Chapter 22

Romance Completed 627219

"Don't touch my sis in law!"

"Abang Alan kenal Abang Mateen macam mana kan?...so behave!"

Maleeq sedikit tegas dengan Alan Lee yang suka menganggu Thalia.Maleeq tahu lelaki itu menyukai kakak iparnya jadi dia perlu menjaga kakak iparnya dari godaan Alan Lee.Walaupun mereka rapat dan akrab namun itu bukan alasan yang membolehkan Alan Lee berbuat sesuka hatinya.Maleeq sendiri tidak berani menyentuh kakak iparnya membuta tuli kerana dia menghormati abang dan kakak iparnya.

"Maleeq,boleh tolong panggilkan mummy tak?"...

Dahi Thalia sudah berkeringat dingin,tangannya mengusap perutnya kerana bayinya bergerak agresif dengan tiba-tiba.Badannya panas dan membahang.Dadanya berdegup kencang bersama nafasnya yang laju.Thalia tidak tahu apa yang terjadi pada dirinya,sukar untuk dia jelaskan apa yang berlaku padanya.Keinginan batinnya memuncak tiba-tiba.Sementara kewarasan masih bersisa,dia mahu keluar daripada sini.

"What happened dear?"...Puan Sri Qamariah dan Tan Sri Haiqal tergesa-gesa datang menghampiri menantunya.Muka Thalia sudah membahang kemerahan.Pipinya sudah merona merah,kolam matanya bergelinang dengan airmata.

"Mummy!!...

Bibir Thalia menggigil mahu berbicara.Dia tidak tahu hendak jelaskan keadaannya seperti apa.Puan Qamariah mengambil keputusan untuk membawanya ke penthouse suite dan memanggil Doktor Alya.Situasi agak serius bila Thalia semakin hilang kewarasan dan bertindak diluar kawalan hingga memaksa Puan Sri Qamariah menghalau keluar suami dan anaknya.Thalia sudah menangis menahan kemahuannya yang semakin memuncak.

**************

"Hei perempuan!...Don't touch him!"...

Hilman berkata lantang dan menarik tubuh Qistina yang menempel ditubuh Mateen sedang mencumbu dada Mateen.Sudah separuh terbuka butang baju kemeja tuannya.Mateen juga semakin hilang kewarasannya,seluruh tubuhnya sedang terbakar dengan rasa berahi.Sedaya upaya dia menolak sentuhan dan cumbuan Qistina sehingga jiwanya terasa sakit kerana nafsunya sedang meminta untuk dilampiaskan.Jika Hilman lambat sampai entah sampai ke tahap mana Qistina menggodanya.

"Berambus lah perempuan!"...Hilman berang bila Qistina Humaira masih cuba mendekati tubuh Mateen walaupun sudah dilarang berkali-kali hingga Hilman bertindak mendorong tubuh Qistina hingga jatuh di lantai toilet.

"Tak guna kau Hilman!"...Qistina menjerit kuat kerana kesal rancangannya gagal.

"What happened to my brother?"....Maleeq muncul dengan nafas lelah dan terburu-buru bertanya bila melihat Hilman memapah abangnya yang kelihatan tegang .Dia juga kebetulan mencari keberadaan abangnya untuk memaklumkan tentang Thalia Rose.

"Kalau tengok keadaan tuan mungkin diberi ubat perangsang!"...Maleeq terkejut mendengar kata-kata Hilman.

"Jadi sis in law pun sama lah terkena!"...

"Whattt!!"....masing-masing terkejut dengan suara garau Mateen yang semakin berjaya mengawal dirinya.Dia perlu segera mandi dengan air sejuk untuk kekalkan kewarasannya.Mereka melangkah laju ke arah suite.Walaupun masih ada rasa yang membakar dalam tubuhnya namun Mateen semakin tenang melawan keinginannya.

"Hubby....Hubby.!!..."

"Panas....panas!!"...

"Tolong sayang...panas!!...sakittt"...

Mateen memejam mata dan menarik nafasnya sedalam yang mungkin meredakan rasa berahi yang kembali menyerang bila mendengar suara dan tingkah laku Thalia yang betul-betul di luar kawalan.Hanya tinggal mummy dan Doktor Alya sahaja bersama dengan mereka.Mateen cuba memujuk dan memeluk isterinya bila Doktor Alya mahu menyuntiknya dengan ubat penenang kerana Thalia tidak berhenti bergerak sehingga menyukarkan proses penyuntikan.Setelah memastikan gerakan dan bunyi jantung bayi kembali normal Puan Sri Qamariah dan Doktor Alya keluar meninggalkan mereka.

Mateen masuk ke dalam bilik air dan memenuhkan bathtub dengan air bersama ketulan ais.Dari cermin lutsinar dia melihat isterinya masih cuba membuka dress yang sudah terlondeh ke dadanya dan badannya menggeliat tidak tentu hala dengan keluhan dan desahan.Mateen melepaskan pakaiannya dan hanya bertuala.Badannya kelelahan melawan keinginan batinnya.Tubuhnya juga basah dengan peluh dingin kerana haba yang membakar dan jantungnya yang berlari laju menyebabkan rasa gemuruh.Mateen keluar mendekati isterinya yang kegelisahan dan merintih kesakitan yang entah bagaimana mahu di jelaskan apa rasanya kerana keinginaannya yang belum dipenuhi semenjak dari tadi.

Mateen membuka pakaian Thalia dan mencempung isterinya ke bilik air.Saat tubuhnya menyentuh permukaan air sejuk badannya bagaikan di renjat dengan arus elektrik bervoltan tinggi.Thalia mengeleng-mengeleng kepala tidak mahu.Dia memeluk kuat tubuh Mateen enggan masuk ke dalam air namun Mateen tetap melangkah dan menahan badan isterinya yang menggeletar kesejukan.Mereka perlu menyejukkan kepanasan yang menggila dalam tubuh badan mereka.Mateen tak mungkin dapat
mengawal nafsunya jika menggauli isterinya dalam pengaruh ubat,dia perlu memikirkan kandungan isterinya juga.

"Hubby!!"...Sayang dah tak boleh tahan...sayang dah tak boleh....!!"

Thalia menangis di dalam dakapan suaminya.Tubuhnya kembali bereaksi,Thalia menggeliat dan menggoda suaminya.Cumbuan liar bersama jilatan lidahnya bertalu-talu singgah diwajah,leher dan dada Mateen menyebabkan benteng pertahanan Mateen roboh dan tewas.Mateen tidak mampu menahan godaan isterinya lagi dan mula menyerang Thalia kembali.Berkali-kali mereka mengulangi hubungan badan kerana desakan berahi pengaruh daripada ubat perangsang.Bunyi desahan,rintihan dan keluhan kenikmatan menyelubungi hubungan mereka.Thalia kelelahan,namun Mateen masih bersemangat dengan keinginan batinnya,dan buat sekian kalinya mereka melayari bahtera asmara pada malam itu.

*********************

Mateen tersedar dari lena bila telinganya menangkap bunyi orang menangis.Tangisan Thalia Rose semakin menggila bila suaminya sudah terjaga dari tidur.Emosinya sangat tidak stabil dengan pelbagai rasa yang menganggu perasaannya.

"Sayang,why are you crying?"...

"Sayang sakit lagi?...

Mateen mendekati isterinya yang sedang memeluk lututnya.Thalia hanya menggelengkan kepalanya sebagai jawapan untuk soalan suaminya.Mateen merapatkan kedudukan mereka dan menarik Thalia ke dalam pelukannya.Belakang badan isterinya di usap lembut memujuk.Mateen juga buntu mahu memujuk bagaimana,perkara ini pertama kali terjadi pada dirinya.Mengingatkan kembali kesan ubat yang menyebabkan mereka berada di luar kawalan dan kewarasan,dia jadi takut sendiri.Bagaimana jika dia tergoda dengan Qistina semalam atau bagaimana jika isterinya di bawa pergi oleh orang yang tidak bertanggungjawab.Mahu memikirkannya pun dia tidak berani,dia hanya mampu bersyukur Tuhan masih menjaga mereka.

Mateen duduk bersandar di kepala katil.Thalia sudah kembali tertidur di pangkuannya.Rambut ikal isterinya dibelai lembut,wajah polos yang masih merona merah terlihat sangat kepenatan seperti tenaganya sudah habis terkuras dengan aktiviti mereka.Mateen belum pasti bagaimana cara mereka boleh diberi ubat perangsang.Pada firasatnya kemungkinan besar hanya dirinya sebagai sasaran namun entah bagaimana isterinya turut terkena tempiasnya.

Mateen akan segera menyiasat dan mencari tahu siapa pelaku dan dalangnya dengan secepat yang mungkin.Dia akan pastikan pelakunya akan mendapat pembalasan yang setimpal dengan perbuatannya.Mateen mengalihkan kedudukan isterinya supaya berbaring dengan lebih selesa. Dia perlu bersiap untuk ke pejabat pada pagi nanti.Ada beberapa perjumpaan penting yang perlu dia hadiri pada hari ini.Isterinya akan dipantau oleh daddy dan mummy kerana mereka juga menginap di suite peribadi daddynya.

*******************

"Flashback

"Hei perempuan bodoh!"

"Asal bengap sangat pergi goda Mateen dalam toilet,nafsu kuda kau dah tak boleh tunggu masuk bilik dulu ke hah?"

"Sebab nafsu bodoh kau,rancangan ni rosak,kau tahu tak!"

Nazrin Haqq mengamuk besar,bergema suaranya di seluruh ceruk bilik hotel yang di sewa untuk menjayakan rancangan mereka namun gagal disebabkan oleh kebodohan Qistina Rose.Habis kamera yang siap dipasang untuk merakam aksi panas yang tidak menjadi ditendang oleh Nazrin Haqq.Qistina menikus di ceruk dinding kerana takut dengan amukan lelaki itu.

"Aku tak kisah apa rancangan kau selepas ini,yang aku tahu Mateen dengan Lia kena berpisah scepatnya!"...

"Jika tidak aku akan bongkarkan apa yang kau buat semalam!".

*******************

"Hilman untuk meeting di Putrajaya,aku wakilkan kau untuk berjumpa dengan client!"...

"Aku rasa tak sihat sikit hari ni,so nanti tolong belikan ubat panadol sekali!"

"Baik,tuan!"...

"Nanti dapatkan salinan rakaman cctv dari hotel,semua cctv yang cover setiap tempat yang berkaitan dengan kes semalam."

"Itu saja buat masa sekarang!....Sekejap lagi kau kena bergerak ke Putrajaya,meeting start pukul 1pm!"..

"Baik,saya minta diri dulu tuan!"...Hilman menunduk dan segera berlalu pergi.

Mateen menyandarkan badannya di dada kerusi kerjanya.Badannya terasa membahang,tekaknya perit dan kepalanya pening.Matanya ditutup untuk menghilangkan rasa berat di kepalanya.Sekejap saja dia sudah hilang di sapa lena.

"Tok....Tok....Tok!!"....Hilman menolak daun pintu sebelum masuk ke dalam ruang pejabat tuannya walaupun tiada kebenaran dari lelaki itu.

"Tuan!....Tuan!"...

Beberapa kali Hilman mengejutkan Mateen sebelum Mateen tersedar dari lenanya.Matanya memerah seperti biji saga,wajahnya juga kemerahan hingga ke bahagian lehernya yang cerah.Kepalanya masih berat dan pandangan sedikit berbalam.Badan Mateen sedikit menggigil.

"Tuan demam panas ni!"...Hilman sudah kerisauan mahu meninggalkan tuannya dalam keadaan sakit seperti itu.

"It's okay Hilman,lepas makan ubat dan berehat sekejap,I'll be okay!"...

Hilman berpaling ke arah tuannya yang sedang berbaring dan berselimut di atas sofa.Hatinya gelisah terasa tidak senang hatinya mahu meninggalkan tuannya seperti itu.Akhirnya dengan langkah yang berat dia berlalu pergi kerana arahan dan tanggungjawab yang diamanahkan oleh tuannya.Dia akan cuba mempercepatkan urusannya dengan client dan pulang segera.

"Hello Puan Thalia!"...

"Tuan Mateen perlukan puan."..

"Tuan tidak sihat,dia demam panas!"...Hilman sedikit lega selepas menjelaskan keadaan tuannya kepada Thalia Rose.Harapannya wanita itu segera datang ke sisi suaminya.Hilman memegang dadanya yang masih berdegup kencang.Hatinya sangat gelisah,entah apa yang menunggunya atau adakah sesuatu yang buruk bakal terjadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience