Bab 30

Romance Completed 627199

Thalia Rose tersedar dari lenanya.Tangan kirinya tercucuk jarum dan seluruh badannya sangat sakit lebih-lebih lagi di kawasan bawah badannya dan kemaluannya.Thalia takut mahu menggerakkan kakinya kerana rasa sangat sakit dan perit.Tetapi dia gagahi juga untuk bangun dari baringannya.

"Arghhhh....sakitnya!"....Thalia merintih sakit.Terasa seperti dirobek-robek bahagian intimnya.Matanya berkaca-kaca menahan kesakitan di kala itu.

"Rose sayang!"

"Alhamdulillah Rose dah bangun!...Lama sangat Rose tak sedar tadi!"...Puan Sri Qamariah memegang tangan Thalia dan mencium dahi menantunya.

"Baby mana mummy?....Rose nak jumpa baby!"

"Baby dekat NICU sayang!....Rose berehat dulu nanti kita jumpa baby ya!"

"Ke...kenapa dengan baby?....Mummy Rose nak jumpa dengan baby sekarang!"

Thalia sudah mula menangis kerisauan.Dia hanya mahukan anak-anaknya,dia belum sempat menyusukan mereka lagi kerana pengsan tidak sedarkan diri.Bayi keduanya juga dia tidak sempat melihat wajahnya.Emosinya sedikit terganggu bila mendengar anaknya ditempatkan di NICU.

"Rose,listen sayang!...Baby sihat jangan risau!...Doktor hanya perlu pantau keadaan baby!"......

Puan Sri Qamariah memeluk Thalia Rose cuba memujuk menantunya supaya tidak menangis.Thalia hanya diam dan menganggukkan kepala tanda memahami keadaan bayi kembarnya.Dia kembali bertenang selepas beberapa waktu menangis di dalam pelukan ibu mentuanya.

"Mummy!...betul ke Mateen sudah bertunang!"...Thalia mengambil peluang bertanya pada Puan Sri Qamariah sementara tiada sesiapa di ruangan itu.

"Errr...Rose itu..itu...!!"

"It's okay mummy Rose faham!"...Thalia mengenggam erat tangan tua milik Puan Sri Qamariah. Wanita yang sangat baik melayannya selama dia bergelar isteri kepada Mateen Darin.

"Rose tak nak hidup berpoligami mummy!...Rose nak minta cerai!!....Rose akan hidup bahagia dengan anak-anak Rose!"

"Eh jangan Rose!"....Puan Sri Qamariah terburu-buru berdiri dari duduknya.Thalia juga kaget dengan tingkah wanita anggun itu yang tiba-tiba mengelabah.

"Tak boleh sayang!...Rose tak boleh minta cerai dengan Mateen!"

"Nanti....nanti Mateen akan pisahkan Rose dengan anak-anak....Demi anak-anak cuba bertahan sayang!"

Thalia tersentak mendengar bait-bait ayat yang meluncur keluar dari Puan Sri Qamariah.Bergetar bibirnya menahan tangis,matanya berkaca-kaca melihat wajah ibu mertuanya.Kenapa Mateen Darin terlalu kejam pada dirinya.Teganya seorang ayah mahu memisahkan anak daripada ibu yang melahirkannya.

"Klackkk!".....

Puan Sri Qamariah pantas mengesat air mata di wajahnya.Tiga susuk tubuh masuk ke dalam bilik yang menempatkan Thalia Rose.Tan Sri Haiqal,Mateen dan Maleeq memunculkan diri.Namun Maleeq hanya duduk di ruangan rehat kerana tidak berani mahu mendekati kakak iparnya.Perutnya masih senak kesan tumbukan abangnya semalam.

"Tahniah dan thank you so much Rose dah lahirkan cucu kembar untuk daddy!"

Tan Sri Haiqal mendekati menantunya dan Thalia menyalami bapa mertuanya penuh rasa hormat.Mateen hanya memerhati tingkah laku isterinya yang agak janggal pada pandangannya.Wanita itu seakan-akan sengaja mengelak daripada memandang ke arahnya.

"Welcome daddy!...Daddy dengan mummy bila sampai sini?".....Thalia cuba tersenyum dan menyembunyikan kekecewaannya.Walaupun bibirnya masih boleh tersenyum namun hati dan otaknya sedang berfikir cara perhitungan yang perlu dia buat untuk mendapatkan anak-anaknya.

"Daddy dan mummy datang sama-sama dengan Mateen tapi daddy pergi melawat ke anak syarikat jumpa staf-staf dekat sana dulu...Tak sangka twin baby tak sabar nak jumpa dengan Tok daddy dan Tok mummynya!"...Thalia hanya tersenyum senang mendengar selorohan Tan Sri Haiqal.Pandangan Thalia menyorot ke arah Maleeq yang menjauh dan hanya mendiamkan diri.

"Uncle Maleeq dah tengok twin baby ke?"...Thalia menegur Maleeq dengan sebaris senyuman.Maleeq menggaru keningnya kegelisahan memandang ke arah Mateen yang seperti mahu membahamnya sahaja.Akhirnya Maleeq hanya menggelengkan kepala sebagai jawapannya.

*************************

Thalia Rose tersenyum saat dapat menatap kedua-dua anaknya.Perasaannya berbaur dengan pelbagai rasa.Mereka hadir saat rumahtangganya hampir musnah.Rasa bersalah dan simpati pada anak-anaknya yang akan membesar tanpa sebuah keluarga yang bahagia.Dia tidak mahu anak-anaknya menerima nasib sepertinya.Hidup tanpa kasih dan sayang daripada keluarga.Air jernih mengalir di pipinya saat mengucup pipi anak-anaknya.Thalia tersenyum bahagia bila bayi lelakinya menguap dengan mulutnya yang kecil.Tangannya mengangkat bayi lelakinya yang sudah terbangun sedangkan bayi perempuannya masih tertidur lena.

Thalia memangku anaknya dan mula menyusukan bayinya.Midwife yang bertanggungjawab menjaganya telah menunjukkan cara penyusuan yang betul kepadanya.Renggekan sudah berhenti bila bayinya sudah melekap elok di dadanya.Thalia hanya tersenyum melihat wajah comel anaknya yang seiras papanya.Sangat persis seperti seketul Mateen Darin.

"Klackkk"

Mateen masuk dan melangkah menghampiri katil Thalia.Dia melabuhkan duduknya di sisi isterinya dan mengucup pipi anaknya yang sedang melekap didada Thalia.Tangannya naik memeluk bahu Thalia supaya menyandar ke dadanya untuk keselesaan isterinya yang kelihatan sedikit kekok ketika menyusukan anaknya.Thalia dapat mendengar dengan jelas degupan jantung Mateen.Haruman maskulin lelaki itu memenuhi rongga hidungnya sehingga membuai perasaannya.Kata-kata Puan Sri Qamariah yang kembali terlayar di benak Thalia segera menghentikan buaian rasa itu,berganti dengan rasa kecewa dan kesakitan.

"Boleh tak kita berpisah dengan cara yang baik Mateen?"....

"Awak boleh mulakan hidup yang baru bersama isteri awak!"

"Tolong jangan pisahkan saya dengan anak-anak saya!"...

Thalia berpaling ke arah wajah Mateen yang hanya satu inci jaraknya menyebabkan wajah mereka hampir bertembung.Mateen kelihatan terkejut dan marah dengan permintaan isterinya.Thalia mahu membuka mulut menyambung percakapannya namun dia terbungkam dengan ciuman paksa dari Mateen.Mateen mencumbunya dengan kasar dan terus menciumnya walaupun Thalia menolaknya berkali-kali.Tangisan bayi perempuan mereka berjaya menghentikan perbuatan Mateen.Lelaki itu menatap Thalia dengan penuh kemarahan.

"You can't leave me Thalia Rose!...Ever!"

***********************

Sudah hampir dua bulan Thalia Rose kembali ke Malaysia dan berkampung di rumah ibubapa mertuanya.Semua keperluan Thalia dan bayi disediakan oleh Mateen termasuk mengambil pakej lengkap penjagaan ketika berpantang.Thalia hanya perlu menyusukan bayi kembarnya sahaja,urusan-urusan lain akan dibantu oleh babysitter dan bidan yang menjaganya.Mateen sentiasa mengawasi pergerakan mereka melalui cctv.

Thalia Rose bergerak lincah di dapur membantu menghidangkan makanan walaupun sudah berkali-kali ditegur kerana belum habis pantang.Thalia sentiasa memberi alasan dia sudah sihat dan bosan tanpa melakukan sebarang pekerjaan.Mateen yang baru pulang dari pejabat berdiri tegak melihat belakang Thalia yang sedang membasuh pinggan mangkuk sambil rancak berbual dengan pembantu rumah.Rahangnya mengeras menahan marah dengan kedegilan Thalia Rose.

"What are you doing here Puan Thalia Rose?"....

Semua pergerakan mereka yang berada di dapur terhenti bila suara garau itu menegur.Masing-masing sudah kecut perut bila menyedari kesalahan masing-masing.Thalia menggigit bibirnya melihat wajah-wajah ketakutan mereka.Mereka mungkin akan kehilangan pekerjaan dan punca pencarian hari ini.Thalia mengelap tangannya dan beransur keluar dari kawasan dapur melintasi Mateen Darin.Langkahnya laju dibawa masuk ke dalam bilik tanpa menghiraukan lelaki itu.

"Semua orang keluar!!"....

Mateen muncul dengan wajah berang di muka pintu bilik tetamu yang menjadi tempat berpantang isterinya.Thalia Rose turut bangun dan mahu bergerak ingin keluar bersama dua orang pengasuh anaknya namun tangannya ditarik masuk semula ke dalam bilik.

"You stay!!"...Mateen mendorong perlahan tubuh Thalia ke pintu selepas pintu ditutup.Tangannya naik mengepung pergerakan Thalia.Mateen menatap tajam wajah selamba Thalia yang polos dengan rambut yang bersanggul tinggi.Hati Mateen berdongkol geram dengan kedegilan Thalia yang tidak pernah mahu mendengar katanya.

"Sayang dah habis pantang ke?"

"Kalau dah habis pantang layan hubby sekarang!!"...Mateen menarik kasar tali lehernya dan mula melepaskan butang baju kemejanya satu-persatu.

"Err..jangan!!!....saya belum habis pantang!!!!"....Thalia menikus ketakutan sambil menahan dada Mateen yang semakin menghimpitnya ke pintu.

"Kalau belum habis pantang,dengar arahan hubby!"

"Cuba jangan degil!!...Badan nak pakai lama,kalau sakit ingat ada jual spare part ke!!"

"Awak kan dah nak kahwin baru so tak payah susah-susah cari spare part!"

"Melawan!!"....

Mateen menghentak kuat tangannya ke pintu melepaskan kemarahannya.Mateen perasan Thalia Rose semakin berani meminta perpisahan sejak kebelakangan ini jadi dia sengaja tidak pulang ke rumah orang tuanya beberapa hari.Kesudahannya isterinya sesuka hati melanggar pantang yang masih tinggal beberapa hari sahaja lagi.

********************

Thalia berdandan dengan sangat cantik hari ini.Dress floral berwarna kuning dan oren membaluti tubuhnya yang semakin langsing selepas melahirkan bayi kembarnya.Dadanya yang berisi kelihatan penuh dan seksi.Thalia terlihat sangat menawan dengan solekan sedikit tebal daripada biasa,rambutnya yang curl di lepaskan bebas.Dia bagaikan mentari yang tersenyum dan bersinar pada hari ini,hari kemerdekaannya setelah habis berpantang.Dia perlu menceriakan hidupnya dan kekal kuat dalam menghadapi hari-hari yang mendatang yang mungkin menyakitkan.

"Puan Thalia"....Hilman menyambut kehadirannya dengan menundukkan kepada tanda hormat.

"Thank you Hilman!"...Thalia tersenyum manis melihat kesopanan Hilman yang tidak pernah berubah.

"Kita mahu ke mana Hilman?"

"Tuan...tuan nak memperkenalkan puan dengan Tengku Isabella!"

Thalia Rose hanya diam tanpa sebarang kata dan hanya senyuman yang terlukis dibibirnya.Apa lagi yang boleh seorang wanita lakukan jika suaminya sudah mempunyai pilihan hati yang lain.Talak dan hak berpoligami berada di tangan kaum adam.Kaum hawa tidak mampu untuk menghalangnya walau sekuat apa pun dia berusaha.Thalia bersandar ke kerusi memejamkan matanya sekejap menghambat segala kesedihan.Hati dan mentalnya perlu kuat untuk menghadapi detik-detik kelukaannya sekejap lagi.Tenang dan senyumlah wahai hati.

Thalia menarik nafas dalam sebelum keluar dari perut kereta.Thalia melangkah beriringan dengan Hilman.Setiap langkahnya disusun dengan penuh keyakinan dan wajahnya terhias dengan senyuman yang menawan.Entah mengapa kedatangan Thalia dan Hilman menjadi perhatian setiap mata keranjang yang mencuri pandang.Thalia hanya membalas senyuman nipis kepada sesiapa yang tersenyum kepadanya.Langkah mereka terhenti pada meja yang diduduki oleh Mateen.

Mateen bangun ingin merangkul pinggang Thalia Rose namun wanita itu bijak mengelak dan menjauhkan diri.Thalia beralih menyalami tangan Tan Sri Haiqal dan Puan Qamariah yang turut serta dalam pertemuan itu.Pandangan Thalia tertunak ke arah wanita cantik yang duduk di sisi seorang lelaki tampan.Thalia hanya tersenyum manis ke arah mereka.

"Bella...Alex kenalkan ini Thalia Rose my wi...."

"His ex-wife to be!!"...Thalia mencelah sesi perkenalan mereka dengan senyuman diwajah cantiknya.

Share this novel

Peah Mohd Salleh
2021-06-28 23:43:48 

thalia rose.. ko membalas rasa sakit hati dgn pura2 bahagia ndak lama ni c mateen yg tekanan... hahaha... tp sedih.. terus kuat thalia... jangan lama2 update ya sis...

Hawani Hashim66
2021-06-28 19:03:48 

tq dear update lagi ya...

Durra shuhada
2021-06-28 14:54:14 

Cari pasa la thalia ooooiii.. Tq update


NovelPlus Premium

The best ads free experience