Chapter 18

Romance Completed 627323

"Arghhhhhhhhhh"

"Bastarddd!!!!".....Macam mana kau buat kerja hah?"

"Ma....maaf Tuan,my fault!"..Tergagap-gagap Hilman menjawab sambil menundukkan kepala.

Mateen masih cuba menelefon Thalia Rose berkali-kali namun hanya bersambung dengan suara operator menyebabkan Mateen bengang sendiri.Iphonenya di hempas ke dinding sehingga berkecai.Hilman memandang ke arah iPhone yang sudah berkecai,nasiblah aku benda bernyawa jika tidak pasti akan berakhir seperti itu jua.

"Kau dah minta penyiasat kesan nombor telefon puan?"

"Sudah Tuan!...Masih tidak boleh dikesan sebab puan off telefon!"

"Aaaaaaaaaaaaa.....Rose!"

"What have you done?"...Mateen mengamuk dan menolak segala benda yang ada di atas meja kerjanya.

"Bagi aku tengok rekod CCTV dekat klinik!"

Hilman segera membuka laptop dan meletakkan di hadapan tuannya yang sedang menekur meja dan tangannya meramas rambut.Dia faham tuannya sangat tertekan dan berserabut.Nampaknya Puan Thalia tidak pernah serik main kejar-kejar dengan tuannya.Dasar egois dan sama-sama keras kepala,ngumpat Hilman lagi kegeraman kerana turut terkena tempiasnya.

Mateen tekun melihat paparan di skrin laptop.Video record CCTV dari rumahnya juga disemak kembali.Kelihatan Thalia mundar -mandir dengan telefon dan beberapa ketika wanita itu menangis dalam masa yang agak lama sebelum kembali naik ke tingkat atas.Kemudian video terbaru hari ini, Mateen melihat setiap aksi isterinya lakukan seperti sudah dirancang terlebih dahulu.Sememangnya apa yang menyebabkan isterinya bertindak melarikan diri daripadanya.Terimbas kembali perlakuan Thalia pada pagi tadi membuatkan Mateen semakin kesal kerana tidak dapat mengesan kejanggalan yang wujud dalam tingkah laku isterinya.

"Where are you going sayang?"...

*********************

Heritage Hotel menjadi pilihan Thalia Rose untuk menjadi tempat penginapannya.Dia berdiri di balkoni menikmati kehijauan alam semulajadi.Thalia memeluk tubuhnya bila angin sejuk datang menyapa tubuhnya.Terasa sedikit mengigil badannya dengan cuaca sejuk sebegini namun dia teruja untuk memulakan lawatan ke beberapa tempat yang menarik di tanah rata terutamanya ladang strawberry.

Thalia Rose duduk termenung melihat ke luar tingkap lutsinar cafe Herritage Hotel.Rintik-rintik hujan yang sedikit kasar membantutkan agendanya untuk melawat ke ladang strawberry dan ladang lavender.Akhirnya dia melepak di cafe hotel sahaja.

"Excuse me,miss!"....

Teguran itu di balas dengan senyuman manis dari Thalia.Bersinar matanya melihat hidangannya sudah sampai.Thalia memilih Sirloin Steak dan Spagethi Carbonara serta fresh oren.Seleranya naik mendadak sejak kebelakangan ini namun tiada masalah baginya kerana berat badannya susah naik kecuali bahagian perutnya yang kelihatan sedikit membukit.Thalia menikmati hidangannya tanpa mempedulikan keadaan persekitaran yang agak bising dengan suara orang berbual dan bunyi dentingan sudu yang saling bertingkah.

"Can I sit here miss?"...

Thalia mendongakkan wajahnya melihat ke arah susuk tubuh di hadapannya.Bagaikan tidak percaya dengan pandangan matanya,lelaki yang mencampaknya beberapa bulan yang lalu berdiri didepannya kembali.Lelaki yang menjebaknya ke dalam kehidupan Mateen Darin dengan cara paling jijik.Kenapa hidupnya perlu terlibat dengan lelaki-lelaki seperti mereka.Dua orang lelaki yang penuh dengan kegilaan.Thalia bangun dan melangkah pergi tanpa menghiraukan panggilan Nazrin Haqq yang mengejar langkahnya.Emosinya sangat terganggu dengan kemunculan lelaki itu.Kelukaan semalam belum berlalu,kini luka apa lagi yang akan menguris hatinya lagi.

"Lia..please!..we need to talk"..

"Lia dah kahwin,kita boleh nikah semula kalau Lia bercerai!"

Nazrin Haqq dengan berani menyentap tangan Thalia Rose bila wanita itu tidak mengendahkan kata-katanya hingga langkah wanita itu terhenti secara mendadak.Thalia hampir tersungkur ke depan namun tangannya sempat mencengkam lengan Nazrin Haqq menyebabkan kedudukan mereka terlihat sangat rapat.

"Rose!!!!!".......

Ibarat tertangkap basah bila suara tempikan itu memenuhi ruang legar bahagian lobi hotel.Takut dan malu bila banyak mata melihat ke arah mereka.Bala apa lagi dia kena hadap kali ini.Bagaimana Mateen Darin boleh menjumpainya secepat ini.Hatinya menangis mengenangkan nasibnya yang tidak pernah menyebelahinya.Mateen sudah menariknya menjauh dari Nazrin Haqq.Tangan Thalia yang dipegang Nazrin Haqq sebentar tadi digenggam dan diramas kuat dengan tangannya bagaikan mahu menghilangkan kesan dari sentuhan lelaki itu.Aura tegang menyelubungi mereka saat ini.

Mateen menarik paksa Thalia mengikutnya keluar meredah hujan menuju ke kereta.Nazrin Haqq juga enggan mengalah dan terus mengejar langkah mereka menyebabkan Mateen mengamuk di tengah kehujanan.Teruk Nazrin dibelasah oleh Mateen sebelum menarik isterinya masuk ke kereta.

Thalia hanya mampu menangis menghadapi amukan Mateen kali ini .Badannya yang basah lencun dengan cuaca sejuk terasa mencengkam hingga ke tulang.Tubuhnya menggigil teruk malah Mateen sengaja menderanya dengan memasang aircon tahap paling kuat.Bentakan,jeritan dan amukan Mateen memenuhi ruang kereta sepanjang perjalanan yang entah ke mana.Mateen seperti kerasukan membawa kereta laju dengan keadaan jalan yang licin dan berselekoh tajam membawa terbang semangat Thalia yang semakin melemah.

Kepala Thalia pusing kerana kereta yang bergerak terhuyung-hayang menyebabkan rasa mual.Makanan yang baru di makan sebentar tadi belum sempat terhadam sempurna sudah keluar semula.Matanya juga rasa berpinar-pinar sebelum semuanya menjadi gelap gelita.

*****************

"Tahniah Tuan!"..

"Kalau mengikut USG,kandungan Puan Thalia dah masuk empat belas minggu!"

Mateen masih termenung jauh memandang ke arah Thalia Rose yang masih belum sedar.Dia masih tak percaya zuriatnya sedang membesar dalam tubuh wanita ini.Bibirnya mengoyak senyuman lebar tanpa sedar.Akhirnya kaki dan tangan Thalia Rose sudah terikat mati dalam sebuah ikatan perkahwinan dan kekeluargaan.

" Hubbyyyy....Sejukkkkk".......Thalia meracau dalam tidurnya.

Mateen melangkah merapati katil,lalu membuka kesemua pakaiannya kecuali boxer sahaja yang tersisa.Thalia sudah pengsan tanpa sehelai benang pun untuk proses kebahkan demamnya yang agak tinggi.Mateen mula memanjat katil merapatkan kedudukan untuk berkongsi haba daripada badannya melalui 'proses skin to skin'.Tangannya naik menyentuh permukaan perut isterinya yang sudah terasa membukit sedikit.Dahi isterinya dikucup lama menzahirkan rasa cinta matinya kepada Thalia Rose.

"Baby papa jangan degil macam mama ye"!..

"Papa penat nak kejar,mama asyik lari!"....Mateen menitipkan pesan dan mengadu dengan anaknya di perut Thalia hingga terlena sendiri.

*******************
"Ding...Dong...Ding...Dong"

"Sayang....Sayang!"..Mateen mengumam dengan suaranya yang serak.

Mateen terpisat-pisat meraba tilam di sebelahnya.Kepenatan dan kesejukan membuatkan matanya memberat sukar dibuka.Dalam keterpaksaan kakinya menapak ke arah pintu.

"Tuan!"...Hilman menjatuhkan pandangan matanya bila tuannya terlampau seksi hingga terseksa matanya melihat.

"Puan Thalia sudah pergi ke ladang strawberry lima belas minit yang lepas!...Adit mengawal puan dari jauh!"

Terbuka luas matanya bila mendengar kata-kata Hilman.Wajahnya dipaling melihat ke arah katil,sememangnya sudah hilang lagi.Tangannya naik memicit pelipis,kepalanya pening dengan kedegilan Thalia yang semakin menjadi-jadi semenjak kebelakangan ini.Mungkin juga pembawakan 'mommy to be' agaknya.

Mateen santai mengenakan jeans biru muda dan kemeja putih yang disinsing tangannya hingga ke siku.Dia hanya bersandar di badan kereta sambil berpeluk tubuh memerhatikan isterinya yang kelihatan seronok memetik strawberry.Sesekali wanita itu memasukkan stawberry ke mulutnya.

"Ehemmm!"....

"Datang sini ada minta kebenaran hubby dulu ke?....Belajar tak dulu,keluar rumah tanpa izin suami boleh dianggap nusyuz!"....Mateen bersuara tegas dari belakang Thalia.

"Buat apa datang sini?...Thalia bertanya malas.Dia baru mahu berseronok tetapi lelaki ini datang ingin mencari gaduh dengannya.

"Cari isteri hubby lah?...Kenapa,nak cuba lari lagi?"....Thalia berpaling kerana terasa sedikit beremosi dengan soalan yang ditujukan kepadanya.

"Tak perlu bersusah-payah mencari perempuan yang boleh dijual beli seperti saya!"...

"Umphhh!"....Mateen memagut kasar bibir Thalia kerana marah dengan kata-kata yang terlafaz dibibir isterinya.

"Hmmmm...sedap,rasa strawberry!"...Mateen tersenyum sambil menjilat bibirnya menggoda.

"Jantan semuanya sama!..Semuanya tak guna!"...

Thalia menjerit kuat di tengah-tengah ladang strawberry.Mateen yang melihat emosi isterinya tidak stabil,mendongak ke langit seketika dan memejam matanya cuba menyabarkan hati.

"Awak pergi cari wanita yang bakal jadi isteri baru awak!...Jangan pedulikan saya lagi dan tinggalkan saya!"...

Mateen betul-betul menyinga kali ini.Isterinya ternyata tak pernah serik dengan apa yang berlaku dalam hubungan mereka.Thalia tidak pernah mahu menghargai perasaannya terhadap wanita itu.Apa hatinya sudah menjadi sekeras batu.

"What the hell!"...

"Perempuan mana yang sayang cakap ni!"...Suaranya sudah naik melenking.

"Tak payah pura-pura hilang ingatan la Tuan Mateen!..

"Semalam berseronok hari ni dah lupa?"..Thalia mula menyinis.

"Bila saya call awak,bakal isteri awak yang angkat!"...

"Saya dengar semua conversation awak dengan dia semalam,so jangan cuba memperbodohkan saya lagi!".

"Hey!!!"....Watch your words dear!..Remember who you talking with!..I'm your husband!...Please respect me!"...Thalia sudah terbungkam dengan esakan.

"Lepaskan saya!...

"Thalia Rose binti Norman Hakimi!!!!".....jangan melampaui batas!...Mateen sudah bertempik marah.

"Saya nak berpisah,kita cerai saja..Thalia berkata perlahan seperti orang yang sudah berputus asa.

"In your dream Thalia Rose!...Never!"

"Talaq is my right not yours!

next chapter baru kita bagitaw ye sape someone special tu..jangan marah ye kalau chapter2 pendek,kering idea.

Share this novel

Lisa Halik
2022-02-07 00:28:51 

mateen pun satu cuba terus terang ini tidak,macanmanalah thalia ni meroyan terus

Hawani Hashim66
2021-06-18 13:48:14 

tqvm Hermey next please

Asidah Abdullah
2021-06-18 06:49:35 

faster update plase jangan slow sangat tak sabar tunggu chapter seterusnya


NovelPlus Premium

The best ads free experience