Chapter 15

Romance Completed 627199

"Abanggg!"...

"Sis in law..we're here!"..
Maleeq Dayyan melambai-lambai tangan ke arah Mateen dan Thalia Rose.

Mateen merangkul pinggang ramping Thalia dan beriringan menuju ke arah meja ahli keluarga yang sedang menunggu mereka.Thalia hanya mengekori langkah Mateen.Selepas menyalami ibubapa mentuanya Thalia melangkah ke arah kerusi bersebelahan dengan Maleeq yang masih kosong.Mateen pula duduk berhampiran dengan Daniel Shah.Thalia tidak bermasalah dengan hal remeh sebegitu.

Thalia agak berselera menjamu selera kerana dia agak kelaparan menunggu Mateen habis meeting.Maleeq yang sangat rajin melayannya berulang alik mengambil makanan buffet untuknya membuatkannya semakin semangat makan tanpa mempedulikan keadaan sekeliling.

"Hai beauty!"...

"Uhuk...uhukk"...

Thalia tersedak bila mendengar suara itu.Mukanya memerah dan kolam matanya berair bila tersedak semasa makan hidangan pedas.Mateen segera merapati isterinya bila Alan Lee ingin menghulurkan tangan menggosok belakang Thalia.

"Don't ever dare touch my wife!"...Mateen menepis kasar tangan Alan Lee.

"Relax dude!"...Alan Lee angkat tangannya tanda menyerah.

Maleeq yang melihat situasi itu terus menukar tempat dengan abangnya.Qistina Humaira pula selamba menarik kerusi dan duduk menikmati makanan.

"Encik,jemput duduk"...

Thalia mempelawa Alan Lee duduk kerana rasa bersalah pada lelaki itu tempoh hari sehingga mendatangkan kecederaan.Mateen yang bengang dengan tindakan Thalia terus meramas peha wanita itu dengan kuat hingga berkerut wajah Thalia menahan sakit.Bila matanya bertemu pandang dengan Thalia,Mateen memberi tatapan penuh amaran.Thalia yang faham dengan isyarat Mateen terus menutup mulutnya dan hanya tunduk menikmati hidangannya.

"Alan..Qistina macam mana mama kamu?...Dah elok demamnya?"..Tan Sri Haiqal bertanya menghilangkan suasana sunyi di antara mereka.

"Mama dah semakin sihat Pak Ngah"...Alan Lee menjawab sebagai wakil.

"Rose!..sebelah Rose tu Alan Lee,abang tiri Qis!"..Thalia hanya mengangguknya sedikit kepalanya tanpa suara.

"So beautiful!"...Alan Lee mengumam perlahan.Matanya tidak lepas dari menatap raut wajah Thalia Rose hingga Mateen naik berang dengan situasi itu.

"Abang Alan bila nak kahwin?"...Maleeq cuba menghangatkan suasana.

"Belum ada calon lagi Maleeq,my beauty pun dah kahwin,kalau tak abang da masuk pinang dah!"..Alan Lee melirik gatal ke arah Thalia Rose.

"Owhh kalau yang beauty dekat depan ni,Maleeq pun nak masuk meminang kalau single lagi!"...Maleeq menunjukkan tanda peace bersama senyuman jokernya namun jelingan tajam Que mematikan gurauannya.

"Sayang,jom balik!...Kesian Hilman dah tunggu lama!"...Mateen memberi alasan dan selamba membawa isterinya pergi meninggalkan mereka selepas berpamitan dengan daddy dan mummynya.

***********************

Hujung minggu Mateen membawa Thalia Rose pulang ke kediaman keluarganya kerana ada majlis tahlil di sana.Thalia kelihatan seronok membantu ibu mentuanya menyiapkan hidangan bersama pembantu rumah.

"Mummy hari ini majlis tahlil untuk arwah siapa?"..

"Mateen tak beritahu Rose?"...Thalia hanya mengelengkan kepalanya sebagai jawapan.

"Hari ini tahlil untuk anak sulung mummy,Mirza Dhani..Abang kembar Mateen!"

"Denggggg!"

Terhenti segala pergerakan Thalia Rose demi mendengarkan jawapan itu.Pelbagai andaian bermain di benaknya.Otaknya tepu tidak mampu mencerna lagi apa yang berlaku di sekelilingnya.Thalia sudah hanyut di dalam dunianya sendiri.

"Sayang!!!".....Tengkingan Mateen menariknya kembali ke dunia nyata.

"What are you doing huh?"...membulat mata Thalia Rose bila wajah menyinga Mateen di depan matanya sambil memegang tangannya yang sudah luka berdarah.

"Er....err....Hubbyyyy!!!!!!"....Thalia mula menangis dan masuk ke pelukan suaminya.Tangisan yang perlahan semakin menjadi-jadi bila Mateen memujuknya.Mateen buntu melihat kerenah Thalia Rose yang masih melekat di badannya.Belum pernah Thalia buat perangai nak bermanja seperti ini namun Mateen Darin suka.

"Daddy...Daddy!!!"....

Thalia tersentak bila mendengar suara anak kecil itu.Dia membuang pandang pada wajah kecil Daniel.Lama matanya menilik wajah itu.Matanya berubah arah ke arah wajah Mateen pula.

"Hubby!!..Nama penuh Daniel apa?"

"Why!"..

"Just answer me!"

"Daniel Shah bin Abdullah!".

Thalia menangis lagi.Kali ini tangisan lebih teruk seperti meluahkan segala kesakitannya.Mateen sudah tahu cerita keseluruhannya.Niatnya malam ini ingin merungkaikan kesalahfahaman dan fitnah yang Qistina Humaira palitkan padanya sehingga Thalia Rose pergi dari hidupnya namun aib keluarganya juga akan terdedah jika kebenaran terungkai.Tubuh isterinya di peluk erat.Jiwanya juga sakit sepertimana isterinya rasakan.Mereka sama-sama menjadi mangsa keadaan.

******************

Usai majlis tahlil arwah,Mateen mengumpulkan ahli keluarganya tidak terkecuali keluarga Qistina Humaira.Mateen memulakan dengan menceritakan segala apa yang di lakukan oleh Qistina Humaira tiga tahun lalu.Dia perlu meleraikan segala persoalan demi rumahtangganya.

"Apa tujuan kau fitnah aku Qistina?"..Mateen bertanya garang pada wanita itu yang sudah meleleh dengan airmata.

"Arwah Abang Mirza tak nak bertanggungjawab,jadi Qis cuba...."

"Kau cuba nak perangkap aku jadi 'Pak 'Sanggup'?"...Suara Mateen naik satu oktaf.

"Kau tahu tak disebabkan perbuatan keji engkau,kami yang menanggung sengsara bertahun-tahun!"..Mateen sedikit sebak hingga kolam matanya bertakung dengan airmata.

"Bukan salah Qis sorang je dalam hal ni!..Thalia pun salah sebab tinggalkan abang tanpa usul periksa dan berkahwin dengan orang lain!"...Qistina sudah bertempik seperti orang kerasukan.Matanya mencerlung memandang ke arah Thalia Rose yang duduk di sisi Mateen.

"Qis yang setia tunggu abang selama ini tapi abang kahwin dengan perempuan janda tu!"..

"Qistina!!!!"...Tan Sri Haiqal mula masuk campur bila di rasakan Qistina sudah melampaui batas dan masing-masing saling tuduh menuduh

Thalia bangun berdiri di sisi suaminya yang masih menyinga dan memandang tepat ke wajah Qistina Humaira.

"Maira saya terpaksa tinggalkan Mateen demi kandungan awak!.."

"Saya juga seorang perempuan Maira,awak datang merayu demi anak dalam kandungan awak dengan menjebak saya dalam pembohongan awak!...Apa lagi yang saya boleh buat Maira?...Saya bukan seorang yang selfish!"

"Aku tak pernah terima dan aku akan pastikan rumah tangga kau tak akan bahagia!"...Qistina Humaira menjerit lantang sebelum berlalu pergi.

Suasana kembali tenang dan Tan Sri Haiqal memutuskan untuk tidak membenarkan Qistina Humaira tinggal bersama mereka lagi.Selama ini kehadiran wanita itu di rumah ini hanyalah kerana rasa tanggungjawab terhadap Daniel Shah.Walaupun anak kecil itu terlahir sebagai anak tidak sah taraf dan tidak layak mewarisi harta keluarga mereka namun mereka masih ingin jalankan tanggungjawab pada Daniel.

Share this novel

Linah Manguku
2021-06-16 01:45:34 

updte plz..


NovelPlus Premium

The best ads free experience