,badannya masih membahang panas menyebabkan badannya sedikit lemau dan tidak bermaya.Mateen kembali terlelap kerana keletihan.Bunyi kereta masuk ke kawasan porch kembali menyedarkannya,badannya di bawa bangun dan melangkah ke arah pintu utama.
"Klackkk!!".....
Sebelum orang dari luar membuka,Mateen terlebih dahulu membuka pintu dari dalam.Demi melihatkan wajah keruh Thalia Rose,Mateen segera memeluk isterinya dan mencium ubun-ubun Thalia berkali-kali.Thalia hanya mengeraskan diri,tidak membalas pelukan suaminya namun tidak juga dia menolaknya.Mateen dapat merasakan aura dingin dari perlakuan isterinya,namun dia tidak mengambil hati,dia cuba bertoleransi dan meletakkan dirinya pada situasi yang dihadapi oleh isterinya.Jika dia berada di tempat isterinya mungkin dia juga tidak akan dapat menerima dan akan bertindak lebih gila lagi.
Thalia dapat merasakan bahang panas dari tubuh Mateen namun dia hanya keraskan hati dan tidak mahu ambil peduli.Dia menolak sedikit dada suaminya sebagai isyarat dia mahu keluar dari pelukan Mateen.Mateen juga tidak memaksa,hanya mengikut kemahuan isterinya.Dia mengeluh sedikit kasar melihat langkah isterinya yang berlalu menuju ke atas.
"Abang,sabarlah bagi masa dekat sis in law untuk bertenang dulu!"
"Abang pergilah naik berehat dulu!"...
Maleeq mendorong abangnya untuk sama-sama bergerak naik ke atas menuju ke bilik masing-masing.Mateen melangkah masuk ke ruang biliknya namun kelibat isterinya tidak kelihatan,mungkin sedang bersihkan diri di dalam bilik air.Mateen duduk di bersandar di kepala katil menunggu isterinya selesai,dia perlu jelaskan sesuatu agar isterinya tidak salah faham dengannya.Dia tidak mahu peristiwa lalu berulang kembali disebabkan oleh salah faham yang berpunca dari orang yang sama.
Thalia keluar bilik air dengan hanya mengenakan tuala sahaja.Tangannya pula ligat mengeringkan rambut ikalnya dengan tuala kecil.Dia masih belum perasan kehadiran suaminya yang hanya diam memerhatikan gerak-geri isterinya.Thalia duduk di depan meja solek sebelum memakai set penjagaan wajah.Thalia menyapu losyen dileher,tangan dan kakinya terlebih dahulu.Saat mahu memakai toner diwajahnya,figura Mateen sudah berada dibelakang menyebabkan aktivitinya terhenti serta-merta.Mateen tunduk mencium bahu Thalia yang terdedah dan tangannya naik membelai bahu polos isterinya.Ciumannya kian berubah haluan ke arah leher isterinya yang sudah mewangi.
"Lepas!!".....Thalia berkata sedikit kasar dan segera berlalu ke wardrobe mencari pakaian tidurnya.Emosinya mula terganggu lagi dan bayangan demi bayangan datang menganggunya.
"Sayang please jangan macam ni!"...
"Tak elok untuk sayang dan baby kita!"...
Mateen datang memeluk tubuh Thalia dari belakang.Dia masih tidak berputus asa mahu memujuk isterinya walaupun Thalia bersikap dingin dengannya.Diusap lembut perut isterinya dan dia tersenyum bila usapannya dibalas dari dalam.Mateen memusingkan badan Thalia perlahan-lahan mengadapnya,tangannya menekup ke dua pipi isterinya dan di bawa mendongak ke arahnya.Bila isterinya enggan melihat wajahnya Mateen merapatkan wajahnya mahu mengucup bibir Thalia namun wanita itu mula memberontak dan menolaknya.
"Jangan!!!"....jijik!!"
Hari ni kita double chapter,esok maybe tak ada..tq untuk semua yang sudi bg ncoins..
Share this novel
tq update
Tq double update...