Bab34

Romance Completed 627323

Thalia termangu seketika,matanya menatap skrin handphonenya yang sudah gelap tidak bercahaya.Bibirnya mengeluh kesal kerana tidak membawa cas bateri telefonnya.Dia yakin suaminya mengangkat panggilannya sebentar tadi,tetapi nasib tidak menyebelahinya bateri telefonnya pula mati.Mateen bukan sahaja tidak pernah menghubunginya malah lelaki itu tidak pernah menyambut panggilan daripada Thalia.

"Tok...Tok...Tok!!!"

"Puan Thalia,masa untuk pulang Puan!"...

Hilman masuk ke ruangan pejabat Thalia dan menunduk kepala.Thalia cepat-cepat mengusap sisa airmata dipipinya walaupun Hilman boleh melihat dengan jelas mata cantik isteri tuannya masih basah dan mukanya juga memerah.Bibirnya tersungging dengan senyuman nipis kerana Mateen Darin juga baru menghubunginya apabila tuannya gagal membuat panggilan kepada Thalia.

Suasana hening menemani perjalanan mereka.Lalu lintas yang sangat sibuk dengan kenderaan yang banyak berada di jalan sangat memenatkan.Hilman yang yang sentiasa peka dengan keadaan sekeliling menjeling sedikit ke cermin sisi bila dia perasan ada dua buah kereta hitam yang mengekorinya.Dari awal lagi dia perasan namun dia anggap hanya perasaannya sahaja sejak dari tadi.Hilman menekan pedal minyak sedikit kuat untuk mencipta jarak sebelum dia menghubungi beberapa orang suruhan Mateen.

"Kenapa Hilman?"...

Thalia terkejut bila dia mendengar Hilman membuat panggilan kecemasan dan kereta juga semakin laju meluncur di atas jalan raya.Hilman menekan hon berkali-kali meminta laluan dan memotong kenderaan lain disepanjang jalan.Kereta yang mengekorinya juga semakin menghampiri mereka dan semakin menghimpit kereta mereka.

"Ada orang ikut kita Puan!"...Hilman bersuara dengan panik.Matanya hanya fokus memandang ke depan dan tangannya kuat memegang stereng kereta.Jantungnya juga kencang berlari,segala macam bermain di fikirannya.Walau bagaimanapun dia perlu bertahan untuk melindungi isteri tuannya.

"Siapa yang ikut kita?"...

Thalia mula cemas dan berpaling melihat ke belakang.Seperti yang Alex beritahu dua buah kereta hitam laju cuba menyaingi kelajuan kereta mereka.Alex mencapai telefonnya dan menyerahkan kepada Thalia.Fokusnya tidak boleh hilang walau sesaat,nyawa mereka menjadi taruhan saat ini.Jika berlaku sesuatu pada Thalia,nyawanya pasti akan menjadi galang gantinya nanti.

"Call tuan sekarang!"...Thalia menurut dan segera menekan nombor telefon Mateen.Beberapa kali dia cuba membuat panggilan namun tiada sambutan dari sebelah sana.Thalia tidak berputus asa dan tetap cuba menghubungi suaminya.

"Bummmm!!!....

"Aaaaaaaaaa!!!.....Hubby!!!"....

Telefon Hilman tercampak dari tangan Thalia dan wanita itu menjerit kuat bila kereta mereka di sondol kuat dari belakang hingga Hilman hampir hilang kawalan mengendalikan kenderaan.Sebuah kereta menghimpit dari sebelah kanan,seorang lelaki menghalakan pistol ke arah Hilman dan memberi isyarat untuk memberhentikan kenderaan.Hilman tidak menghiraukan arahan lelaki itu dan kembali memecut kenderaan mencipta jarak.Kejar mengejar berlaku lagi dan Thalia hanya menangis ketakutan.Otaknya hanya memikirkan anak-anaknya sahaja tika ini.Adakah peluang lagi untuknya berjumpa dengan anak kembarnya Zayn Damien dan Zarra Darilynn.

"Srettttt!!!"

Hilman menginjak brek mengejut menyebabkan badan Thalia tersorong ke depan.Kereta mereka berpusing beberapa kali disebabkan Hilman menekan brek mengejut bila sebuah kereta vellfire memotong dan merentang laluan di depannya.Thalia menjerit bila badannya sudah menghentam kuat pintu kereta.Thalia memegang kepalanya yang terasa berputar,matanya berpinar-pinar

"Hilman...Hilman!!"

Thalia bersuara panik mengejutkan Hilman yang sudah tidak sedarkan diri di tempat pemandu akibat kepalanya terhantuk di stereng kereta.Thalia ketakutan bila pintu kereta cuba diumpil dari luar.Beberapa orang lelaki mengelilingi kereta mereka.Badannya mengeletar ketakutan bila pintu kereta sudah berjaya di kopak.Seorang lelaki cuba menariknya keluar namun Thalia memberontak dan menendang dengan kuat.Hilman tersedar dari pengsannya sambil tangannya memegang kepala,otaknya terasa bergegar hingga pandangannya menjadi kabur.

"Hilman!!!..tolong saya!!!!".....Thalia menjerit kuat bila seorang lelaki berjaya menariknya keluar dari kereta.

Hilman tersentak dan otaknya perlahan-lahan mencerna keadaan yang dihadapi oleh mereka.Hilman bergegas membuka seatbelt dan keluar dari kereta cuba menghalang lelaki itu daripada membawa Thalia pergi.Seorang lelaki bertatu sudah mengendong Thalia di bahunya bersedia membawa wanita itu pergi menaiki vellfire.Hilman cuba menghafal nombor pendaftaran kenderaan itu.

"Puan...Puan!!"..

Hilman yang masih terhuyung -hayang cuba mengejar namun keadaannya tidak mengizinkan.Beberapa orang dari mereka mula memukul dan menendang Hilman yang masih cuba melawan mereka.Hilman yang sedia lemah semakin teruk keadaannya bila dipukul bertalu-talu.

"Hoi!!!!"....

Orang-orang suruhan Mateen bergegas menghampiri Hilman dan beberapa orang lelaki yang kelihatan seperti gangster.Pergaduhan berlaku secara brutal di kawasan itu.Hilman sendiri sudah tidak mampu bangun dengan kecederaan di badannya akibat di belasah.Bunyi siren polis bergema dengan beberapa das tembakan.Pengikut Mateen berjaya menangkap beberapa orang daripada mereka sementara polis masih mengejar suspek yang melarikan diri sambil berbalas tembakan.

"WJB1707"....Hilman menyebut tanpa henti nombor plate kenderaan yang membawa Thalia.Pengikut Mateen yang datang membantu segera mengejarkan Hilman ke hospital dan menghubungi tuannya untuk melaporkan kejadian yang menimpa isterinya.

********************

Wajah Mateen memucat dan tangannya yang sedang mengemas pakaiannya terhenti dengan tiba-tiba.Suara jeritan Thalia dan suara panik Hilman jelas kedengaran.Badannya menggigil bila bunyi dentuman dan seretan yang kuat.Refleks otaknya menggambarkan mereka mengalami kecelakaan jalan raya.

"Sayang!!...Sayang!!!"

Mateen menjerit kuat memanggil isterinya namun panggilan sudah berputus dari talian.Terasa hilang semangatnya,badannya melembik dan jatuh ke lantai.Bahunya terhinjut-hinjut dengan tangisan.Maleeq yang terkejut dengan jeritan abangnya bergegas ke bilik Mateen.

"What happened abang?"...Maleeq terburu-buru mendekati abangnya yang sudah tenggelam dengan tangisan.

"Bip....bip...bip!!!"

Telefon Mateen bergetar beberapa kali namun Mateen masih hanyut dengan kesedihannya hingga lupa keadaan sekeliling.Maleeq yang masih tertanya-tanya mencapai iPhone milik abangnya dan menjawab panggilan dari seberang sana.

"Hello!!...

"Apa sis-in-law kena culik!"...Suara Maleeq melantun tinggi mengejutkan Mateen Darin.Mateen merampas iphonenya dari Maleeq dan menjawab panggilan.

"Speak!"...

Mateen hanya diam dan fokus mendengar info yang diberikan oleh pengikutnya dari sana.Wajahnya yang serius menggambarkan otaknya sedang menghadam segala maklumat itu sebelum dia memutuskan talian.Kemarahan tiba-tiba memuncak bila membayangkan bagaimana keadaan isterinya yang masih belum berjaya di kesan.Penerbangan paling cepat yang ada pada pukul lima pagi nanti maksudnya lagi sebelas jam dia perlu menunggu waktu penerbangan.Kegelisahan semakin menyerangnya,bimbang sesuatu terjadi pada isterinya.Iphonenya di capai dan tangannya lincah mencari contact number Alex.Beberapa ketika dia menunggu panggilan bersambung.

"Hello brother!"...Alex menyapa dengan senang hati panggilan dari Mateen Darin.

"Alexander!...my wife was kidnapped!"

"Whatt!!!"....Alex terkejut besar mendengar berita yang Mateen sampaikan,risau jika musuh-musuhnya mula menyasarkan keluarga angkatnya.Perkara sebegini yang dia cuba elakkan selama ini hingga sanggup menjauhkan dirinya daripada mereka.

"I'll try to find sister-in-law!"

***************************

"Arghhhh!!....Lepas,jangan pegang aku!"

Thalia berusaha memberontak tanpa henti untuk melepaskan diri dari pegangan lelaki bertatu yang kelihatan bengis memandangnya.Mata Thalia meliar memandang ke sekeliling tempat untuk mencari jalan melarikan diri.Lelaki bertatu itu terus mengheret Thalia tanpa mempedulikan teriakan wanita itu yang hampir kehabisan suara.Tiba di depan sebuah bilik,tubuh Thalia ditolak kasar hingga terhempas ke lantai.

Thalia mengaduh kesakitan diseluruh badannya.Kepalanya juga masih pening-pening lalat,matanya memerhati bilik yang menempatkannya.Kelihatan seperti bilik tinggal dengan habuk dan sesawang labah-labah.Thalia memeluk lututnya,terasa seram sejuk tubuh badannya bila ditinggal sendirian dibilik yang menyeramkan dengan lampu yang sedikit malap.

"Hubby!..I'm scared!!"...Tangisannya pecah kembali mengingatkan suaminya dan anak-anaknya.Entah berapa lama dia akan dikurung disini,dan siapa yang telah menculiknya.

"Krekkk!!".....

Tubuh Thalia tersentak bila bunyi pintu dibuka dari luar.Thalia hanya kaku tidak bergerak.Bunyi derapan kaki mendekatinya dan berhenti di depannya yang sedang duduk dilantai.Perlahan-lahan kepalanya mendongak melihat ke atas.Muncul satu susuk tubuh di depannya berdiri tegak dengan kedua-dua tangannya menyeluk poket seluar.

"Siapa kau?...Kenapa kau culik aku!"

Thalia sukar untuk mengecam kerana lelaki itu berdiri menghalangi lampu dan pencahayaan di bilik itu sememangnya sangat kelam.Lelaki itu duduk mencangkung di hadapan Thalia dan membulat mata Thalia kerana dengan jelas dia dapat mengenali susuk wajah itu.

"Kau!!!!"....Thalia terjerit tidak percaya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience