"Rose!"...
"Why sayang?"...Are you okay?"
Mateen kerisauan bila dia perasan wajah pucat Thalia Rose.Tangannya mengenggam tangan Thalia dan dia dapat rasakan tangan itu sedang mengigil dan berpeluh.Matanya naik memandang ke wajah wanita itu,jelas dahinya juga berkeringat.Sangkanya Thalia diserang 'panic attack'.
"Calm down!...Just breath sayang!"...Tangan Mateen naik ke belakang tubuh Thalia dan menggosoknya perlahan.
"Daddy!...I want daddy!"...
Tumpuan Mateen terhadap Thalia Rose terhalang sekejap bila anak kecil di dukungan Qistina Humaira menangis mahukannya.Thalia hampir nak meraung bila mendengar suara rengekan anak kecil itu.Hatinya sangat goyah untuk meneruskan permainan yang di diciptakan oleh mereka.Dia sudah tidak sanggup,dia mahu menarik diri dan lari jauh dari kehidupan Mateen seperti dulu.Tetapi dia mahu ke mana?Apakah anak yatim piatu sepertinya boleh diperlakukan sesuka hati dan sewenang-wenangnya oleh Nazrin Haqq dan Mateen Darin.
"Lari....Lari!"....
Bisikan hatinya bertalu-talu bermain di benaknya.Thalia dalam dilema.Ketakutannya kepada Mateen atau lari menyelamatkan diri dari permainan kejam mereka.Bagaimanakah cara dia mahu melarikan diri dari lelaki yang penuh penguasaan seperti Mateen Darin.Lelaki itu boleh memusnahkannya dalam sekelip mata sahaja.Matanya meliar melihat ke arah wajah-wajah yang kelihatan tertawa bahagia.Matanya melekat pada figura Mateen dan Qistina Humaira bersama anak kecil mereka.Mereka seperti keluarga yang bahagia di matanya.Hatinya berkali-kali tewas dimamah luka.
"Mateen,jika engkau bahagia,kenapa mesti mengejar dan memaksaku lagi?"hatinya berbicara sendiri.
"Sis in law!..Are you orait?...You looked pale!"...Maleeq Dayyan menegur wanita abangnya yang kelihatan kebingungan dalam fikirannya sendiri.
"Errr....I need go to washroom!"
"Let me show you the way!"...Maleeq Dayyan melangkah ke arah pintu besar untuk keluar dari ruangan itu.Thalia segera menyusul bila nampak peluang dan harapan untuk dia melarikan diri.
"It's okay Maleeq,I will go by myself,thank you!"...Thalia menundukkan sedikit kepalanya untuk beredar.
"Orait then,sis in law!"
Thalia berpura-pura melangkah ke arah tandas yang berdekatan.Apabila kelibat Maleeq Dayyan sudah masuk ke ruangan dinner semula Thalia melencongkan langkahnya menuju ke arah tangga untuk turun ke ruangan lobi hotel.Kakinya melangkah laju,jantungnya berdetak kencang antara keberanian bercampur aduk dengan ketakutan.
******************
Mateen yang baru berjaya memujuk kesayangannya mula bergerak mencari Thalia Rose.Dia mendekati ahli keluarganya untuk bertanya keberadaan wanita itu.Hatinya rasa tak tenang selagi tidak menjumpai susuk tubuh wanita itu.
"Abang,sis in law pergi washroom!"...Maleeq Dayyan mencelah.Mateen sedikit lega bila mendengar jawapan adiknya.Dia ingin bergerak keluar mencari Thalia namun langkahnya terhenti seketika bila menerima panggilan telefon dari Hilman.
"Tuan!"...
"Puan berada di ruangan lobi ke arah pintu besar hotel!"...Suara Hilman panik kerana sedang berlari turun ke lobi bersama beberapa orang bodyguard Mateen Darin.
"Damn you Rose!"
"How dare you run away from me!"...Mateen mengenggam erat tangannya menahan marah.Mukanya sudah membengis dan memerah.Kakinya berlari laju dengan langkah yang luas untuk mengejar Thalia Rose.
Thalia yang kelam kabut berlari,sesekali menoleh ke belakang untuk mengesan jika Mateen atau bodyguard lelaki itu mengejarnya hingga menyebabkan berlaku pertembungan.
"Bukkkkkk....."
"Maaf...Maafkan saya!"....Thalia yang sudah jatuh terduduk memohon maaf tanpa melihat ke arah orang yang bertembung dengannya.
"Beauty...It's that you?"...Thalia segera mendongak melihat ke arah figura yang seperti mengenalinya.
"Tolong!...Tolong bawa saya pergi jauh dari sini!"...Thalia Rose memohon simpati lelaki itu walaupun dia sudah lupa siapa gerangannya.
"Rose.......!!!!"
Thalia Rose tersentak.Laungan suara itu membuatnya rasa putus asa untuk terus melarikan diri.Dia tertangkap lagi.Tiba-tiba tangannya di tarik dan badannya di dorong untuk mengikut langkah lelaki itu.Mereka berlari laju menuju ke arah kereta.Thalia sempat menoleh ke belakang melihat Mateen dan Hilman serta beberapa orang bodyguard mengejar mereka.Bila kereta sudah keluar jauh dari kawasan hotel hatinya sedikit lega walaupun masih berdetak laju.
"Terima kasih encik sebab tolong saya!".
"Why you run away,beauty?"...lelaki itu bertanya walaupun sedang fokus memandu membelah malam.Perbualan mereka terhenti bila lampu kereta dibelakang mereka yang diangkat tinggi menyorot masuk ke dalam kereta.Mateen sudah berjaya mengesan mereka.Pedal minyak ditekan sehabis boleh untuk menjarakkan kedudukan.Thalia sudah ketakutan separuh mati di tempat duduk penumpang.Mungkinkah nyawanya akan berakhir seperti ini.Serentak itu satu bayangan objek hitam berhenti mengejut di hadapan kenderaan mereka menyebabkan lelaki di sebelahnya menekan brek mengejut hingga mengeluarkan bunyi seretan yang kuat.Kepala Thalia terhantuk ke dashboard sehingga kepalanya terasa pening.Matanya berbalam-balam dan kepalanya pusing.
Bunyi cermin kereta di pecahkan mengejutkan Thalia dan automatik dia menjerit ketakutan.Pintu sebelah pemandu dibuka dan lelaki yang menolongnya di tarik keluar secara paksa.Dia menangis seperti orang gila bila Mateen mula memukul dan menendang lelaki itu.Bunyi pukulan saling bertingkah dengan bunyi erangan kesakitan.
"Bang...Bang"
Bunyi tembakan yang memekakkan telinga membuatkan Thalia menunduk dan memegang kepalanya.Tangisan dan esakannya memenuhi ruang kereta.Dia sangat takut ketika ini.Bunyi pintu dibuka disebelahnya mengejutkannya yang sedang ketakutan.
"Keluar!!!!!"
Mateen menjerit kuat ke arah Thalia Rose yang sedang menggigil ketakutan.Bila merasakan Thalia masih berdegil,Mateen bagaikan kerasukan menarik wanita itu keluar dan dikendong tubuh Thalia pergi ke arah keretanya.Tubuh kecil Thalia dilemparkan pada tempat duduk penumpang di bahagian belakang keretanya.Kaki dan tangan Thalia di ikat dengan tali.Menjerit-jerit Thalia dibuatnya dengan tindakan Mateen.
"Hilman!...Kau uruskan hal di sini!"..Mateen masuk ke perut kereta bersedia untuk memandu.
"Tu..Tuan nak bawa Puan Thalia ke mana?"
"Bukan urusan kau!..Selesaikan hal dekat sini!.
"Hilman !...Tolong saya!"..Thalia Rose menjerit memohon bantuan lelaki itu namun lelaki itu hanya mampu melihatnya di bawa pergi oleh Tuannya.
"Maafkan saya puan!..Saya tak mampu nak tolong puan kali ini!"..Hilman mengeluh kesal sebelum menuju ke arah Alan Lee yang terbaring kesakitan.
*****************
"Arghhhhhhhhhhh.........!Arghhhhhhhhh"
Mateen memandu sambil menjerit seperti orang gila,dia menekan minyak sehingga habis meter untuk melepas kemarahannya.Thalia masih dengan tangisan yang tak pernah surut sehingga dia kepenatan.Mateen melepaskan tumbukan sembarangan.Malam ini Mateen menangis kerana seorang wanita.Kekecewaan jelas terpancar di wajahnya.Zahir dan batinnya menangis kerana Thalia tidak pernah ingin menghargai cintanya yang menggunung terhadap wanita itu.
Thalia membuka matanya bila terasa kereta berhenti bergerak.Dia masih dalam posisi terbaring di tempat duduk belakang kerana tangan dan kaki yang terikat menyukarkannya untuk bergerak.Matanya cuba mencari tahu lokasi mereka tetapi keadaan sekeliling begitu gelap tanpa sebarang cahaya menyebabkan dia buntu sendiri.Mateen sudah meninggalkannya sendirian di sini.Sayup-sayup dia mendengar seperti ombak yang menghempas.
"Klackkk....."
Pintu belakang dibuka.Terasa ikatan dikakinya dibuka oleh seseorang.Thalia tidak tahu siapa bersamanya sekarang kerana terlalu gelap namun bau harumannya dia kenal .Tubuhnya terasa diangkat dan badannya sudah melekat dengan lelaki itu.Mereka hanya diam tanpa suara.Hanya bunyi jantung yang laju berdetak bergabung menjadi satu.Ikatan di tangannya dibuka perlahan.Bunyi nafas Mateen yang tidak sekata masih kedengaran menandakan lelaki itu masih belum reda dengan kemarahannya.
"Why Rose?"
"Kenapa perlu lari ikut jantan lain?"
"Three more days we get married!..Kenapa perlu lari lagi?"
"Tell me Rose!"
Suara kuat Mateen bergema di dalam kereta menelan sisa keberanian Thalia yang tinggal sedikit cuma.Tangisan Thalia kembali berlagu menemani mereka.Mateen mula mengasari tubuh badan Thalia.Dress malam yang tersarung elok di tubuh Thalia dirobek sepenuh tenaga hingga compang-camping.Mereka bergelut dalam ruangan sempit didalam kereta.Mateen sudah di luar kewarasan bila memaksa Thalia berhubungan badan dengan sangat kasar dan kekerasan.Suara jeritan dan rintihan Thalia menyebabkan lelaki itu menangis namun dia tetap meneruskan hukumannya.
"Kenapa kau curang Ros!!!"...Suara Mateen kuat menengkingnya.
Thalia begitu marah mendengar tuduhan Mateen hingga dia memukul-mukul tubuh dihadapannya secara semberono.Dia benci bila lelaki ini menuduh dan memperlakukannya sesuka hati.
"Siapa yang curang Mateen?"..
"Awak yang curang pada saya....Awak Mateen!!!"...Thalia menjerit kuat dari bawah tubuh Mateen.
Akhirnya terluah juga rasa sakitnya dikhianati.Mateen tersentak dan terkejut dengan tuduhan Thalia Rose.Mateen cuba bertenang dan menghadam kata-kata wanita itu.
"Kau Ada bukti aku berlaku?"
"Aku curang dengan siapa?"...Mateen juga menjawab dalam tengkingan.
Mateen tahu Thalia sedang mengangguk kepala walaupun dalam kegelapan.Dia perlu memaksa Thalia berterus terang dengannya untuk mengetahui kebenaran disebalik perpisahan mereka.Angkara siapa dan siapa dalangnya.
Share this novel