Chapter 27

Romance Completed 627199

"Hilman,any information about Puan Thalia?"

"Negative Tuan!"

"Nonsense!!"...Mateen tiba-tiba menjerkah bila jawapan yang sama tiap-tiap kali dia bertanya.Boleh dikatakan saban hari dia bertanya tetapi jawapan yang mengecewakan yang dia dapat.

"Kau guna khidmat penyiasat mana?Langsung tak ada hasil!"

"Maaf Tuan!"...Hilman menunduk hormat sebelum keluar dari pejabat tuannya.

"Arghhhhhhhhhh!!"......

Mateen menjerit kuat dan meraup wajahnya yang kusut.Dirinya semakin hari semakin tidak terurus dengan kehilangan Thalia Rose.Sudah tiga bulan isterinya pergi menghilang tanpa sebarang khabar berita.Setiap jejak isterinya bagai ditutup daripada dikesan.Otaknya ligat berfikir,rasa curiga sudah lama bertapak di dalam hatinya.Curiga dengan keluarganya sendiri yang kelihatan tenang dengan kehilangan Thalia Rose walaupun Mateen bagaikan orang sasau ingin mencari isterinya.Rasa curiga dengan Hilman semakin kuat bila lelaki yang biasanya cekap dalam mengerjakan arahannya culas mendapatkan maklumat tentang isterinya walaupun sedikit bahkan hampir langsung tiada maklumat yang sampai di tangannya.

"There is something suspicious in here!"

"It looks like someone wants to play with me huh!!"....

Bibir Mateen tersungging senyuman sinis dan matanya menyorot tajam ke arah pintu pejabatnya bagaikan mahu menembusi dada pintu itu.Rahangnya diketap kuat menahan rasa marah dan sakit hatinya bila memikirkan kemungkinan orang-orang yang rapat dengannya mengkhianatinya dengan bersekongkol menyembunyikan keberadaan Thalia Rose.

Mateen mengambil frame gambar Thalia Rose dan frame imbasan usg yang sentiasa berada di atas meja kerjanya.Wajah cantik yang tersenyum manis semasa hari pernikahan mereka diusap dengan ibu jarinya.Kerinduan yang tidak dapat diungkapkan oleh kata-kata.Dadanya terasa sempit dengan beban perasaan yang harus dia tanggung sendirian.Jika benar keluarga dan orang kepercayaannya bersubahat dengan kehilangan isterinya,Mateen akan mengerjakan mereka dengan caranya sendiri.
Mateen berkira-kira mahu menghubungi seseorang yang sudah bertahun-tahun terputus hubungan dengannya.Hanya lelaki misteri itu yang boleh menolongnya saat ini.Jarinya lincah mencari sebaris nama di dalam contact list dan button dialing ditekan.Tidak lama talian sudah bersambung,panggilannya segera disambut.

"Hello little brother!"

"Izrael Alexander Abdullah!"...Suara Mateen berubah serak bila mendengar suara garau dan dingin milik Alex.

"Did something happen again?"

"Mmm!!"

"I need your help Alexander!!"

********************

"Mateen!!"

Mateen yang duduk membelakangi pintu masuk segera menoleh bila namanya diseru.Dia bingkas bangun bila Alex melangkah besar menuju ke arahnya.Mereka saling berpeluk dan masing-masing diam menyembunyikan rasa sebak yang menjentik jiwa lelaki mereka.

"Ehemmm!!"...

Mateen dan Alex segera tersedar mereka tidak hanya berdua.Tengku Isabella pura-pura tidak melihat tingkah kedua-dua jejaka tampan yang sedang mengesat hujung mata masing-masing.Walaupun digamit rasa ingin tahu tetapi dia masih tersenyum manis ke arah mereka.

"Let's me introduce both of you!"...

"This is Tengku Isabella and this guy Mateen Darin!"

"Your girl?"

"Not yet!...She is my master's younger sister!"

Tengku Isabella hanya tersenyum kecut mendengar jawapan yang tidak selari dengan benih-benih cinta yang mula bercambah subur dalam hati wanita itu.Layanan Alex yang romantis dengan ayat-ayat usikannya semanis lori gula terbalik bagaikan membuai hati wanitanya,sehingga dia terlupa mungkin dia hanya bertepuk sebelah tangan sahaja.

Tengku Isabella tidak duduk semeja dengan Alex dan Mateen Darin untuk memberi ruang untuk mereka berbincang hal peribadi mereka.Dia hanya duduk bersendirian menikmati hidangan yang telah di pesan sambil sesekali matanya melirik melihat ke arah kedua-dua jejaka yang kelihatan sangat serius perbincangan mereka.Setiap kali dia melihat ke arah meja mereka,matanya akan bertemu pandang dengan mata helang Alex hingga dia tidak berani lagi mengangkat wajah dan hanya fokus dengan makanannya.

"So kurang sebulan lagi kau akan bergelar papa la ni?"....

Alex bertanya bersama senyuman tipis.Dia gembira untuk Mateen yang sudah dia anggap sebagai adiknya sendiri.Namun disebabkan oleh dunianya tidak sama dengan kehidupan keluarga Mateen,dia menjauhkan diri daripada mereka untuk mengelakkan musuh-musuh dunia gelapnya mensasarkan keluarga angkatnya itu.

"Aku mungkin tidak dapat merasai moment untuk menyambut 'my twin ,Alexander!"...Emosinya mula merapuh kembali,matanya juga merah menahan airmata daripada jatuh.

"Kau yakin mummy and daddy yang larikan Rose?"....Mateen hanya mengangguk kepala beberapa kali mengiakan pertanyaan.

"Kau ada bukti?

"I have no proof, but my instincts admit it!"...

"Mereka semua bersubahat melarikan Rose termasuk PA aku,semua mengkhianati aku Alexander!"

"Aku perlukan bukti untuk menghukum mereka kerana mempermainkan aku!"

"I'll help you get the proof but you have to pay for it bro!"

Mateen dan Alex ketawa kuat hingga bergegar badan masing-masing.Hilang sudah suasana hiba dan hati yang lara bila masing-masing menyokong di antara satu sama lain.Gelak tawa mereka berjaya menarik perhatian Tengku Isabella yang bersendirian dan melihat ke arah mereka namun kali ini Bella terkaku bukan kerana melihat wajah Alex tetapi senyuman dan kenyitan mata dari Mateen yang cuba menggodanya di depan Alex yang hanya berwajah selamba.

************************

"Mummy...Daddy!!"

"I need an explanation!!"...

Mateen berdiri tegak sambil memeluk tubuh di tengah-tengah ruang tamu rumah keluarganya.Gambar-gambar Thalia Rose bersama dengan Maleeq di lempar kasar dan berterabur di atas coffee table.Matanya tajam menatap wajah tua yang sudah serba salah di didepannya.Hilman juga sudah terkejut bagaikan mahu tergolek jatuh jantungnya.Dia yakin tuannya tidak akan melepaskannya kali ini.Hidupnya bakal hancur dan musnah di dikerjakan Mateen Darin nanti.Entah apa bentuk hukuman yang menunggunya kelak.

Hati Mateen sakit bagai di siat-siat bila telahannya selama beberapa bulan kehilangan isterinya adalah tepat iaitu ahli keluarga dan orang kepercayaannya terlibat melarikan Thalia Rose daripadanya.Keluarganya lebih sanggup melihat kesengsaraannya selama berbulan-bulan merindukan isterinya daripada memberitahu keberadaan wanita itu.

"Mateen,mummy dan daddy lakukan semua ini demi Rose dan bakal cucu-cucu kami!"

"Kami tak ada niat nak pisahkan Mateen dengan Rose!"

"Rose tertekan dan dia perlukan ruang untuk bertenang dan percayalah Rose akan kembali pada Mateen semula nanti!"

"Hahahahaha!!!!"....

"Are you kidding me?"

"Isteri apa yang boleh sesuka hati meninggalkan suaminya!....Tempat seorang isteri adalah di sisi suaminya bukan melarikan diri dengan lelaki lain!"...Mateen membentak mmenyuarakan kemarahannya.

"Mateen jangan cakap macam ni!...Rose bukan pergi dengan orang lain,dia pergi dengan Maleeq,adik kandung kamu!"...Puan Sri Qamariah cuba memujuk Mateen namun amarah anaknya sukar ditundukkan kali ini.

"Maleeq lelaki ajnabi!...Dia bukan mahram Rose!"...Puan Sri Qamariah terdiam saat Mateen menjerit lantang melontarkan kemarahan yang tidak boleh dibendung lagi.

"I'm done with Thalia Rose!!"

"I will marry someone else!!"...Mateen menghulurkan sekeping gambar dan bekas yang berisi cincin berlian kepada Tan Sri Haiqal..

"Esok mummy dan daddy akan pergi meminang gadis dalam gambar tu!"...Mateen menuturkan kata tanpa sebarang rasa bersalah.

"Aa...apa ni Mateen?"....Tan Sri Haiqal mula bersuara kerana terkejut.

"Rose macam mana, Mateen nak letak mana?"

"Rose akan tetap menjadi isteri Mateen sampai bila-bila".

"Jika dia memilih untuk berpisah, Mateen akan rampas anak-anak!"

"Mummy buat pilihan!!"....

"Teruskan rancangan Mateen sebagai hukuman mummy dan daddy bersubahat melarikan Rose atau Mateen akan hancurkan hidup Rose dan Maleeq!"

Puan Sri Qamariah memegang dadanya sambil menangis.Dia tidak sangka Mateen akan bertindak sejauh ini.Bagaimana dia tegar meneruskan rancangan Mateen.Terbayang wajah menantunya yang sedang sarat membawa nyawa cucu-cucunya jauh beribu-ribu batu di sana.Hilman mengenggam tangannya menahan rasa,matanya turut berkaca memikirkan nasib Thalia Rose selepas ini.Kehidupan seperti apa yang akan wanita itu akan lalui selepas ini.

chapter ni mesti mengundang kemarahan pembaca..so author mintak maaf awal-awal ye!!!

Share this novel

DHIA AMIRA
2022-09-05 21:05:09 

ohu mateen already know?!!!

Intan Dan Zamri
2021-06-25 15:28:12 

Alahai... Ape jadi lepas ni... Update pleaseeee

Hawani Hashim66
2021-06-25 14:57:19 

tqvm Hermey....


NovelPlus Premium

The best ads free experience