Chapter 1

Romance Completed 627323

Thalia Rose masih tersenyum manis menilik penampilannya malam ini.Dress putih berbunga halus yang dihadiahkan suaminya sangat sesuai dengan bentuk badannya walaupun sedikit terbuka dibahagian belakangnya namun masih sangat menawan.Wajahnya hanya dioles dengan sedikit makeup nipis dengan look malar segar.Rambut ikal separas pinggang hanya dibiarkan terurai.

Setelah berpuas hati dengan hasil sentuhannya,Thalia Rose melangkah keluar dari suite mewah yang ditempah oleh Nazrin untuk keluar dinner bersama suaminya.Berbunga-bunga hatinya kerana ini merupakan kali pertama suaminya menyediakan dinner date yang sangat romantik khas buatnya.Walaupun sedikit pelik namun Thalia tidak mahu berfikir yang bukan-bukan.Mungkin suaminya sudah boleh menerima dirinya sebagai seorang isteri dalam erti kata yang sebenarnya walaupun perkahwinan mereka sudah hampir jejak tahun ketiga.

Membayangkan itu sahaja bibirnya semakin manis tersenyum.Hatinya umpama dipenuhi taman bunga.Walaupun hubungan mereka ibarat orang luar namun sebagai seorang isteri Thalia masih setia menunggu suaminya.

Langkahnya anggun mendekati ruang dinner yang ditempah.Nampaknya ruang sebesar dewan itu hanya menempatkan mereka berdua.Suasana ruang yang sengaja dimalapkan hanya diterangi dengan cahaya lilin yang memenuhi setiap meja.Lagu yang berentak lembut dan romantik juga berkumandang menghadirkan rasa debar didadanya.Kelihatan satu figura berdiri membelakangkannya.Thalia dengan berani melangkah dan memeluk belakang badan lelaki itu.Lekuk tubuhnya begitu erat melekat dibelakang tubuh sasa itu.

"I love you",bibirnya meluahkan rasa hati.Walaupun ada rasa malu namun dia memberanikan diri memulakan langkah pertama,lagi pun lelaki itu suami halalnya.

Susuk tubuh yang membelakanginya mula bergerak untuk memusingkan badannya.Tangan kekarnya naik memeluk pinggang ramping Thalia.Thalia Rose masih menundukkan wajahnya kerana rasa malu dengan luahan cintanya tadi.Terasa tangan besar membelai pipinya.Aura dan penampilan suaminya yang terasa dominan agak berlainan namun ini adalah kali pertama mereka duduk rapat melekat seperti ini jadi dia tak dapat mengesan sebarang perbezaan.Bibirnya terasa basah dengan ciuman hangat.Matanya masih terpejam rapat,menikmati lumatan bibir mereka yang saling membalas.Masing-masing bernafas dengan kuat melawan detak jantung yang menyesakkan dada.
Ciuman dileraikan untuk mencari nafas.

"Rose....we meet again sweetheart"!Lelaki itu bersuara menyebabkan Thalia mengundur beberapa tapak ke belakang,namun tangan sasa itu kembali menahan pinggangnya dan ditarik kembali merapat ke dadanya.

Share this novel

Che Da(Ayunifalin)
2021-07-14 12:01:13 

Haibherney, che da baca komen yang terukbtu, if hernry nak share feelings dan kumpul semangat boleh WhatsApp che da okb+


NovelPlus Premium

The best ads free experience