Mateen melangkah santai keluar dari perut kereta.Kakinya terhenti seketika di hadapan pintu Zouk Club yang kelihatan meriah dengan lampu biru yang menyimbah memenuhi ruang dalamannya.Bunyi muzik yang gamat dengan pelbagai rentak memalu gegendang telinganya.Mateen menghela nafas kasar dan memajukan langkah masuk ke dalam club ekslusif yang terdapat di bandar Kuala Lumpur.Hilman laju mengejar langkah tuannya dari belakang.Dia perlu sentiasa berjaga dan peka dengan keadaan sekeliling untuk menjaga keselamatan tuannya.
Mateen dan Hilman dibawa melewati lantai tari yang sudah dipenuhi dengan manusia yang sedang terkinja-kinja menari dengan pelbagai aksi mengikut rentak lagu yang sangat rancak dimainkan.Mateen tidak menyukai suasana kacau dan bingit seperti itu jadi Hilman memilih bilik vvip untuk tuannya.Suasana bilik dengan simbahan cahaya yang sedikit malap menghadirkan rasa tenang,lebih-lebih lagi ruang udara bilik itu dipenuhi dengan haruman lavender.Mateen menghenyakkan badannya di sofa kulit yang tersedia didalam bilik vvip itu.Kedua tangannya naik merentang di bahu sofa dan kepalanya didongakkan dengan mata yang tertutup.Alunan lagu lembut dan romantis membuatkan jiwanya sedikit terbuai sehingga matanya hampir terlena.
Mateen masih kekal dengan posisinya sebegitu bila pintu dibuka dan dua orang wanita yang cukup seksi masuk membawa minuman dan kudapan untuk pelanggan.Hilman turut terkejut dengan kehadiran mereka kerana Hilman tidak membuat sebarang booking layanan wanita untuk tuannya walaupun Mateen mengarahnya sebegitu.Hilman panik seketika bila kedua wanita itu mahu mendekati Mateen yang kelihatan sudah hanyut atau pun sudah tidur-tidur ayam.
"Hey don't touch him with your dirty hands!"...Hilman bersuara perlahan namun suaranya ditekankan memberi amaran.
"Get out now!!"...Hilman mula bengang bila wanita-wanita malam itu degil dan masih mahu mendekati tuannya.Hilman menarik lengan salah seorang wanita yang sudah mula menggeserkan badannya di sisi Mateen.Akibat dari pergelutan kecil Hilman dan kedua wanita itu,salah seorang daripada mereka jatuh menyembam di dada Mateen.Bagaikan disedut masuk kembali rohnya ke dalam jasad,Mateen tersentak dan matanya automatik jatuh memandang ke dadanya.Tanpa sebarang amaran Mateen menolak kasar wanita yang menempel di dadanya.
Keadaan sedikit huru-hara bila Mateen mula mengamuk dan membuat kecoh.Matanya memandang jijik pada kedua-dua wanita malam yang masih cuba menggodanya.Dia langsung tidak bernafsu memandang wanita lain selain Thalia Rose. Beberapa orang bodyguard yang terlihat seperti ahli bina badan datang bersama manager club untuk menyelesaikan keributan yang dilakukan oleh seorang Mateen Darin.Kedua-dua wanita malam yang ditugaskan melayani Mateen masam mencuka dan menjeling tajam pada Hilman kerana tidak berjaya mendekati lelaki yang cukup pakej seperti Mateen.Jika sahaja lelaki itu minum walau seteguk air yang mereka bawa pasti mereka dapat melayani lelaki itu di ranjang.
"Maafkan kami Dato' Mateen,silap mereka menganggu masa berhibur tuan disini!"
"Kami akan menghantarkan gadis lain yang akan menemani tuan di sini!"
"Tap..tap...tap"...
Bunyi derapan kaki terhenti di depan pintu bilik vvip itu yang sedang terbuka luas namun kedudukan beberapa orang bodyguard yang sedang berdiri menghalang laluan menyukarkan Mateen mengesan kehadiran seseorang di sebalik susuk tubuh besar mereka.
"Excuse me sir!!"...
Mateen pantas mengangkat mukanya ke arah suara yang sangat dia kenali di balik tubuh bodyguard yang menghalang pintu.Teguran itu membuatkan semua mata berpaling ke arah figura seorang wanita cantik didepan pintu.Wanita yang berpakaian serba merah dengan rambutnya disanggul menampakkan lehernya yang jinjang dan putih bersih.Dress merah yang sedikit sendat dan terbuka dibahagian belakangnya membuatkan semua orang ingin mengintai dan mencuri pandang ke arahnya berkali-kali.
Mateen berdiri tegak dengan wajah yang membengis.Kepalan tangannya terlihat sedikit menggigil menahan marah.Wajahnya yang cerah sudah memerah dengan mata helangnya mencerlung tajam ke arah wanita yang berdiri di hadapannya dengan diiringi oleh dua orang pengiringnya.Hilman dan pengiring wanita itu hanya menunduk ke lantai tidak berani mahu memandang ke arah tuannya.Wanita itu tidak lain dan tidak bukan ialah Thalia Rose,isterinya sendiri.
"Keluar!!!"...
"Semua orang keluar!!!"....
Mateen berteriak kuat hingga keluar urat lehernya.Hilman seperti mahu memecut keluar bila tuannya memandang ke arahnya seperti mahu menelannya hidup-hidup.Niatnya hanya satu,tidak mahu tuannya terjebak dengan perempuan-perempuan sembarangan ketika emosi menguasai kewarasan diri.Dia kenal siapa Mateen dan bagaimana keperibadian tuannya.Jika tuannya seorang yang suka bermain perempuan sudah lama lelaki itu menjadi playboy yang berjaya sejak dulu lagi,tidak perlu sengsara mengejar Thalia Rose.
"What are you doing here?"...
Mateen mendekati isterinya yang masih setia berdiri di muka pintu walaupun semua orang sudah tinggalkan mereka berdua di ruangan vvip.Mateen berjalan mengelilingi tubuh isterinya dan terhenti di belakang tubuh wanita itu.Matanya tunak melihat kulit mulus isterinya yang terdedah di bahagian belakang tubuh Thalia.Rahangnya mula mengeras bila memikirkan berapa banyak mata yang sudah melihat hak mutlaknya.Tangannya naik menarik sanggulan di rambut Thalia supaya terurai kembali rambut ikal paras pinggang isterinya menutup kawasan yang terdedah.
"Saya datang mencari suami saya yang mencari hiburan di luar!"...
Thalia menjawab dengan berani dan yakin sambil menunjukkan sesuatu di dada suaminya.Kesan lipstick merah yang terpalit pada bahagian dada di kemeja biru muda yang dipakai oleh Mateen.Thalia berpusing untuk keluar dari bilik tersebut namun Mateen terlebih dulu menahan tangannya di pintu dari belakang badan isterinya untuk mengelakkan isterinya keluar dari ruangan itu.
"Sayang nak pergi mana hah?"... Mateen menarik isterinya dan mendorong isterinya ke sofa.
"Alang-alang saya di sini,saya teringin nak mencari hiburan dengan lelaki lain di bawah sana!"...Thalia kembali berdiri dan melangkah ke arah pintu.Mateen pantas menghulur tangan dan merangkul pinggang Thalia merapat ke badannya.
"Don't you dare!"...Mateen menjerkah kuat tepat di depan muka Thalia.
"Siapa izinkan sayang keluar rumah datang sini?...Berpakaian seksi macam ni!"...
"Saya pun tak redha suami saya datang ke tempat maksiat macam ni!"
"Jika awak boleh buat,saya pun akan ikut apa yang awak buat!Awak yang tunjuk contoh tak baik pada saya!"....
Thalia menolak dada Mateen dengan segala kudratnya yang ada.Dia mula menyusun langkah untuk keluar namun Mateen datang dan menyarungkan kotnya di badan Thalia.
"Please sayang jangan macam ni!...Kita balik okay!"
"I promise you!...I'll never come here again!"
*****************************
Thalia Rose berdiri tegak memandang imej di cermin melihat penampilannya.Bibirnya tersenyum manis,hari ini merupakan hari pertama dia akan ke Sky Group sebagai pemilik yang baru syarikat itu.Selama syarikat Nazrin Haqq, bekas suaminya itu jatuh pada tangannya,hanya Mateen dan Hilman yang mengelolakan Sky Group.
"Good morning mummy and daddy!"...Thalia menegur kedua ibubapa mertuanya yang sedang bersarapan.
"Oh my god Rose! Cantiknya menantu mummy!"...
Puan Sri Qamariah bangun memeluk dan mencium pipi anak menantunya.Mata tua itu kelihatan berkaca-kaca walaupun bibirnya terukir dengan senyuman.Puan Qamariah menatap wajah manis Thalia yang bertudung satin.Menantunya terlihat semakin cantik dan manis bila berhijab.
"Kalau Mateen tengok Rose cantik macam ni,lagi angau anak mummy tu!"....Thalia hanya tersenyum tawar mendengar kata-kata yang meniti di bibir Puan Sri Qamariah.
"Kalau dia betul-betul angau dengan Rose,dia tak kan tinggalkan Rose dan anak-anak mummy!"...
Thalia mula terasa sebak mengingatkan suaminya. Mateen pergi ke UK tiga hari selepas kejadian di Club Zouk.Alasannya pergi ke sana atas urusan kerja yang perlu di selesaikan di anak syarikat di sana.Sudah hampir empat bulan lelaki itu menghilangkan diri tanpa sebarang berita namun dia tahu lelaki itu selalu menghubungi mummy dan daddy.Hampir setiap malam mummy akan membawa baby Zayn Damien dan Zarra Darilynn ke bilik mereka untuk video call dengan papanya.
"Mummy...daddy!Rose pergi dulu ye?"...Thalia berpamitan dengan ibu mertuanya bila dia mendengar bunyi enjin kereta memasuki kawasan porch.Anak-anak kembarnya masih lagi ketiduran.Merekalah sumber kekuatannya mengharungi hari-harinya tanpa Mateen Darin.
"Selamat pagi Puan Thalia!"...Hilman menunduk sedikit kepalanya menyapa Thalia Rose.Thalia seperti biasa hanya tersenyum manis walaupun Hilman tidak melihat ke arahnya.Lelaki itu begitu menjaga matanya sejak Mateen mengarahkannya untuk sentiasa di samping Thalia sekaligus menolong Thalia menguruskan Sky Group.
"Hilman!...Tuan awak tak ada call ke?"
"Tuan ada call Puan!..Bertanyakan urusan di syarikat!"...Hilman mengangkat kepala melirik sedikit melalui cermin pandang belakang ke arah Thalia.Bibirnya tersenyum melihat penampilan baru isteri majikannya.Hatinya turut memuji kejelitaan dan kemanisan seorang Thalia Rose.
"Tuan awak tak ada beritahu bila dia akan balik ke sini?"...
"Belum pasti lagi Puan!"...
Thalia mengetap bibirnya dan membuang pandang ke luar cermin kereta,matanya sudah kabur dengan beningan airmata.Hujung kukunya di gigit untuk menyembunyikan rasa sebak yang memalu hatinya.Mateen tidak pernah menghubunginya walau sekali namun lelaki itu selalu berhubung dengan Hilman dan keluarga mertuanya membuatkan dia terasa hati dan terluka.Rasa rindunya pada Mateen begitu mendera hati dan jiwanya.Mungkin begini yang Mateen rasakan dulu saat dia pergi tinggalkan suaminya.Jadi karma itu kembali menghukumnya,hukuman kerana menjadi isteri yang nusyuz.
Mereka sampai ke Sky Group dan Hilman membawa Thalia ke biliknya yang sudah tersedia.Hilman bertanggungjawab memberi tunjuk ajar dan menjelaskan skop perniagaan yang di jalankan di syarikat itu.Hampir pukul tiga baru selesai semua urusan yang perlu dia selesaikan di bawah bimbingan Hilman.Dia juga sempat berkenalan dengan staff-staff yang bekerja di Sky Group.Walaupun hari pertama yang memenatkan tetapi Thalia seronok dapat bekerja semula malah siapa sangka jawatan yang dipegangnya sekarang.Semuanya kerana suaminya,Mateen Darin.
"Hubbyyy!...I miss you so much!"...
Thalia tunduk dan menjatuhkan kepalanya di atas meja berlapikkan lengannya.Dia mula menangis untuk meredakan sedikit beban di hatinya.Dia akan sabar menunggu kepulangan suaminya walaupun berapa lama lelaki itu mahu menjauhkan dirinya malah jika Mateen mahu menjatuhkan talaq padanya saat lelaki itu kembali dia akan terima dengan redha.
*******************
Mateen masih fokus memandang figura isterinya melalui skrin laptop melalui CCTV di pejabat Sky Group mahupun di rumah.Walaupun mereka jauh,Mateen tidak pernah miss untuk mengambil tahu semua pergerakan dan aktiviti seharian Thalia dan anak-anak kembarnya.Kejadian di Zouk Club menjadi turning point dalam rumahtangganya.Dia pergi untuk memberi peluang dan ruang untuk dirinya dan juga Thalia.Mateen sudah tidak mengongkong pergerakan isterinya,Thalia bebas bergerak ke mana dia mahu pergi asalkan wanita itu pandai menjaga batas dan maruah dirinya sebagai seorang isteri.Walaupun begitu,Mateen masih menggerakkan orang suruhannya untuk menjaga keselamatan isterinya dari jauh.
"Bila abang nak balik Malaysia?"
"Maleeq akan balik holiday next week!..Abang tak nak ikut balik sekali jumpa sis-in-law and twins?...
Maleeq mengeluh bila abangnya hanya menggelengkan kepala.Puas dia memujuk Mateen untuk pulang kembali ke Malaysia namun abangnya masih belum bersedia untuk pulang.Maleeq tahu abangnya terseksa namun lelaki itu hanya kelihatan tenang mengawal dirinya.Mateen langsung tidak terlihat seperti orang yang bermasalah cuma lelaki itu sesekali akan menitiskan airmata bila membuat video call dengan anak-anak kembarnya.
"Don't you miss her?"..
"I miss her so much but yet not the right time to come back!"
"Abang tak mampu nak lepaskan dia!...jadi hanya ini yang abang mampu buat,pergi buat sementara waktu!"
"Jika Rose yakin dia perlukan abang dalam hidup dia,I'll be back to her immediately!"....
Mateen termenung seketika bila adiknya mendiamkan diri mendengar bicara hatinya.Matanya masih tunak melihat isterinya di dalam skrin laptop.Wanita itu masih dalam posisi yang sama,mungkin isterinya terlelap.Bunyi deringan iphone di poketnya sedikit menganggu fokusnya.Tangannya meraba telefonnya di dalam poket dan terus menyentuh answer di skrin telefonnya.Kebiasaanya Hilman atau anak buahnya yang akan membuat panggilan untuk memberi laporan tentang isterinya.
"Hello!!"...Suaranya kedengaran agak kemalasan.
"Hubbyy!!"....
"I miss you!...I need you!!"...
Mateen tercenggang seketika mendengar suara isterinya yang sedang menangis.Jantungnya berdegup kencang bila suara tangisan itu masih mendayu di telinganya.Tangannya entah bagaimana tersentuh button merah dan suara yang dia rindui terus menghilang.
"Sayang...Sayang!!"...Mateen bingkas bangun dari duduknya menyebabkan Maleeq terpinga-pinga dengan tingkah abangnya.
"Why abang?"...Maleeq jugak ikut sama panik melihat abangnya yang tergopoh-gopoh membuat panggilan.
"Book ticket dekat abang paling cepat!...I'm going back as soon as possible!"
Share this novel