"Sayang!!...Open the door!"
"Sebelum hubby pecahkan pintu,baik sayang buka!"
"Tok...Tok...Tok!!"...
Mateen masih mengetuk pintu bilik tetamu tanpa jemu.Thalia sudah menyandar dipintu,tubuhnya terasa lemas dan melorot jatuh ke lantai.Tangannya memeluk kemas kedua kakinya dan ditarik ke dada.Thalia melepaskan tangisannya di atas lututnya.Hatinya sakit dengan penipuan Mateen yang mempermainkannya.Mateen yang mendengar tangisan isterinya semakin gelisah di luar pintu.Pertelingkahan mereka terus tercetus selepas pulang dari majlis pernikahan Alex dan Tengku Isabella.Thalia bertindak mengurungkan diri sebaik masuk ke dalam rumah.
"Tok...Tok...Tok!!!"
"Sayang buka pintu!...Baby dah nangis ni!"
Mateen memangku baby Zayn Damien yang sedang menangis kuat kerana lambat diberi susu.Mateen sengaja tidak mahu memujuk anaknya kerana mahu memancing Thalia Rose supaya membuka pintu.Mateen yakin tangisan anaknya akan menarik perhatian isterinya kerana kelemahan isterinya adalah anak-anaknya.
"Klack!!!"
Senyuman memekar di bibir Mateen bila pintu bilik sudah di buka.Idea liciknya berhasil memerangkap Thalia Rose.Mateen mencium pipi tembam baby Zayn Damien kerana secara tidak langsung si kecil telah membantunya.Thalia hanya membuka pintu dengan bukaan kecil sahaja,tangannya di hulur untuk mengambil anaknya namun Mateen menerobos masuk dengan membawa anaknya yang masih meragam.
"Sini sayang!...Anak mama nak susu ya?"...
Tanpa membuang masa Thalia mengambil anaknya dari pangkuan Mateen.Thalia Rose langsung tidak peduli pada Mateen yang memerhatikan dirinya dan hanya menyusukan si kecil Zayn Damien yang kelihatan sangat haus.Mata hazelnya menatap wajah anaknya yang betul-betul copy paste papanya, Mateen Darin.Mengingatkan wajah suaminya rasa sebal dan sakit hati mencucuk-cucuk dihatinya.Mati-mati dia dipermainkan oleh penipuan Mateen selama ini.Ikatan pertunangan yang tidak pernah wujud hanya wayang yang sengaja diada-adakan oleh suaminya untuk mendera emosinya sebagai hukumannya melarikan diri dulu adalah sangat kejam dan jahat.Lagi pula Mateen menghukumnya ketika dia dalam keadaannya yang sarat mengandung anak-anak kembar mereka.
"I'm sorry sayang!!"
Mateen memohon maaf dan duduk berlutut di depan Thalia Rose yang sedang menyusukan baby Zayn Damien.Tangisan si kecil sudah tidak kedengaran lagi bila sudah mendapat apa yang dimahukannya.Mateen menatap lekat anak matanya ke arah wajah Thalia yang masih menunduk.Wajah isterinya jelas sembap dengan airmata.
"Sayang please forgive me!"
Mateen mengelus tangan isterinya yang hanya diam tanpa sebarang bicara.Thalia bagaikan tidak sudi memandang ke arahnya.Mateen menjatuhkan mukanya ke ribaan Thalia kerana kegeraman dengan sikap tidak acuh wanita itu.
"Sayang please talk to me!"...
Rayuan demi rayuan suaminya langsung tidak diendahkan oleh Thalia.Tiba-tiba dia rasa berdendam mahu membalas segala perlakuan Mateen terhadap dirinya.Thalia bangun dan terus meninggalkan Mateen terkulat-kulat melihat langkah isterinya pergi menjauh.Thalia naik ke aras atas menuju ke bilik Mateen.Sejak seminggu yang lalu dia berpindah semula ke bilik suaminya kerana arahan Mateen.Thalia meletakkan baby Zayn Damien di sebelah adiknya Zarra Darilynn yang sedang nyenyak tidur.Thalia masuk ke bilik air untuk membersihkan diri sekaligus cuba menenangkan dirinya yang masih dibaluti emosi.
**************
Flash back
"Tahniah Abang Izrael and Bella!"...
"Sister -in-law!...I'm sorry okay sebab tak berterus terang dari awal tentang hubungan kami!"
Alex cuba mengambil hati Thalia yang kelihatan sedikit bercelaru dan kebingunggan.Mungkin masih cuba mencerna situasi yang baru sahaja terjadi.Tiada lagi senyuman mesra yang menghiasi wajah cantik wanita itu.Thalia hanya mampu mengangguk kepalanya,apa lagi yang mampu dia lakukan.
"Alexander,kami beransur pulang dulu ye!"...Tan Sri Haiqal dan Puan Sri Qamariah mencelah perbualan mereka dan mereka berpamitan mengucap selamat tinggal dan bergerak ke kereta masing-masing.
"I hate you!!"....
Tempikan Thalia bergema kuat di dalam kereta.Mateen cuba menepis pukulan Thalia yang sudah menggila dengan amukan.Tangan kecil Thalia tanpa henti memukul tubuh dan wajah Mateen namun lelaki itu hanya membiarkan sahaja.Mateen hanya menerima pukulan walaupun badannya sudah terasa sakit.
"Kenapa...kenapa kau buat aku macam ni hah?"..
"Stop it sayang!...Watch your language!...Don't be rude with me!"....
Mateen mula naik angin dan suaranya mula meninggi bila isterinya menggunakan bahasa kasar.Dia tidak boleh menerima bahasa kau dan aku yang Thalia gunakan.Jika tadi dia berusaha tidak berkasar dengan wanita itu namun sekarang Mateen pula menyinga.Hilman semakin melajukan kenderaan supaya cepat sampai ke destinasi mereka.Hatinya tidak kuat mahu melihat pertelagahan suami isteri itu.Thalia terdiam dan hanya menangis di sudut pintu kereta.Thalia kalah dan akan sentiasa kalah dengan seorang Mateen Darin yang umpama diktator yang berkuasa dalam rumahtangga mereka.
**********************
Mateen duduk bersandar lesu dikerusinya.Walaupun jasadnya berada di pejabat,namun fikirannya melayang memikirkan kedinginan Thalia Rose terhadapnya sejak terbongkarnya penipuannya.Bukan setakat dingin malahan Thalia sering mengelakkan diri bila dia meminta haknya sebagai seorang suami.Wanita itu sengaja menyeksa jiwa dan batinnya.Otaknya berserabut dengan layanan isterinya,rambutnya di genggam kuat melepaskan rasa stress.
"Arghhhhhhh!!!....Prangggg!!!"
Mateen menjerit kuat dan membaling cawan kopinya hingga berderai di lantai.Hilman yang mendengar bunyi pecah tergesa-gesa masuk ke dalam ruangan tuannya.Terbuntang matanya melihat keadaan Mateen yang tidak terurus.Sebentar tadi masih elok penampilannya,kini sudah jadi kucar-kacir dan berantakan.
"Tu...tuan tak apa-apa ke?"...
"Hilman!!!"....Mateen bersuara dan kembali terdiam.Dia kelihatan sangat menyedihkan pada pandangan Hilman.Tiada lagi sosok lelaki angkuh bergaya dan dominan.Jika dilihat sekarang Mateen seperti lelaki yang kehilangan jiwa.
"Ya Tuan,apa yang boleh saya bantu?"...Hilman mendekat dengan tuannya yang sedang telungkupkan kepalanya di meja kerja.Semakin parah kondisi tuannya hari ini.Hampir sebulan tuannya bekerja dengan emosi yang tak menentu lagaknya seperti perempuan datang bulan.Amukan dan mencari salah staff-staff menjadi hobi barunya setiap hari sebelum memulakan kerja.
"Aku perlukan hiburan Hilman!...Malam ni bawa aku pergi club yang paling famous!"
Hilman tersentak mendengar permintaan Mateen.Tuannya sangat setia,tidak mungkin Mateen Darin mahu mencari hiburan di luar.Hatinya mula rasa tak tenang kerana dia kenal siapa Mateen.Tuannya juga tidak pernah pergi ke tempat-tempat sosial seperti itu.Sebelum ini,separah mana pun hatinya terseksa,Mateen belum pernah memintanya untuk berhibur dengan wanita sembarangan.Hilman menggaru kepalanya yang tidak gatal,cuba mencari akal untuk mengelakkan tuannya pergi ke tempat seperti itu.
"Tuan saya call Puan Thalia teman bos dekat sini!"
"Hahahahahah!"...Mateen ketawa kuat sambil menghempaskan badan sasanya di dada kerusi dengan kuat.
"Kau serious Hilman!"....
"Muka aku pun dia tak sudi nak tengok lagi kan pula nak layan aku!"
"Booking mana-mana girl dekat club yang penting bersih!"...Kali ini mata Hilman betul-betul terbelalak.Terkedip-kedip matanya dengan rasa tak percaya.Dadanya terasa sesak dan dahinya berkeringat dingin.Tuannya kelihatan sangat tekad kali ini dan seperti sudah berputus asa untuk setia pada seorang Thalia Rose.Hilman meneguk salivanya kasar,tuannya mahu membuat onar malah dia yang terasa berdosa.
"Tu...tuan ingat anak-anak tuan!"...Hilman cuba mengingatkan tuannya namun dia yang menikus sendiri bila Mateen menjerkahnya.
"Kau keluar!!!"...Ikut arahan aku!"...Mateen menjerkah dan membaling segala benda yang ada di atas mejanya ke arah Hilman.
maaf sangat2 ye pembaca lambat update chapter terbaru.
Share this novel
tq update
teruskn update sis.... hahaha... meteen ko ni jolok sarang tebuan