Chapter 2

Romance Completed 627199

"Let me go!Siapa kau hah?"Thalia menolak kasar dada lelaki itu.Hatinya kuat bergoncang menidakkan fikirannya.Dia sangat mengenali suara garau dan serak itu.Tapi mustahil lelaki yang memeluknya sekarang adalah dia.Tergeleng-geleng kepala Thalia mengusir kenyataan.Otaknya menjadi musykil sendiri,panggilan 'Rose' hanya lelaki itu seorang yang memanggilnya dengan nama bunga,lelaki yang sudah lama menjadi sejarah dalam hidupnya.

"Lia!"seruan dari Nazrin segera menyedarkan mereka.Ternyata benar bukan suaminya yang sedang memeluknya.Serentak dengan itu cahaya lampu menyimbah menerangi ruangan.Mata Thalia masih terpaku pada wajah suaminya yang berdiri sedikit jauh darinya sedangkan dirinya masih membeku di dalam pelukan lelaki asing yang disangkakan suaminya.Bola matanya bergetar,bibirnya mengigil menyeru suaminya.

"A..a...abang!"suaranya terdengar perlahan.Mata bundarnya dipenuhi linangan airmata yang menunggu untuk gugur.Wajahnya dipaling menghadap lelaki yang masih memeluk pinggangnya bila lelaki itu meramas bahagian itu.Tatkala mata hazelnya bertemu dengan wajah itu,kepalanya bagaikan dihempas dengan batu.Hatinya remuk,mulutnya melopong,matanya berbinar-binar kerana terlalu terkejut.Berbeza dengan lelaki itu yang hanya mempamerkan wajah yang bersahaja dengan senyuman yang tampak semanis gula namun menikam jauh ke dasar hati seorang Thalia Rose.

Menyedari kedudukan mereka yang terlalu rapat dan kelihatan intim,Thalia segera menolak jauh lelaki itu.Namun badan tegap lagi sasa itu seperti tidak terkesan sedikit pun dengan daya yang dikenakan Thalia.Merasakan Thalia Rose yang mengeraskan badan berubah menjadi patung cendana,Mateen Darin melepaskan pegangannya dipinggang ramping Thalia lalu kakinya dihanyun mendekati Nazrin yang masih berdiri melihat drama sebabak isterinya bersama Mateen.

"Nice to meet you Encik Nazrin.Have a seat!"suara Mateen kedengaran penuh berkarisma.Matanya melihat ke arah Hilman yang baru memunculkan diri bersama file hitam ditangannya.

"Let's straight to the point about our discussion.Please call your wife to join us".Mateen hanya melirik dengan hujung matanya melihat Nazrin mendekati Thalia.Esakan Thalia juga singgah ditelinganya namun dia hanya memekakkan telinga sahaja.

"Lia!Please Lia!Tolong lakukan demi abang dan family abang!Company ni periuk nasi keluarga abang!Abang tak boleh hilang sumber mata pencarian kami!"suara Nazrin sudah naik menengking bila Thalia menolak usulnya bulat-bulat.

"Aku tak kira,kau setuju atau tidak!Aku dah jual kau dengan harga yang tinggi untuk menyelamatkan syarikat aku!Kau bukan hak aku lagi tetapi tubuh badan kau dah jadi milik lelaki kat sana tu!bentak Nazrin kasar.

"Thalia Rose binti Norman Hakimi,aku ceraikan engkau dengan talak tiga.Terkejut Thalia menerima talak yang dijatuhkan ke atasnya.Apa salahnya jika menolak melakukan zina?Kenapa nasibnya boleh berubah seburuk ini?Hatinya sakit,jiwanya koyak sehingga kakinya lemah,dia jatuh terjelepuk dilantai.Ucapan talak juga jelas didengari oleh Mateen dan Hilman.Mereka berdua juga terkejut dengan tindakan Nazrin Haqq.Lelaki itu yang menawarkan isterinya untuk dijadikan pertukaran dengan wang ringgit malah sekarang dia melepaskan isterinya dengan talak tiga tanpa rasa bersalah sedikit pun.Mateen melirik matanya ke arah Hilman,memanggil pembantunya dengan isyarat mata supaya mendekatinya.

"Bawa Thalia keluar dari sini.Jangan benarkan bekas suaminya mendekatinya walaupun sedikit.Hantar dia ke suite penthouse,aku akan menguruskan sendiri urusan di sini".

"Puan Thalia,sila ikut saya!Saya akan hantar Puan untuk beristirehat!"Hilman menutur perlahan sambil melihat wajah cantik yang masih dengan tangisan.Wajah polos itu terlihat masih cantik walaupun sedang menangis.Tidak hairanlah jika tuannya sangat menderita ditinggal si kekasih hatinya dahulu sehingga menyebabkan Tuan Mateen nekad memburunya bersama dendam yang perlu dibalas.Hilman sangat tahu cerita tentang mereka kerana dia yang setia bersama Mateen Darin saat lelaki itu terperuk dengan kekecewaan dan depresi yang hampir meragut nyawanya.Keadaan kesihatan mental Mateen Darin menyebabkan daddynya Tan Sri Haikal Maleq dan mummynya Puan Sri Qamariah membuat keputusan untuk menghantar jauh Mateen ke United Kingdom menguruskan salah satu anak syarikat mereka di oversea.Hilman pula menjadi pengikutnya untuk memantau pergerakan Mateen Darin.

Nazrin masih dengan muka temboknya melahap semua hidangan yang sepatutnya dinikmati oleh Mateen bersama Thalia Rose.Namun perancangannya terjadi sebaliknya iaitu kejadian yang lebih menguntungkan pihaknya.

"Don't you loved her,Encik Nazrin?"Mateen menyoal Nazrin bila dia melihat lelaki itu hanya beriak biasa seperti tidak terjadi apa-apa yang serius sebentar tadi.

"Nope even one pieces!Kami berkahwin kerana kehendak family sahaja lagipun saya sudah memiliki wanita yang saya cintai.Kami akan segera berkahwin selepas selesai masalah syarikat saya nanti."Jawapan yang diberi Nazrin mengundang tawa dari bibir Mateen.

"Jadi,kenapa baru sekarang Encik Nazrin nak lepaskan Thalia setelah hampir 3 tahun berkahwin?Kenapa tidak dari dulu sahaja tinggalkan dia?"kali ini Mateen bersuara sedikit keras.

"Saya ada alasan sendiri kenapa menyimpannya selama ini,Tuan tidak perlu tahu!"Nazrin menjawab acuh tidak acuh sahaja.

"Orait then,that's your problem not mine at all!So here we go.Read and sign",Mateen menolak file hitam yang tersusun dengan beberapa helai kertas yang sudah bertaip rapi.Tanpa membaca isi kandungannya Nazrin Haqq menurunkan tandatangannya.

"Good job Nazrin!"Mateen berkata dengan sebuah senyuman namun lebih kepada ejekan.Lalu Mateen mengeluarkan buku cheknya,selesai menulis angka yang dipersetujui oleh mereka,Mateen menyuakan chek itu kepada Nazrin yang kelihatan bercahaya wajahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience