Chapter 21

Romance Completed 627323

"Divorce!!!"......

Mateen bangun secara mengejut menyebabkan semua kepala mendongak melihat ke arahnya yang sudah berdiri dengan muka yang merah menyala.Tangan Thalia yang masih ditangannya,digenggam kuat menzahirkan rasa sakitnya mendengar kalimah itu lagi.Mateen menurunkan Daniel dari dukungannya,tangan Thalia ditarik supaya ikut bangun di sisinya.

"Bergegar tiang arasy jika seorang isteri meminta cerai sayang!"...

"Perkara halal yang dibenci Allah adalah talak,jadi jaga percakapan sayang!"...

Mateen berkata dengan lantang.Rasa kesal terlahir di hatinya kerana terlanjur bergurau hal sensitif sebegitu.Matanya tajam melihat ke arah isterinya yang masih menunduk melihat ke bawah.

"Maaf!!..sayang tak suka berkongsi,jika hubby ada niat berpoligami,silakan dan bila-bila masa pun boleh sebab hubby cukup segala ciri-ciri untuk berpoligami cuma ikut syarat sayang dulu."....

Thalia mengangkat wajahnya dengan berani memanah pandangan tajam suaminya.Semua yang berada di situ hanya diam membungkam.Tidak lagi berani berkata-kata bila suara Mateen sudah naik seoktaf.Keberanian Thalia kali ini mencabar sedikit keegoan Mateen.

"Hahahahahaha!!!".....Mateen ketawa kuat dengan tiba-tiba sambil kepalanya didongakkan ke dada langit yang gelap gelita.Tangan merangkul erat pinggang isterinya.

"You so naive sayang!...Jika hubby mahu berkahwin,dengan apa cara sekalipun hubby boleh lakukannya,cuma hendak dengan tak nak sahaja!...

"Don't you remember about us before?"....Mateen berbisik perlahan ditelinga isterinya menyebabkan langkah Thalia terundur sedikit ke belakang.

Mateen menjawab dengan sedikit angkuh kali ini,tidak mahu kalah dengan isterinya yang suka menyebut tentang perpisahan.Alang-alang sudah terlanjur bergurau baik teruskan permainan mereka.Thalia juga masih melawan pandangan membunuh suaminya,hatinya sedikit terkesan dengan bisikan suaminya tentang cara penyatuan mereka.

"Just do what you want,I will not stop you!...but marks my words Dato' Mateen Darin..

"Jika hubby melakukan kesalahan sekali lagi,sayang tidak akan teragak-agak untuk pergi dari hidup hubby".

"Sayang akan lari dan bawa baby sekali dan hubby tak akan jumpa kami lagi kali ni!"

Thalia Rose tersenyum kemenangan bila semua yang ada di situ terdiam dengan kata-katanya.Mateen juga terkelu lidahnya dengan ugutan isterinya namun kemarahannya semakin memuncak dengan kenyataan yang keluar dari bibir isterinya.

"Don't you dare to think about it,sayang!'"...Hubby akan cari sayang sampai lubang cacing sekalipun jika sayang berani lari lagi".

"Dan hubby akan pastikan sesiapa yang cuba menjadi 'gunting dalam lipatan' dalam rumahtangga kita membayar dengan harga yang tinggi jika terjadi sesuatu kali ini!"..

Mata Mateen beralih menatap tajam ke arah wajah-wajah yang masih melihat drama mereka.Pandangan penuh dengan amaran yang cuba di sampaikan kepada mereka sebelum Mateen membawa pergi isterinya masuk ke dalam rumah meninggalkan mereka yang masih diam tidak terkutik.

"Ehem...ehem!!..Cinta mati betul Mateen dekat wife dia tu!...Agak-agak apa yang jadi kalau ada yang berani kacau rumahtangga dia ye!"....Aiman cuba memecahkan keheningan di antara mereka.

"Apa lagi bang,hancur la hidup 'haiwan perosak tu!"...Berdekah ketawa Maleeq dan Aiman dengan jawapan anak muda itu sedangkan dua wanita disamping mereka masih dengan wajah mencuka.

*********************

Thalia masih cuba fokus melakukan kerjanya menyemak kertas-kertas putih yang bercetak dihadapannya.Namun pandangannya semakin berbalam-balam melihat huruf dan angka yang tertulis di dada kertas.Jarinya naik memicit pelipisnya untuk mengurangkan rasa sakit kepala.Tangan sebelah lagi memegang perutnya yg semakin membulat kerana rasa sebu dan tidak selesa.

"Why sayang?"....Mateen bertanya bila perasan tingkah isterinya yang tidak selesa dengan wajah memucat.Mateen bangun ingin mendekati isterinya namun Thalia terlebih dahulu bangun dan berlari anak bergegas mahu ke toilet.

"Hey! Watch your steps sayang!" Mateen berlari mendapatkan isterinya yang sudah sumbang langkahnya kerana terpijak kain dress 'fishtail' yang sedikit meleret ke lantai.Laju tangan Mateen merangkul dan mendorong tubuh Thalia ke dadanya.Jantungnya berdegup kencang menghadapi situasi seperti ini.Thalia masih tergeleng-geleng dengan kolam matanya penuh dengan airmata menolak rangkulan suaminya. Tangannya naik menekup mulutnya bila isi perutnya sudah terasa di hujung anak tekak yang menjolok mahu keluar.Akhirnya Thalia sudah tidak mampu menahan dan sekali lagi dia termuntah di badan suaminya.

"Uweekkkkk!!!".....

Mateen hanya mampu pasrah dan mendongak ke atas melihat ke arah syiling.Matanya terpejam bila terasa cecair hangat terkena dadanya.Tangan besarnya menepuk-nepuk belakang isterinya yang masih terkial-kial melepaskan sisa muntahnya.

"Sorry again hubby!!"...Thalia berkata lemah.

"It's okey not your fault!...Mateen tersenyum melihat wajah pucat isterinya yang mencebik ingin menangis.

"Baby papa ni naughty ye kat dalam!...Kasihan mama dia!...Muntah-muntah segala!".....

Mateen mengusap lembut perut membukit Thalia yang sudah masuk bulan ke lima.Mateen tersenyum lebar bila terasa sesuatu bergerak di dalam sana.Sedikit masa lagi mereka akan bergelar papa dan mama.Hatinya tidak sabar menanti moment indah pertama kali melihat zuriatnya.Bagaimanakah keadaannya ketika itu?Menangis gembira atau terus pengsan di dalam labour room.

****************

"Klackkk"!!

Mateen masih tekun menyambung kerjanya yang tertunggak kerana kejadian sebentar tadi.Thalia sudah tertidur di dalam ruangan peribadinya.Isterinya akan sentiasa mengikutnya ke mana sahaja dia pergi kerana Mateen lebih tenang jika Thalia bersama dengannya tidak keseorangan di rumah.

"Daddyyyy".....

Mateen mengangkat kepalanya laju melihat ke arah figura yang berjalan menghampiri meja kerjanya.Daniel sudah berlari ke arah Mateen minta di dukung.Qistina pula melangkah dengan lemah gemalai ibarat model tengah membuat pertunjukan catwalks.

"Hilman,come in!"....Mateen menekan interkom memanggil PA nya segera,tidak mahu berlaku sebarang salah faham jika Thalia terbangun dan melihat mereka berdua-duaan sahaja.

"Abang Mateen....!!" Qistina meleretkan suara menggodanya.Mateen hanya menjeling tajam dengan pandangan dingin.Rasa meluat melihat tingkah laku tidak bermoral Qistina yang tergedik-gedik meraba badan sendiri.

"Tok...Tok...Tok!!"

"Come in ,Hilman!"

"Cik Qistina Humaira sila direct dengan PA I untuk sebarang perbincangan ye!"...

"I masih banyak urusan kerja yang perlu disiapkan,tidak boleh ditangguhkan lagi."

"Harap boleh beri kerjasama dan lain kali sila buat appointment dulu sebelum datang ke office I!"

"Who do you think you are?...even my wife knocked the door first before she entered my office!"...Mateen menyindir sinis kerana sudah muak dengan perangai gedik Qistina yang sesuka hati masuk ke ruang pejabatnya,kerana itu dia memasang sistem keselamatan pada ruangan peribadinya.

"Hilman !Please take note of this matter!"..I don't want this thing happen again!"....Mateen memusingkan badannya untuk kembali ke meja kerjanya tanpa mengambil pusing mimik muka Qistina yang sudah merah menahan marah dan tangisan.

"Yes tuan,understood!"...Hilman menundukkan kepalanya seketika menundukkan kepalanya seketika sebelum memandang ke arah Qistina.

"Sila Cik Qistina,arah sini..."Hilman menunjukkan ke arah sofa menunggu.

"No,it's ok!...I just want to pass an invitation card from my dad!"

Qistina berlalu pergi dengan rasa sakit hati dan amarah yang memenuhi rongga badannya.Dia nekad akan menghancurkan rumahtangga Mateen Darin dan Thalia Rose.Jika dia tidak dapat memiliki Mateen,jadi tiada sesiapa pun yang boleh memiliki lelaki itu.

*******************

Thalia Rose memakai dress berwarna hitam polos dan simple tetapi masih nampak elegant.Dress yang dikenakan oleh Thalia adalah potongan princess kerana Mateen tidak mahu menonjolkan bentuk perut isterinya.Walaupun simple tetapi seksi pada pandangan mata Mateen disebabkan dada isterinya kelihatan semakin berisi sejak berbadan dua.Hanya kerana isu itu Mateen 'bad mood' dan enggan berbicara dengan isterinya.

"Sayang,change your dress,it looks sexy for me!"...

Mateen mengutarakan pendapatnya bila isterinya sudah bersiap mahu keluar dari penthouse suite.Oleh kerana mengejar waktu,Thalia enggan menukar dress lain mengikut kemahuan suaminya.Mateen bad mood dan terus keluar meninggalkan isterinya sendirian.

"Tok...Tok...Tok!!"

Thalia membuka pintu dan melihat Hilman yang menunduk datang menjemputnya untuk turun ke bawah.

"Puan Thalia,Tuan arahkan saya untuk jemput puan turun ke bawah!...Tuan bersama keluarga Tan Sri sudah menunggu di bawah!"...

Thalia Rose beriringan dengan Hilman turun ke bawah tanpa sepatah perbualan pun di antara mereka.Hilman tidak berani mahu berbual mesra dengan Thalia,cukup dengan pandangan mata tajam tuannya dia sudah faham apa yang lelaki itu sampaikan.Mereka sampai di ballroom dan di sambut oleh keluarga Mateen yang sedang ramah berbual dengan beberapa rakan perniagaan mereka.

"Hai sayang!...Semakin berseri-seri menantu mummy ni!"....Puan Sri Qamariah memeluk mesra tubuh Thalia Rose.Maleeq juga tidak lupa datang mengganggu.

"Sis in law,I want a big hug too!...

Maleeq acah-acah menghulurkan tangan dan memeluk belakang mummynya.Thalia hanya ketawa dengan sikap nakal adik iparnya.Faham sangat niat Maleeq yang mahu menyakat abangnya yang selalu bersikap dingin.Thalia segera mendekati bapa mentuanya dan menyalami Tan Sri Haiqal dengan penuh hormat.Mateen masih dengan mood marah dan rajuknya.Namun tangannya tetap merangkul pinggang Thalia saat Alan Lee dan Qistina menghampiri mereka.

"Hi beauty,long time no see!...

"You look gorgeous and damn sexy with black dress!"...

Selamba Alan Lee menuturkan kata-kata manis tanpa mempedulikan Mateen yang sudah menegang wajahnya.Rangkulannya juga semakin kemas dipinggang Thalia menyalurkan rasa marahnya.

Riuh rendah meja mereka dengan gelak tawa Maleeq dan Alan Lee yang saling mengusik.Thalia hanya diam menikmati makanannya memandangnya suaminya masih bersikap dingin dengannya.

"I need to go to toilet!"...

Mateen bingkas bangun dan melangkah laju keluar dari ruang ballroom.Badannya terasa sangat panas dan membakar di dalamnya.Butang baju kemejanya di tarik kasar kerana laluan pernafasannya terasa sempit dan nafasnya menjadi laju.Mateen menyedut nafas panjang untuk menenangkan dirinya dan fokus untuk kekal waras.Iphonenya dicapai untuk memanggil Hilman.

"Beauty I miss u!...Don't you miss me?"...

"Uhukkkk...uhukkkk"....

Thalia tersedak dengan teguran Alan Lee yang tiba-tiba.Laju tangannya menyambar air untuk meredakan sedakannya namun masih juga tidak hilang.Maleeq menyuakan sisa air minuman Mateen kepada Thalia yang kelihatan masih terkial-kial mahu menghilangkan batuknya.Masing-masing kalut sendiri,Alan Lee bergerak mahu menolong namun terbantut dengan tegahan dari Maleeq.Qistina pula tidak mahu membantu dan pergi menghilangkan diri entah ke mana.

"Don't touch my sis in law!"...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience