Chapter 24

Romance Completed 626664

"Jangan!!...jijik!!!"....

Tempikan Thalia mengejutkan Mateen.Lebih-lebih lagi perkataan 'jijik' yang meniti di bibir Thalia bagai sembilu tajam menusuk terus ke hatinya.Mateen masih diam menatap tajam ke arah Thalia yang dikuasai emosi.Dadanya turun naik menahan perasaannya.Nafas di tarik sedalamnya bagi meredakan gelora hatinya,bimbang turut larut bersama emosi dan mengeruhkan lagi keadaan mereka.

"Jijik?"

"What do you mean by disgusting?...

"Sayang jijik dengan hubby..Itu yang sayang maksudkan?"

"Tell me!!"...Let me know what's in your mind!!!"...

Mateen mencengkam kuat bahu Thalia cuba membaca ekspresi wajah Thalia.Namun Thalia tidak mahu membalas pandangannya,bibirnya juga membisu seribu bahasa.Hanya esak tangisnya sahaja kedengaran.Mateen mendengus kasar,kesabarannya juga kian menipis dengan sikap dan kebisuan isterinya.Tambahan lagi keadaannya yang tidak sihat sedikit sebanyak boleh mengundang api kemarahannya.

"Sayang listen here!"

"Apa yang sayang tengok bukan macam yang sayang fikir!"

"Hubby ada bukti kukuh,kalau sayang masih ragu-ragu!"

"Please believe me sayang!"

Thalia mengangkat wajahnya memandang ke arah wajah Mateen yang penuh pengharapan.Suaminya begitu bersungguh-sungguh mahu menyakinkannya.Namun isunya bukan masalah kepercayaan,kerana dia sangat yakin suaminya tidak bersalah.Matanya jatuh pada bibir Mateen, agak lama,entah kenapa dia seperti ternampak kesan kotoran terpalit di situ,kotoran yang tidak bisa di lihat dengan mata kasar.

"Don't kiss me with your dirty lips again!"...

"Ahhhh nonsense!!"....suara Mateen naik melengking.

Mateen benar-benar marah dan mengamuk mendengar ungkapan dari mulut isterinya hingga Mateen mencengkam kasar pipi Thalia dan tangan kirinya naik menahan kepala isterinya dan beberapa ciuman dilepaskan ke bibir Thalia sebelum bibirnya memagut dan memaksa lidahnya mencari lidah isterinya.Tolakan isterinya langsung tidak dia endahkan.Dia ingin menghilangkan kesan ciuman Qistina dengan ciuman yang berkali-kali dengan isterinya agar isterinya boleh melupakan bayangan adengan itu.Thalia yang sudah kelemasan mengangkat kakinya dan dihentak kuat ke arah jari kaki Mateen.Terlepas tautan bibir mereka dan tangannya laju menampar pipi Mateen sekuat tenaganya hingga terasa perit tapak tangannya.Bibir Thalia menggigil menahan tangis.Tangannya naik mengesat kasar bibirnya.

"I hate you!!!"....jerit Thalia kuat,langkahnya di bawa keluar dari bilik tidur dan melangkah turun menuju ke bilik tetamu.

"Arghhhhhhhhhhh!!!".....Mateen juga menjerit sehingga hilang suaranya.Dia meradang dan membaling semua barang yang sempat dicapai tangannya.Puan Sri Qamariah dan suaminya bergegas datang ke bilik Mateen,mereka bimbang berlaku sesuatu yang boleh mencederakan menantunya.Maleeq juga ikut berlari bila bunyi bising dan barang pecah datang dari bilik abangnya.Masing-masing berfikiran yang sama, Mateen mencederakan Thalia.

"Mateen!!"....

"Ya Allah Mateen kenapa ni nak?"...

Puan Sri Qamariah cemas melihat keadaan Mateen yang sudah melorot jatuh ke lantai.Badannya yang berbahang semakin panas disebabkan amarahnya.Dahinya berkeringat dingin.Matanya sudah memerah penuh dengan airmata.Hatinya kesal dan kecewa dengan semua yang berlaku pada rumahtangganya.Maleeq yang melihat abangnya yang semakin melemah terus memapah abangnya naik ke katil.Matanya liar mencari kelibat kakak iparnya namun wanita itu tiada di situ.

"Rose mana?"...Mateen hanya menggelengkan kepada tanda tidak tahu dengan pertanyaan mummynya..Dia kelelahan,dia mahu melelapkan mata dan berharap kejadian hari ini hanyalah mimpi ngeri semata.Apabila Mateen sudah beransur tenang,ahli keluarganya berlalu pulang ke bilik masing-masing.Namun tidak semudah yang di sangka,dia langsung tidak boleh melelapkan mata.Nalurinya hanya mencari dan mahukan isterinya.Mateen bangun dengan langkah yang sedikit terhuyung-hayang mencari keberadaan Thalia Rose.

Kakinya di bawa ke arah bilik tetamu di aras bawah.Pintu di buka perlahan tanpa berniat mahu mengejutkan isterinya.Mateen perlahan-lahan mendekati katil dan membaringkan badannya merapat ke tubuh isterinya.Tangannya dibawa menyentuh perut Thalia yang semakin membukit,di usap perlahan sehingga lenanya datang dengan sendirinya.

*******************

"I hate you"....i hate you!!!"

Bertalu-talu Thalia Rose memukul tubuh Mateen yang masih terlena.Thalia yang baru tersedar dari tidurnya terkejut dengan susuk tubuh Mateen yang menempel di badannya.Kerana terlalu marah dan terbawa-bawa dengan emosi Thalia mencapai bantal dan memukul suaminya hingga berterbangan isi kekabu daripada bantal.Mateen masih lagi sedaya upaya menahan pukulan di dadanya dan kadang-kadang pukulan tersasar ke mukanya beberapa kali.

Dia masih enggan membuka matanya,namun pukulan semakin keras dan menyakitkan.Mateen bangkit dengan tiba-tiba menahan pukulan isterinya.Matanya memanah ke arah wajah berang isterinya.Thalia kelihatan begitu marah hingga tangannya menggigil dan matanya juga tajam menikam.Berbeza sungguh sikap isterinya kali ini,keras,degil dan kuat melawan.

"Kenapa sayang pukul hubby?"...Serak suara Mateen hingga hampir tidak kedengaran sahaja.

"Don't you dare to touch me again!"....Mateen merengus marah dengan kata-kata isterinya.

"I'm your husband Thalia Rose!!".....

Mateen bingkas bangun dari katil untuk beredar,dia tidak betah untuk berlama-lamaan berperang mulut dengan Thalia Rose.Emosi masing-masing masih tidak stabil dan dia perlu mengakhiri pergaduhan seperti ini sebelum berlarutan.Lagi pula dia perlu bersiap mahu masuk ke pejabat untuk berbincang beberapa perkara dengan Hilman.Mungkin dengan cara menjauhkan diri sementara waktu,isterinya akan tenang dan kembali rasional dalam berfikir.

Mateen hanya menampilkan wajah bersahaja ketika bersarapan dengan ahli keluarganya.Demamnya sudah kebah sedikit dan dia sudah bertenaga dan semakin membaik berbanding semalam.Thalia hanya menikmati sarapannya tanpa berpaling kepada sesiapa.Dia hanya dengan dunianya sahaja seolah-olah tiada sesiapa disampingnya.

"Rose!...Bila date untuk next appointment check up baby?"...Puan Sri Qamariah menepuk perlahan tangan menantunya bila soalannya tergantung sepi tanpa jawapan.Thalia sedikit tersentak dan tersenyum nipis ke arah ibu mertuanya.

"Sorry mummy cakap apa tadi?"...Rose tak dengar!"

"Bila next appointment check up baby?"....Puan Sri Qamariah mengulangi soalannya tadi.

"Oh next week mummy!...Mummy jangan risau nanti Rose boleh naik grab pergi sendiri!"

Mateen menghentak tangannya ke atas meja makan mendengar jawapan isterinya.Thalia Rose seolah-olah membelakangkannya sebagai seorang suami.Semua yang ada terdiam kerana terkejut dengan angin puting beliung Mateen yang datang tiba-tiba.Mateen bangun dan bergegas melangkah keluar menuju ke keretanya untuk ke pejabat dengan hati yang berdongkol marah.

*******************************

Mateen dan Hilman masih fokus melihat salinan rakaman cctv yang di ambil dari hotel.Mencari gerak geri yang mencurigakan pada mata mereka termasuk suspek utamanya Qistina Humaira.Mereka menyemak rakaman berbeza kerana ada beberapa file video rakaman yang di ambil.Mateen menyemak rakaman sekitar ballroom dan Hilman pula menyemak rakaman sekitar laluan ke bilik hotel setiap aras yang digunakan oleh Mateen pada hari kejadian.

"Tuan!!"....

"Cuba tengok rakaman di beberapa laluan ke bilik hotel aras 3 ...Saya rasa kita sudah dapat menangkap pelakunya!"...

Hilman segera membawa laptopnya kepada tuannya untuk mengenalpasti sendiri individu yang bertanggungjawab menjebak tuannya dengan ubat perangsang.Rakaman video menunjukkan perjumpaan diantara dua individu dan bila difokuskan visual ternyata lelaki itu adalah Nazrin Haqq bersama Qistina Humaira.Mateen tersenyum sinis bila mengetahui dalangnya.Otaknya ligat menyusun permainan yang menarik untuk mereka berdua.Dia akan memusnahkan hidup kedua-dua makhluk perosak rumahtangganya.Dia tidak kisah jika keluarga mereka juga terpalit sama menanggung akibatnya.

"Get ready Hilman,let's have some fun!"...

"Dokumen perjanjian kau sudah settlekan?"

"Ya,Tuan!...Beberapa hari lagi syarikat Nazrin Haqq akan bertukar milik kepada Puan Thalia,jika pihak mereka enggan mereka perlu membayar ganti rugi kepada Puan Thalia sebanyak lima ratus ribu!"...

"Lawyer juga sudah mengesahkan semua dokumen sudah diproses dan kita hanya perlu tunggu maklum balas dari pihak mereka sahaja!"

"Good job Hilman!"....

********************

"Daddy,mummy tolonglah"...Thalia Rose sudah bersimpuh di atas lantai merayu.

"Rose dah tak ada siapa-siapa,tolonglah Rose kali ini saja!"

"Demi hubungan kami dan demi anak-anak kami,bawalah Rose pergi dari Mateen sekejap!"

"Rose perlukan masa mummy,daddy!...Tolonglah Jiwa Rose sakit kalau masih tetap di sini!"

"Hubungan kami mungkin akan berakhir jika kami berdekatan sekarang!"

"Rose akan kembali bila sampai masanya!"

Thalia Rose masih memohon dan menagih simpati daripada ibubapa mentuanya.Dia perlukan pengertian daripada mereka.Masalah dalam rumahtangganya datang bertimpa-timpa,emosinya pula tidak stabil mungkin boleh membahayakan kandungannya.Dia tertekan dengan setiap bayangan yang datang menganggunya.Emosi suaminya juga akan terkesan dengan sikapnya yang tidak menentu,akhirnya mereka akan sentiasa bergaduh dan rumahtangga mereka juga diambang bahaya.Thalia yakin dia perlu lari sekejap dari hidup Mateen.

"Maleeq akan bawa sis in law ke England!"

Teguran itu mengejutkan mereka bertiga.Tan Sri Haiqal dan Puan Sri Qamariah tidak bersetuju Maleeq melibatkan diri.Mereka risau jika sampai pada pengetahuan Mateen,Maleeq akan teruk dikerjakan oleh abangnya.Mereka sudah masak dengan perangai Maten Darin.Lagi pula Puan Sri Qamariah risau jika Mateen akan depresi seperti dulu.Pelbagai kemungkinan yang perlu mereka fikirkan,bagaikan di telan mati emak,di luah mati bapa.Mereka tersepit demi cucu dan menantu atau anaknya yang mungkin sakit ditinggalkan.

"Rose!...Janji dengan mummy ye sayang ,Rose kena balik secepat yang mungkin!"

"Andai kata Mateen sakit macam dulu,Rose kena kembali kepada dia semula scepatnya!"...Akhirnya Puan Sri Qamariah memilih cucu dan menantunya.Bukan tidak sayang pada anaknya namun dia yakin Mateen boleh bertahan kerana Thalia Rose pergi dengan masih bergelar isteri kepada seorang Mateen Darin.

Share this novel

Intan Dan Zamri
2021-06-23 14:46:52 

Thanks 4 update. Betul³ tak puas baca.... Next chapter pleaseeee

Asidah Abdullah
2021-06-23 07:40:11 

nak lagi tak sabar tunggu chapter seterusnya

Linah Manguku
2021-06-22 22:18:24 

tak puas baca huhu...


NovelPlus Premium

The best ads free experience