Chapter 25

Romance Completed 623276

"Ada urusan apa kau nak jumpa aku?"...Qistina menjawab acuh tidak acuh sahaja pada figura di didepannya.

"Aku nak kau tolong aku culik Lia!"....

"Kau gila ke Nazrin?....Aku tak nak terlibat lagi,kalau kau nak teruskan silakan tapi aku tak nak masuk campur!".....

"Eh perempuan!...Aku tak kira kau setuju atau tidak,yang aku tahu kau kena tolong aku dapatkan balik Lia!"....

"Kalau aku tak nak tolong,apa yang kau boleh buat dekat aku hah?"....

"Aku tak takutlah dekat kau Nazrin!"...Qistina mula membentak Nazrin hingga beberapa mata memandang ke arah mereka.

"Baik kita tengok apa yang aku boleh buat pada kau nanti!".....Nazrin Haqq tersenyum sinis sebelum meninggalkan Qistina Humaira sendirian.

"Whatever lah Nazrin Haqq!!"...

Selepas perjumpaan Qistina dan Nazrin Haqq,wanita itu menghabiskan beberapa waktu untuk masuk ke beberapa butik mencari baju dan beberapa keperluannya.Sambil membelek telefonnya,Qistina bergerak menuju ke kawasan basement mencari kedudukan keretanya.Tanpa dia sedar ada satu susuk yang berpakaian serba hitam dan bertopeng muka mengikutnya dari belakang.Saat dia mencapai pintu kereta,badannya dipeluk kuat dari belakang sebelum mukanya di tekup dengan kain yang diletakkan cecair chemical sehingga tubuh badannya longlai tidak sedarkan diri.Qistina terus di masukkan dalam keretanya sebelum kereta di pandu ke destinasi rahsia.

***********************

"Mana bos kau?"....Nazrin bertempik seperti orang sasau.

"Encik Nazrin bawa bertenang!"...Hilman cuba menenangkan Nazrin yang mengamuk dan membuat bising sehingga ada staff yang berkumpul untuk melihat kejadian itu.

"Aku nak jumpa bos kau sekarang!".....Bunyi suara orang membuat bising kedengaran di luar pejabat Mateen.

"Bummmmm".....Rempuhan pintu pejabat Mateen kedengaran agak kuat menyebabkan Mateen mengangkat kepalanya melihat kepada empunya diri yang tidak tahu bersopan.

"Nice to meet you again Encik Nazrin Haqq!...Have a seat!"....Mateen bersikap ramah menyambut kedatangan tetamu.

"Hey!...Aku datang bukan nak duduklah,aku nak kau batalkan balik perjanjian bodoh yang kau buat tu!".....Nazrin Haqq berkata dengan lantang namun kata-katanya hanya disambut oleh gelak tawa oleh Mateen.

"Maafkan saya Encik Nazrin,perjanjian itu berlaku tanpa sebarang paksaan daripada pihak saya dan ditandatangani oleh Encik Nazrin sendiri tanpa membaca syarat perjanjian terlebih dahulu!".

"Tapi kenapa aku kena bayar ganti rugi 500ribu kalau aku tak mahu lepaskan company!....mana aku nak cekau duit sebanyak itu!"....Nazrin Haqq masih dengan rasa tidak puas hati.

"Syarat perjanjian hanya satu sahaja Encik Nazrin iaitu encik tidak boleh menceraikan Thalia Rose sebagai isteri setelah menjualnya kepada saya.Malah tanpa berfikir panjang Encik Nazrin menceraikan dia dengan talak tiga,secara automatik encik telah melanggar syarat perjanjian dan perlu menyerahkan company kepada Thalia Rose sebagai ganti rugi...Nazrin Haqq terdiam seribu bahasa dengan penerangan daripada Mateen yang panjang lebar.

"Jawapan bagi soalan Encik Nazrin kenapa 500ribu ganti rugi?...Itulah harga maruah diri Thalia Rose yang Encik Nazrin permainkan setelah menjualnya kepada saya iaitu lima kali ganda daripada harga yang Encik Nazrin minta sebagai bayaran menjual isteri encik dulu!"

"Sampai di sini sahaja perbincangan kita Encik Nazrin Haqq.Jika ada apa-apa lagi urusan encik boleh langsung berurusan dengan PA atau peguam saya...

"Hilman,come in!"...

"Maaf Encik Nazrin Haqq,PA saya akan iringi encik untuk keluar..Tolong jangan buat kecoh di sini,jika tidak encik boleh berurusan dengan pihak polis sahaja!"....Mateen menghalau dan memberi amaran secara tidak langsung kepada lelaki itu.

Mateen memusingkan kerusi kerjanya menghadap cermin lutsinar yang membolehkannya melihat ke luar bangunan.Kepalanya di sandar ke dada kerusi dan matanya menyorot jauh ke dada langit yang gelap dan mendung.Rintik -rintik hujan turun membasahi bumi,semakin lama semakin kasar jatuhan air dari langit.Mateen memejamkan matanya,menghalau kekacauan di hatinya.Wajah Thalia Rose terbayang di mindanya menghadirkan rasa rindu buat wanita itu.Sejak kebelakangan ini,Thalia Rose terlalu kuat memberontak sehingga dia membuat keputusan untuk menjauh dan pulang ke rumahnya sedangkan Thalia berada di rumah mummy dan daddynya.Bunyi panggilan masuk pada iPhone menyedarkan Mateen yang sedang hanyut dalam khayalannya.

"Hello Maleeq!"

"Abang!"

"Sis-in-law disappeared!"

"What!!!"...

"Again Thalia Rose!!"

"Aarrgghhhhhhhh!!!"........

Hilman hanya duduk membeku di tempat duduknya mendengar jeritan nyaring dan amukan tuannya.Bunyi barang jatuh dan pecah saling bertingkah dengan jeritan Mateen.Matanya tidak lepas memandang ke arah pintu pejabat bilik Mateen Darin.

"I'm sorry Tuan!!"....Hilman mengeluh perlahan,kasihan pada tuannya dan amanah yang perlu dia pegang supaya kekal menjadi rahsia hingga masa yang tentukan sendiri untung nasib mereka.

********************

"Mateen!"

"Mummy minta maaf kerana cuai.Jika mummy peka dengan keadaan sekeliling,Rose tak mungkin hilang macam ni!"...

Mateen hanya tunduk dan pandangannya hanya jatuh menekur lantai.Tangan sasanya saling mengenggam sehingga timbul urat kekar dipermukaan lengannya. Otaknya berserabut dan pelbagai kemungkinan datang menghantui benaknya.Kerisauan jelas terpancar di wajahnya.Kebarangkalian Thalia Rose larikan diri adalah lebih besar jika mahu di bandingkan dengan kes penculikan.Alasannya sehingga kini tiada sebarang panggilan dari sebarang pihak meminta duit tebusan atau sebarang bentuk pertukaran.

"Huhhh!!!"...Mateen mengeluh berat mendengar tangisan mummynya.Tangan tua itu dicapai dan digosok perlahan.Dia tidak mungkin akan menyalahkan orang tuanya.Dia yang silap kerana yakin isterinya selamat di bawah pemantauan mummy dan daddynya.Lagi pula pengiring yang biasa memerhati gerak geri Thalia diperlukan untuk melakukan tugasan yang lain.

It's okay mummy!....Don't worry,I'll try to find her!"...

"Mummy ada minta salinan scanning baby dekat klinik tadi!...Mateen simpanlah ye!"...

Puan Sri Qamariah menghulurkan sepucuk sampul berwarna putih kepada anaknya.Teragak-agak Mateen menyambutnya.Tangannya perlahan-lahan membuka sampul surat dan keluarkan isi kandungannya yang bewarna hitam putih.Matanya bergenang dengan airmata saat menatap imej pada sekeping kertas itu.Tangannya naik menekan kelopak matanya,disusuli dengan suara tangisan kecil yang keluar dari bibirnya.Bahunya juga terhinjut-hinjut menahan tangis.Perasaannya bercampur-baur dengan pelbagai rasa.

Puan Qamariah memeluk tubuh anaknya yang semakin hanyut dengan kesedihan.Sepatutnya moment seperti ini harus dikongsi dengan penuh kegembiraan dan kebahagiaan bersama pasangan dan keluarga namun sebaliknya terjadi pada mereka.Mateen berkali-kali menatap dan mengucup imej di dalam kertas itu,hatinya meraung mahukan isterinya.Maleeq terkesan melihat keadaan abangnya namun dia keraskan hatinya demi bakal anak saudara dan kakak iparnya.

"Mummy yakin Rose selamat!...Kita bagi dia masa dan ruang untuk dia bertenang dulu ye!"...

"Bila sampai masanya Rose akan kembali pada Mateen semula!"....

Berubah riak wajah Mateen bila mendengar kata-kata nasihat mummynya.Matanya yang masih memerah dengan kesan airmata bertemu pandang dengan mata Puan Sri Qamariah,cuba mencari sesuatu.

"Please take mummy's advice for the sake of Rose and your twin babies!..Puan Sri Qamariah memegang kedua-dua pipi anaknya supaya memandang ke arahnya dan berharap anaknya mendengar nasihatnya kali ini.

"Let her go for a while Mateen!...Trust me,she will come back to you again!"

"What if she doesn't come back mummy?"....Mateen bertanya perlahan.Dia masih dalam dilema mahu mencari atau membiarkan isterinya pergi buat sementara waktu.

"Then chase and kidnap her back to you!!"...Jawapan mendadak yang diberikan oleh Puan Sri Qamariah di sambut dengan gelakan oleh Tan Sri Haiqal dan Maleeq..Mateen juga tersenyum kecil menutup rasa perit di hatinya.Jika hanya perpisahan yang boleh menyelamatkan hubungan mereka Mateen akan sabar menunggu selagi dia mampu bertahan,jika tidak dia akan kembali mengejar dan memburu Thalia Rose.

**********************

Thalia Rose berdiri di balkoni hotel mengambil angin malam.Perutnya diusap perlahan dan disambut dengan beberapa tolakan dari dalam.Bibirnya tersenyum manis.Beberapa bulan lagi,jika di izinkan semuanya berjalan lancar,dia akan berjumpa dengan dua khalifah kecil yang akan hadir dalam hidupnya.Mungkin dia akan bersendirian menyambut kedatangan buah hati mereka di sana nanti.Rasa sebak datang bertamu di hatinya,tangisan kecil mula terbit dari bibirnya.Semakin lama tangisannya semakin kuat menghamburkan kesedihan.Hatinya berbolak-balik dengan keputusannya,pendirian juga semakin goyah.Separuh hati mahu kembali kepada suaminya,separuh lagi masih dengan kelukaan semalam.

"I hurt so badly,hubby!!"

"I hate you but I love you so much!!"

Penat menangis,Thalia Rose masuk untuk merehatkan diri.Badannya yang kelelahan di dibaringkan mengiring.Matanya dipejam seketika mencari sedikit ketenangan.Fizikal dan mentalnya sudah sangat letih.Hujung matanya kembali mengalirkan airmata bila bayangan Qistina mencumbu suaminya kembali mengasak fikirannya.Entah kenapa rasanya terlalu sakit malahan lebih sakit dari fitnah kecurangan Mateen dahulu.Dalam melayan duka dan kesedihan,Thalia semakin hanyut dengan kepenatan dan suasana suhu bilik yang dingin.

Thalia meraba-raba telefon dan diletakkan di telinganya dalam keadaan mamai.Thalia berada diantara sedar dan tidak saat mendengar suara si pemanggil.

"Emmmmm"....Thalia hanya mengumam dengan suaranya yang serak kerana banyak menangis.

"Sayanggg!!"....Mateen menutup matanya saat mendengar rengekan isterinya.Sungguh dia rindukan wanita itu.

"Sayang tidur ke?"

"Emmmmm"....Mateen sudah memicit pelipisnya demi mendengarkan suara gumaman menggoda seperti itu.

"Listen here sayang!!"

"Hubby izinkan sayang pergi selama 3 bulan tanpa mengejar sayang!"

"Jika selepas tempoh 3 bulan sayang tak balik semula,jangan salahnya hubby kalau berkasar dengan sayang!"....

"I warned you sayang!"

"Hmmmmmmm!!"....

"Hubby I miss you!!".....Thalia mengigau dan berkata tanpa sedar disusuli dengan dengkuran kecil.

"I miss you more sayang!...I miss you!!"

***********************

Thalia masih menangis dalam pelukan ibu mertuanya,hatinya terasa berat mahu pergi.Puan Sri Qamariah juga sama turut mengalirkan airmata dengan perpisahan yang terjadi. Harapannya menantu dan bakal cucunya akan dijaga dengan baik oleh keluarga yang telah diamanahkan untuk menjaga mereka di sana.Segala keperluan dan tempat tinggal Thalia Rose sudah pun Tan Sri Haiqal sediakan dan Thalia Rose akan di jaga dan dipantau oleh pasangan rakyat Malaysia yang sudah lama bermaustautin di England sebelum Maleeq ke sana.Maleeq juga tinggal berdekatan dengan rumah pasangan yang akan menjaga kakak iparnya supaya dia juga boleh turut memantau keadaan Thalia Rose dari masa ke semasa.

"Please stop crying sis-in-law!"

"We will meet after a week!...I'm sorry can't go with you!"....

Maleeq mendekati Thalia Rose yang masih dipeluk oleh mummynya.Dia sedikit kesal kerana tidak boleh menyertai kakak iparnya bertolak hari ini kerana bimbang Mateen akan mengesyaki penglibatan mereka secara langsung dalam rancangan kehilangan Thalia Rose.

"Thank you Maleeq and daddy!"...Thalia beralih memeluk tubuh tua Tan Sri Haiqal.Terasa beruntung kerana di anugerahkan ibubapa mertua yang sangat menyayanginya seperti anaknya sendiri.Tan Sri Haiqal mengangguk kepalanya dan mengucup ubun-ubun menantunya.

"Jaga diri dan bakal cucu-cucu daddy!"

"Jaga kesihatan,jaga makan minum dan jangan banyak sangat menangis nanti cucu daddy pun ikut cengeng bila keluar nanti!...

"It's my turn to get a hug!"....Maleeq merentangkan kedua tangannya menuju ke Thalia Rose tetapi di balas dengan jentikan di dahinya oleh daddynya.

Panggilan terakhir di umumkan untuk penumpang masuk ke balai pelepasan.Thalia Rose bersalam buat terakhir kalinya dengan Tan Sri Haiqal dan Puan Sri Qamariah.Dia melangkah walau pun terasa berat hatinya.Air matanya menitis lagi bila menyambut lambaian tangan keluarga mertuanya.

"Terima kasih untuk segalanya"....bibirnya mengucapkan kata walaupun mereka tidak mampu mendengarkannya lagi.

Terima kasih untuk semua yang sudi membaca Critical Love dan maaf jika saya tidak membalas komen anda.Saya membaca semua komen dan happy dengan semua komen yang anda sudi tinggalkan.So dekat sini saya mewakili diri dengan ucapan ribuan terima kasih untuk sambutan hangat daripada semua pembaca CL. Jutaan terima kasih juga buat pembaca yang sudi donate ncoins.Saya sangat-sangat hargainya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience