Chapter 5

Romance Completed 626687

Sentuhan ditangannya menyedarkan Thalia Rose dari lena yang panjang.Dia terkejut dengan kehadiran seorang wanita cantik yang sedang memberikannya suntikan.

"Awak siapa?"

Thalia bertanya dengan suaranya yang sedikit serak.Seluruh tubuhnya terasa sakit sehingga dia tidak mahu bergerak seinci pun.

"Saya Doktor Alya,doktor peribadi Tuan Mateen Darin,"wanita itu hanya tersenyum manis melihat wajah pucat Thalia.

"Nanti saya bagi ubat sapu untuk bahagian luka ya",spontan Thalia tertunduk malu.

"Puan perlu banyak berehat.Kalau boleh berbincang dengan Tuan Mateen untuk elakkan berhubungan badan sehingga luka betul-betul sembuh untuk elakkan jangkitan kuman,"Doktor Alya bersahaja memberi nasihat menyebabkan wajah Thalia merona merah.

"Doktor!...Boleh tolong saya?".Thalia mengenggam erat tangan Doktor Alya.

"Boleh bagi saya ubat perancang tak?",bibirnya diketap kerana malu.

*********

Kelibat Hilman mendekati Thalia selepas menghantar Doktor Alya keluar dari suite.

"Maaf Puan Thalia,sekejap lagi masa untuk puan sarapan sebelum makan ubat.Pramusaji akan menghantar makanan ke tempat tidur puan."

"Tuan Mateen hanya arahkan Puan Thalia berehat sahaja di tempat tidur.

"Berkenaan dengan proses penceraian, saya akan berhubung dengan Encik Nazrin Haqq untuk urusan dokumen di Mahkamah Syariah secepat mungkin.Sebarang keputusan dari pihak Mahkamah saya akan rujuk dan maklum pada puan,"terang Hilman panjang lebar.

"Oleh kerana kes penceraian puan agak istimewa mungkin puan tiada waktu iddah yang perlu dipatuhi, tetapi kami masih merujuk pada Mahkamah Syariah berdasarkan kerjasama dari Encik Nazrin sendiri."Terkedu Thalia Rose mendengar kata-kata Hilman,matanya tidak berkelip melihat jejaka itu bersahaja.Thalia Rose pula yang menanggung rasa malu yang menggunung tinggi.

"Puan,saya nasihatkan sila duduk sahaja didalam suite.Jangan cuba lari dari Tuan Mateen,puan dah jadi hak milik Tuan jadi tolong patuhi arahannya untuk elakkan berlaku sesuatu yang puan tak jangka!"Hilman berkata lembut namun masih berbaur sedikit amaran.

"Seluruh suite ini dilengkapi cctv setiap sudut kecuali bilik air dan tempat tidur.Harap puan faham apa yang saya cuba sampaikan."Hilman menundukkan kepala sekejap sebelum keluar dari ruang suite itu.

****************

Thalia Rose jauh termenung mengenangkan nasib buruknya yang terjadi hanya dengan satu malam.Malam yang sempat dia rasakan sangat bahagia kerana layanan suaminya yang tidak pernah menganggapnya ada namun tidak terjangka difikiran bagaimana Nazrin Haqq sanggup menjualnya hanya kerana syarikatnya.Jika bukan Mateen dia tetap juga akan terjual pada sesiapa saja.

"Siapa Mateen Darin sebenarnya?"Thalia tertanya-tanya sendiri.

Jika dilihat Mateen yang kini sangat jauh berbeza dari Mateen yang dia pernah kenali dulu.Semuannya berbeza baik dari penampilannya,auranya yang penuh penguasaan dan kekayaan.

Mateen empat tahun dahulu hanyalah seorang lelaki biasa,hidup dengan kesederhanaan,tidak kaya namun tidak pula miskin.

************

Mateen Darin masih tertumpu melihat skrin di laptopnya yang sudah disetup untuk melihat CCTV diseluruh ruangan termasuk ruang bilik air dan tempat tidur.Hanya dia yang boleh mengakses masuk melihat paparan CCTV.Kejadian semalam diruang bilik tidur dan bilik air juga mempunyai video rekod.Sengaja dia menyimpan video semalam tanpa memadamnya untuk mengikat Thalia jika wanita itu berniat melakukan sesuatu di belakangnya.Jadi dia terlebih dahulu menyediakan umpan sebelum ikan terlepas.

Apabila berpuas hati melihat keadaan Thalia Rose,Mateen menyambung urusan kerjanya kembali.Banyak dokumen yang perlu dia semak dengan teliti sebelum menurunkan tandatangan sebagai kebenaran untuk meneruskan sebarang urusniaga.Kebanyakannya berkait rapat dengan beberapa projek Mega yang memerlukan dana yang besar hingga jutaan ringgit dari syarikatnya.

Mateen tiba-tiba menggelengkan kepala bila memikirkan bekas suami Thalia Rose yang sanggup menjual isterinya dengan nilai 100 ribu ringgit.Jika lelaki itu meletakkan harga yang lebih tinggi,Mateen juga tidak keberatan untuk menerima tawaran itu.

Nasibnya baik,dia menyelidiki kehidupan Thalia Rose.Jika tidak wanita itu pasti akan tergadai pada tangan lelaki lain.Memikirkan itu sahaja boleh mengundang rasa ingin membunuh lelaki tak guna itu.Hilman berjaya mengetahui tentang masalah syarikat kecil Nazrin Haqq melalui penyiasat persendirian.Mateen pantas menyusun rancangan untuk memancing perhatian Nazrin Haqq.

Namun rancangan mereka tidak melibatkan talak yang dijatuhkan Nazrin pada Thalia Rose sama sekali namun takdir menyebelahinya kali ini untuk lebih mudah menguasai Thalia Rose dan memilikinya secara mutlak secara sah sedikit masa lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience