Chapter 28

Romance Completed 627323

Mateen berdiri tegak dihadapan rumah sewa Maleeq Dayyan.Mengikut maklumat yang diperolehi,adiknya akan pulang pada waktu sebegini.Cuaca yang sedikit sejuk menyebabkan Mateen memeluk tubuhnya membelakangi jalan.Tubuhnya dibaluti leather long jacket yang bewarna hitam.Men in black sesuai untuk penampilan Mateen pada hari ini.Bunyi orang berbual dan gelak tawa menghampiri rumah sewa Maleeq namun Mateen masih tidak mahu menoleh.

"Excuse me sir!

Maleeq menegur dan mencuit sedikit bahu susuk tubuh berpakaian serba hitam yang berdiri tegak di depan rumah sewanya.Mateen berpaling bersama dengan gerakan tumbukan yang laju namun sempat ditahan tangannya sebelum menyentuh hidung adiknya.Jarinya naik menjentik kuat dahi Maleeq sebagai ganti penumbuknya.Langkah Maleeq terundur sedikit ke belakang kerana rasa terkejut. Kawan-kawannya masing-masing terkedu dengan serangan Mateen yang pantas.

"Abang!!!"....

Muka Maleeq berubah pucat,bola matanya bergetar dan bergerak-gerak kegelisahan.Mateen hanya tersenyum sinis melihat adiknya yang tidak berani mahu bertemu pandang dengannya.Mateen mahu melihat sejauh mana permainan adiknya mahu menipu abangnya kerana dia awal-awal sudah melarang mummy atau daddynya memberitahu apa-apa tentang kejadian di Malaysia kepada Maleeq mahupun Thalia Rose.

"Err jom masuk dulu,sejuk dekat luar ni!"

Mereka masuk ke dalam rumah dan masing-masing hanya mendiamkan diri sahaja.
Maleeq membancuh minuman panas untuk abangnya menghilangkan sedikit kesejukan berada di luar rumah sebentar tadi.Maleeq sengaja melambatkan pergerakannya.Otaknya ligat berfikir maksud kedatangan Mateen Darin melawatnya di sini.Adakah abangnya sudah dapat menghidu keberadaan Thalia Rose dan penglibatan mereka dengan kehilangan kakak iparnya itu.Hatinya mula gelisah,jantungnya laju bergerak mahu berhadapan dengan abangnya namun dia tidak boleh membuat abangnya curiga dengan tingkahnya.Mungkin sahaja telahannya tidak benar sama sekali kerana abangnya kelihatan tenang,steady and cool.

"Your hot coffee!"

"Hmmm thank you Maleeq!"

Maleeq hanya diam memerhatikan Mateen yang masih fokus menatap IPhone.Dalam kegelisahannya, dia juga tidak mampu menyembunyikan rasa ingin tahu tujuan Mateen datang jauh ke bumi England.Mateen perasan keadaan Maleeq yang serba tidak kena duduknya.

"How your studies here?"...Mateen mencapai cawan dan menyisip sedikit coffee buatan Maleeq.Cecair yang panas membuatkan badannya terasa sedikit kehangatan.

"Everything is going well!"....Maleeq cuba bertenang dan menjawab pertanyaan abangnya.Firasatnya kuat mengatakan Mateen Darin sudah mengetahui semuanya.Dia berperang dengan dirinya sendiri,rasa bersalah dan takut mula menjengah.Mahu berterusan-terang bimbang dia salah membuat tekaan,dia jadi keliru sendiri.

"Hai Maleeq!!...Kau tak keluar jumpa sis-in-law ke hari ni?..."

"Yesterday you said wanted to see her!"..

Irwan mencelah perbualan mereka.Maleeq memandang teman serumahnya dengan rasa tidak percaya dalam banyak-banyak waktu,kenapa di depan abangnya lelaki itu harus bertanya tentang hal itu.

"Duppppp!!!!".....

Jantung Maleeq betul-betul jatuh tergolek ke lantai saat pandangannya bertaut dengan mata hitam abangnya yang tajam bagaikan sebilah pisau terus menusuk dan menikam ke jantungnya.Ya,dia yakin seratus peratus sudah terkantoi,dia tidak mampu mengelak lagi selain berterus terang sahaja.

"Tell me Maleeq!"...Suara Mateen melengking memenuhi ruangan.

"Where she is or I'll beat you here!"....

Mateen bangun menerkam ke arah Maleeq.Mateen mengenggam kuat kolar jaket Maleeq dan kepalan tangan kanannya sudah bersedia melepaskan tumbukan.Keadaan menjadi kecoh bila teman serumah Maleeq datang cuba membantu.

"Stop it abang!...I'll bring you to her!!"....Maleeq terburu-buru berkata kerana lehernya terasa seperti tercekik dengan cengkaman di kolar bajunya hingga lehernya ikut terjerut sama.

*************************

Maleeq menelefon Thalia Rose untuk berjumpa dengannya di taman permainan berdekatan rumah yang di duduki oleh wanita itu.Mateen masih dengan wajah dingin yang memerhati dan mendengar setiap gerak-geri Maleeq serta percakapan mereka kerana Mateen mengarahkan adiknya memasang 'loudspeaker'.Saat suara yang di rindui separuh gila menyapa telinganya,matanya tertutup menelan pelbagai rasa.

Hello Maleeq!!"...kedengaran ceria suara Thalia Rose menyambut panggilan dari Maleeq.

"How are you today sis-in-law?"

"I'm doing good handsome!"....

Thalia ketawa kecil saat menjawab pertanyaan Maleeq.Bertuah dia menjadi kakak ipar kepada Maleeq,jejaka yang manis dan baik hati.Muka Maleeq berubah pucat sekali lagi,melihat wajah abangnya yang tegang dan kelihatan marah.Jika kebiasaannya dia suka dengan gurauan Thalia Rose tetapi tidak untuk hari ini.Bahkan dia mahu cepat-cepat mengakhiri panggilan risau ada gurauan lain yang menyusul namun sudah terlambat buatnya.

"Your nieces miss you uncle Maleeq so hurry up and meet us!"

"Bummmmm!!".....Mateen menghentak kuat coffee table didepannya hingga terpelanting cawan air minumannya.Wajahnya usah di kata sudah merah padam.Jika tidak memikirkan hubungan darah,memang dia tidak teragak-agak membelasah Maleeq.Maleeq sudah menikus dan berdiri menjauhi sedikit kedudukan abangnya,risau kaki panjang Mateen naik mencari sasaran.

"Err....sis-in-law I have to go now!"

"Kita jumpa sekejap lagi dekat taman permainan!"

"Arghhhh!!!"...

Maleeq terbongkok memegang perutnya.Mukanya berkerut menahan sakit akibat penumbuk abangnya.Mateen masih meradang mahu memukul namun kawan-kawan serumah Maleeq datang menarik dan menenangkan keadaan.

"I'm not done with you yet Maleeq!!"...

Mateen tidak boleh terima kenyataan,isterinya masih boleh tertawa dan bergurau dengan adiknya di sini sedangkan dia terpuruk dengan beban perasaan.Thalia Rose tidak pernah gagal untuk mendera perasaannya sejak dari dulu hingga sekarang.Mateen Darin sudah kelelahan mahu mengejar dan terus mengejar seorang Thalia Rose.Perlukah dia berputus asa sahaja dari mengejar wanita yang sangat dia cintai dari dulu hinggalah ke saat ini.

********************

Thalia ketawa senang melihat anak-anak kecil bermain di taman permainan.Ada yang berlari,ada yang menangis kerana terjatuh dan kebanyakan wajah itu tersenyum kegembiraan.Setiap petang dia akan ke sini jika cuaca mengizinkannya,tempat untuk mencari ketenangan bila rasa rindu datang bertamu dihatinya.Thalia memejam mata cantiknya dan mendongakkan wajah menghayati suasana yang penuh dengan suara anak-anak kecil.Cuaca yang sejuk menyebabkan wajahnya terlihat sangat putih dengan hidung dan pipinya merona merah.

"Sayangggg!!!"

Thalia terdengar suara yang dirinduinya.Namun matanya masih enggan dibuka,mungkin hanya perasaannya sahaja sehingga suara itu bermain-main di telinganya.Mateen tunduk mengucup lama bibir merah isterinya.Mata hazel Thalia terbuntang luas melihat figura lelaki di didepannya.Bibirnya menggigil menahan tangis saat tangan Mateen menarik tangannya supaya berdiri dan memeluk badannya erat.Bergetar badannya menghamburkan tangisan didada Mateen.Thalia turut membalas pelukan suaminya,dia tidak mahu berjauhan lagi dengan lelaki ini.Dia semakin yakin tentang perasaannya terhadap Mateen Darin selepas berjauhan selama tiga bulan.Jika ikutkan rasa rindu,dia ingin kembali ke sisi suaminya namun keadaannya yang sedang sarat tidak mengizinkan dia pulang ke Malaysia.

"I'm miss you hubby!"

"I'm miss you so much!!"...

Thalia menghidu sedalamnya haruman badan suaminya.Bau yang sangat dia rindukan dalam setiap lenanya.Haruman yang telah hilang selama tiga bulan dari hidupnya.Terasa kucupan bertalu-talu dikepalanya namun suaminya hanya diam tanpa sebarang kata.Mungkin Mateen masih merajuk dan terasa hati dengannya,Thalia tidak mahu memikirkan sesuatu yang negatif.Dia hanya mahu menikmati kegembiraan dan kebahagiaan yang kembali mekar di taman hatinya saat berada di dalam pelukan suaminya kembali.

Mateen hanya fokus memandang ke hadapan melihat jalanraya.Tangannya masih mengenggam erat tangan lembut Thalia untuk berkongsi kehangatan.Mereka dalam perjalanan pulang ke hotel tempat penginapan Mateen.Mateen akan menjaga Thalia sehingga isterinya bersalin.Mateen mengetap rahangnya kuat,nafasnya ditarik panjang.Dia perlu berterus terang secepat yang mungkin.Mungkin dia akan dianggap kejam namun inilah hukuman buat isterinya.Dia sudah penat untuk mengejar jadi Thalia Rose perlu menjadi pelari yang perlu berusaha untuk mengejarnya kembali.

"Due date bila?"...

Mateen bertanya dingin.Tiada kemesraan lagi dalam suara garau itu.Thalia menyedari perubahan itu namun dia membutakan mata hatinya.Dia sudah berjanji pada dirinya,dia mahu menjadi isteri dan ibu yang baik buat Mateen Darin dan bakal cahaya matanya.

"A few more days!"...

"Sayang dah tak sabar nak jumpa anak-anak kita!"...

Thalia menyambut soalan Mateen dengan jawapan yang menceriakan keadaan.Buat pertama kalinya kerana perasaan terujanya dia menarik tangan Mateen dan menciumnya berkali-kali seperti mana suaminya selalu melakukan padanya.

"I am engaged!"

"I will be married in three months!"..

"Deggggg.....Duppppp"

Thalia Rose tersentak kerana terlalu terkejut.Nyawanya bagaikan terhenti seketika,tekaknya juga terasa kering-kontang dan perlahan-lahan tautan tangannya melonggar dan tangannya kembali mengusap perutnya mencari kekuatan dari bakal anak-anaknya.Sebaris senyuman pahit terlakar dibibirnya.

"Congratulations hubby!"

Share this novel

DHIA AMIRA
2022-09-05 21:10:15 

aduhhh mateen ,.. serius ke

Peah Mohd Salleh
2021-06-26 17:28:59 

aduhh.. sedihnya...jgan lama update.... aku sedih weii.. dahlh mengandung suami plak bertunang...


NovelPlus Premium

The best ads free experience