Bab36

Romance Completed 623276

"Banggg!!".....

Tubuh Qistina jatuh terjelepuk di sisi badan Thalia Rose yang masih tidak sedarkan diri.Tubuh Qistina menggeletak kesakitan dengan matanya yang terbeliak besar.Darah panas dari luka tembakan mengalir hingga terkena pada badan Thalia yang berada dekat dengan jasad Qistina.

"Don't move you two!!"...

Alex menjerkah memberi ancaman.Pistolnya di talakan tepat ke arah Nazrin Haqq dan Alan Lee yang masih terkaku di tempat masing-masing.Kedua-dua lelaki itu hanya mampu mengangkat tangan ke atas sebagai isyarat menyerah kalah.Pengikut-pengikut Alex masih di luar bergasak mengerjakan gangster-gangster upahan Alan Lee.

Alex melangkah mendekati tubuh Thalia yang kaku tidak bergerak.Tangannya pantas memeriksa nafas dan denyutan nadi Thalia Rose.Alex menghela nafas penuh kelegaan bila denyutan nadi wanita itu masih normal,hanya pengsan buat sementara waktu.Matanya terpejam buat seketika,andai saja dia terlewat beberapa detik waktu,anak-anak kembar wanita ini akan kehilangan mamanya.

"Korang betul-betul cari mati!!"

"Aku akan lenyapkan korang berdua hingga tak ada sesiapa tahu mana kubur korang!"....

Alex tersenyum sinis selepas menuturkan kata-kata kejam itu.Matanya melirik sekejap ke arah jasad tidak bernyawa Qistina yang masih terbeliak matanya ke arah Thalia.Tanpa mempedulikan Qistina yang sudah menjadi mayat,Alex mengangkat tubuh Thalia dan membawanya keluar untuk ke hospital selepas memberi arahan kepada pengikutnya untuk menyelesaikan urusan di sana sehingga bersih.Nazrin Haqq dan Alan Lee akan menjadi tawanan di markasnya sehingga kepulangan Mateen.

***********************

Mateen bergegas masuk ke hospital swasta yang menempatkan Thalia dan Hilman.Setelah bertanyakan maklumat berkaitan isterinya Mateen tergesa-gesa masuk ke lif untuk ke menempatkan isterinya.Beberapa mata sempat mengarah mencuri pandang pada susuk tubuhnya yang mungkin dapat mengecamnya namun tidak di endahkan.

"Tinggg!!!"

Mateen pantas keluar dari perut lif menuju ke bilik vvip.Tanpa mengetuk pintu Mateen menerobos masuk ke dalam ruangan bilik,menampakkan Hilman yang sedang menyuapkan Thalia bubur nasi.Tangannya mengepal penumbuk,rasa cemburu sempat hadir menyelinap ke sanubarinya melihat scene itu.Langkah lebar dibuka mendekati katil Thalia,isterinya dan Hilman sudah berubah pucat melihat kedatangan Mateen.Masing-masing mempunyai ketakutan dan sebab yang tersendiri.

"Bagi sini mangkuk!"...Mateen berkata tegas dengan riak mukanya yang dingin sambil menghulurkan tangan ke arah Hilman.Matanya tajam menikam muka Hilman yang jelas terlihat kesan lebam,merah kebiruan dan beberapa luka kecil.

"Ba...baik tuan!!"...Hilman tergagap-gagap menyahut dan menyuakan mangkuk yang berisi bubur nasi.

"Kau boleh pergi berehat Hilman!...Nanti aku akan uruskan cuti dan pampasan sebagai ganti rugi untuk kecederaan kau!"....Mateen masih bersuara dingin dengan bicaranya menyebabkan Hilman salah anggap.

"Tu...tuan nak pecat saya!"...Hilman terbangun dari duduknya dengan suara yang sudah naik tinggi kerana terkejut.

"Aku cakap cuti bukan berhenti kerja!...atau kau nak masuk lubang kubur terus!!"...Mateen menjerkah Hilman yang tidak dapat menghadam arahannya.Merah padam muka Mateen menahan marah.Thalia hanya mendiamkan diri menunggu gilirannya dimarahi sebentar nanti.

"Baik tuan!...Tapi....!!"....

Mata Hilman menyorot memandang wajah suram Thalia yang sudah mencebik mahu menangis.Mata wanita itu berkaca-kaca penuh dengan airmata.Mateen mengerutkan keningnya bila Hilman tidak meneruskan kata dan hanya memandang isterinya.

"Apalagi kau tunggu Hilman!...Pergi berehat!"....

Mateen menghalau tanpa perasaan kerana cemburu.Hilman hanya mengangguk patuh,matanya melirik sedikit pada Thalia yang melihat ke arahnya seperti meminta untuk terus menemaninya,mungkin wanita itu takut pada Mateen Darin.Hilman membutakan matanya,kepala di tunduk sedikit dan kakinya terus di bawa keluar dari ruangan itu.Terdengar sahaja daun pintu ditutup,Mateen menarik kain tirai menutupi keseluruhan katil.Matanya menatap tajam Thalia yang sudah menundukkan wajahnya,tangan isterinya sedikit menggeletar.

"Buka mulut sayang!"...Mateen duduk di kerusi Hilman duduk sebentar tadi.Thalia hanya diam tidak terkutik.Dia takut suaminya memarahinya dengan semua yang telah dia lakukan sebelum ini.Trauma dengan kejadian semalam menyebabkan emosinya tidak bersedia untuk berhadapan dengan kemarahan Mateen.

"Look at me sayang!...Cepat habiskan bubur,nanti nak makan ubat!"...Mateen cuba berlembut dengan Thalia.Nafas ditarik panjang memenuhi peparunya,cuba bertahan dan bersabar melayani karenah isterinya.Kepalanya juga sedikit pening dan melayang disebabkan 'jetlag' yang masih belum hilang.Mateen bergegas ke hospital sebaik sahaja sampai ke KLIA.Thalia masih diam,tidak menyahut atau mengikut kata suaminya walaupun suara memujuk Mateen begitu lembut masuk ke corong telinganya.

"Sayang!!...Hubby suruh makan,apa susah sangat ke nak buka mulut!...Mateen masih berusaha bercakap sehabis lembut walaupun rahangnya sudah mengeras menahan geram dengan kedegilan Thalia Rose.Mateen mengusap wajahnya dengan kasar,Thalia yang boleh mengesan kemarahan suaminya mula mengensot ke tepi katil dan tanpa sedar tubuhnya hampir jatuh dari katil.

"Aaaaaa!!"....Mateen dengan pantas bangun mengapai tangan Thalia dan menarik pinggang Thalia merapat ke arahnya hingga wajah Thalia terhantuk di dadanya.Tangisan Thalia pecah di dalam dakapan Mateen.Jantung masing-masing berdetak kencang memalu dada kerana situasi yang terjadi.Beberapa ketika tangisan Thalia semakin surut,hanya esakan yang kedengaran.Mateen melepaskan pelukan dan kembali duduk.

"Makanlah sayang!"...Mateen menyuakan sudu yang berisi bubur.

"Dah kenyang!"...Thalia menjawab ringkas dan mengeleng kepala.Mateen mendecit geram,bubur di mangkuk masih berisi penuh tak luak langsung.Mateen mula memasukkan sesudu penuh bubur ke dalam mulutnya.Badannya di bawa rapat ke arah Thalia,tangan Mateen naik memegang kedua pipi Thalia.Pipi Thalia yang membengkak di sebelah kanan di picit perlahan menyebabkan Thalia membuka mulutnya kerana kesakitan dan Mateen mengambil kesempatan itu menyambar bibir Thalia dan memindahkan bubur didalam mulutnya ke dalam mulut isterinya.Membulat mata bundar Thalia menerima suapan istimewa dari seorang Mateen Darin.Merona mukanya bila Mateen menjilat bibirnya dan tersenyum nakal memandangnya.

"Habiskan bubur kalau tak nak hubby suap guna mulut macam tadi!"...Mateen bersuara tegas sekaligus memberi amaran kepada isterinya.Thalia hanya mengangguk faham dengan arahan Mateen.Selesai makan Thalia membaringkan diri cuba merehatkan badannya.Mateen yang baru keluar bilik air yang tersedia di dalam bilik vvip itu tiba-tiba memanjat katil dan menghimpit tubuh isterinya.Mateen menarik Thalia mendekat dan memeluk erat isterinya.

"Tidurlah sayang!!"...Mateen mengucup dahi dan ubun-ubun isterinya berkali-kali melepaskan rindunya selama empat bulan berjauhan.Matanya juga terpejam rapat bila merasa tangan Thalia membalas pelukan di pinggangnya.

*****************

"Sayang!..Alexander jemput kita lunch rumah dia hari ni!"...Mateen merapat ke arah Thalia sambil mendukung baby Zaynn Damien.Adiknya Zarra Darilynn sedang menyusu dengan mamanya.Sesekali anaknya mengekek ketawa bila di agah dan dicium olehnya.

"Rumah abang Izrael dekat mana tu?"

"I think somewhere at Janda Baik!...I'm not sure either!"...

"Nanti anak buah dia datang jemput!...Sayang siap-siap dulu nanti hubby tolong siapkan twins!"

Mateen dan Thalia turun ke ruang tamu dan mendekati Tan sri Haiqal,Puan Qamariah dan Maleeq Dayyan yang sudah bersiap sedia menunggu.Kesemua mereka akan di jemput oleh pengikut Alex.Tepat pukul 11pagi,tiga buah kereta hitam memasuki kawasan rumah keluarga Tan Sri Haiqal.Beberapa lelaki berpakaian serba hitam dan berkaca mata hitam turun membuka pintu dan mempersilakan tetamu bosnya.

"Hubby!...Sayang takutlah!"...Thalia berbisik perlahan disisi suaminya.Mateen mengerutkan keningnya dan senyuman nipis terukir di bibirnya.

"It's okay sayang!...Belum masanya nak rasa takut!"...Mateen mendorong perlahan tubuh Thalia masuk ke dalam perut kereta bersama anak kembar mereka.Pengikut Alex hanya menundukkan kepalanya tanda hormat.Tan Sri Haiqal,Puan Qamariah dan Maleeq menaiki kereta yang berbeza dengan mereka.Ketiga-tiga kereta mula bergerak dan meluncur laju menuju ke destinasi.

Hampir satu jam perjalanan,mereka sampai di tempat yang dituju.Thalia masih rasa tidak sedap hati melihat persekitaran kediaman Alex yang lebih serupa markas.Hampir setiap ceruk tempat ada lelaki berpakaian seragam hitam berjaga bersama senapang di tangan.Baby Zarra Darilynn dipeluk rapat dan sebelah tangannya bertaut dengan tangan Mateen yang mendukung baby Zaynn Damien.

"Welcome brother and sister-in-law!"....Alex mendekati Mateen dan Thalia selepas menyalami ibubapa angkatnya.Alex memeluk tubuh Mateen dan berbisik sesuatu namun tidak dapat didengari oleh Thalia.Tengku Isabella juga turut berada di sisi Alex dan menyuakan tangan untuk mengambil baby Zarra Darilynn.

"Come to Aunty Bella!!"...Baby Zarra sudah bertukar tangan dan mereka beriringan melangkah masuk ke rumah agam yang sangat cantik dan moden hiasan dalamannya walaupun di luarannya sangat menakutkan.

Kedatangan mereka turut di sambut oleh keluarga Tengku Que Iskandar.Riuh-rendah jadinya suasana rumah agam yang sentiasa kesunyian itu.Makan tengahari mereka juga bukan main berselera masing-masing menjamah hidangan yang disediakan,layaknya hidangan hotel dengan pelbagai menu yang disediakan oleh tukang masak.

*********************

"Sayang!...jom ikut hubby pergi tasik dekat belakang rumah ni!"....Mateen mendekati isterinya dan berbisik perlahan bila Alex memberi isyarat mata padanya.Orang tua mereka masing-masing masih seronok berborak sambil melayan karenah cucu-cucu mereka.Alex sudah berlalu menuju ke pintu besar rumah agam bersama Tengku Isabella.

"Jom Alexander dah tunggu kita tu!"...Mateen menarik tangan Thalia supaya mengikutnya dan mereka melangkah menyusul Alex.

"Woww...besarnya tasik ni!"....Thalia memandang dengan teruja bila mereka melalui laluan bersimen untuk ke tengah tasik.Kelihatan Alex dan Tengku Isabella sudah menunggu mereka di bawah pondok di penghujung laluan.

"Hmmm...tasik ni ada hantu air!"....Mateen mula mengusik,cuba menakut-nakutkan Thalia namun isterinya hanya ketawa mendengar celotehannya.

"Sayang tak percaya ke?"

"We will see!"....Mateen tersenyum jahat sambil melirik sedikit ke arah isterinya yang ketawa ceria.

Mereka hanya berbual dan bersantai sambil mengambil udara petang.Tengku Isabella bangun dan berkira-kira mahu merendam kakinya namun Alex segera menegah dan menarik isterinya jatuh diatas ribanya.Bunyi speedboat menarik perhatian mereka melihat ke arah sumber bunyi itu.Semakin dekat speedboat itu menghampiri mereka,semakin jelas bunyi jeritan atau lebih kepada raungan orang meminta tolong.

"Lia tolong abang!!...Lia tolong!!!"....

Thalia Rose dan Tengku Isabella automatik terbangun dari duduk bila melihat dua susuk tubuh di gantung terbalik dengan kepalanya sudah mencecah air dan Thalia sangat kenal dengan kedua-dua lelaki yang sedang tergantung itu.Hanya Nazrin yang masih meraung meminta tolong sedangkan Alan Lee diam tidak terkutik dengan matanya yang tertutup.Entah hidup ataupun sudah hilang nyawa lelaki itu.

"Now!!!"....Jeritan seorang lelaki dari bot yang sama terdengar nyaring memberi arahan supaya memotong ikatan di kaki Nazrin Haqq dan Alan Lee kerana bayangan si penghuni tasik sudah menampakkan diri.

"Aaaaaaaaaaa!!!"....Thalia dan Tengku Isabella menjerit kuat bila sang bedal gergasi
melahap dan mengoyak badan Alan Lee yang bagaikan mayat.Hanya jeritan Nazrin yang kedengaran sambil merenang cuba menyelamatkan diri.Baik Thalia mahu pun Tengku Isabella sudah melembik dalam pelukan suami masing-masing sedangkan Mateen dan Alex masih melihat pertunjukan sang bedal membaham mangsanya di dalam tasik hijau.

"Don't worry, nobody else can ruined your marriage anymore brother!"

"I will always protect my family!"....Alex menepuk-nepuk bahu Mateen Darin sebelum masing-masing mencempung Thalia dan Tengku Isabella kembali ke rumah agam.Tengku Que Iskandar hanya mengekek ketawa melihat hiburan petang di balkoni dari biliknya.

"Kejahatan akan di balas dengan kejahatan yang lebih kejam,itulah namanya karma!".....

*****************TAMAT******************

CL menutup tirai dengan jutaan terima kasih buat semua pembaca yang setia menunggu setiap chapter dari author.Semoga kita berpeluang berjumpa lagi dalam novel akan datang.Salam sayang untuk semua pembaca karya saya.

Share this novel

DHIA AMIRA
2022-09-07 13:57:32 

done read all daebak

ANISA BINTI PRAYET SGM
2022-08-20 23:04:30 

TERBAIK. TQ BEST STORY

Nur Baiti Saleh
2021-07-06 08:45:16 

tq hermey


NovelPlus Premium

The best ads free experience