Chapter 13

Romance Completed 626755

Thalia Rose terjaga kerana kedinginan menyapa badannya.Terasa lenguh dan sakit seluruh tubuh badannya kerana tidur dalam ruangan yang sempit.
Badannya hanya ditutupi dengan sehelai kemeja hitam sebagai selimut.Thalia mengeluh berat mengingatkan peristiwa semalam.Dia juga tidak faham reaksi Mateen Darin yang bagaikan tidak pernah terpalit dengan kecurangan malah masih menuduhnya berlaku curang.

Thalia menyarungkan kemeja hitam ke badannya.Kemeja itu terlalu besar saiznya hingga tangannya tenggelam.Dia membuka pintu untuk mencari keberadaan Mateen.Matanya melilau ke sekeliling yang ditutupi hutan dan pokok besar seperti kawasan yang tidak pernah di lalui orang.

Thalia berjalan perlahan menuju ke kawasan berpasir putih.Bunyi ombak kasar mengetuk gegendang telinganya.Thalia memeluk badannya bila angin pantai yang kuat menyapa tubuhnya.Terasa sangat sejuk hingga badannya sekejapan saja sudah menggigil.Mateen pula hanya duduk menghadap pantai tanpa berbaju.Lelaki itu kelihatan leka memandang ke lautan yang terbentang luas.

"Mateen!".....

Thalia menyentuh sedikit bahu lelaki itu hingga lelaki itu sedikit tersentak kerana terkejut.Mata Mateen kelihatan merah,begitu juga wajahnya.

"Awak tak sejuk?"....

Thalia bertanya prihatin.Tanpa Thalia sedar hanya dengan pertanyaan yang simple hati Mateen menjadi senang dan bibir lelaki itu mengoyak senyuman menggoda.

"Selimut I dah sampai,so I tak akan sejuk lagi!"...

Tangan Mateen pantas menarik tangan Thalia duduk di ribanya membelakanginya dan memeluk tubuh itu kemas.Dagu Mateen elok menongkat di bahu Thalia,hembusan nafas Mateen menampar cuping telinganya.Masing-masing mendiamkan diri menikmati pemandangan semulajadi pantai dan laut walaupun bunyi ombak sedikit menakutkan.

"Today is our last day before we get married".

"Anything you want to asking me?"

Mateen membuka talian jangka hayat untuk Thalia.Cuba mencari peluang untuk menyelami hati seorang Thalia Rose.Tangannya memegang tangan kecil Thalia yang kedinginan.

"Kenapa awak curang dengan saya dulu?"..Thalia bersuara lirih.

"I'm not cheating on you my love!"...

"He is someone else,believe me"!...

"I will prove you wrong about me!"...

"If I'm not guilty,you must give me a dozen children!....Deal?"

Thalia memusing sedikit kepalanya untuk melihat ke arah Mateen tanpa mengubah kedudukan mereka.Pandangan mereka bertaut sekejap sebelum Mateen memaut sisi kepala Thalia dan mencium bibir wanita itu..Bibir yang bagaikan candu yang memabukkan seorang Mateen Darin.

"Ehemmm...."

"Maaf Tuan!...Kami dah sampai!"..

Hilman membelakangkan Tuannya daripada melihat aksi panas tuan dan wanitanya.Hatinya mengumpat geram melihat adengan 18sx mereka.Mungkin dia juga perlu segera mencari calon isteri jika mahu bekerja lebih lama dengan Mateen Darin.Kemungkinan hidungnya boleh berdarah melihat aksi Mateen Darin selepas berkahwin nanti.

*************************

Hari ini adalah moment bersejarah bagi Mateen Darin dan Thalia Rose.Kisah cinta Mateen yang pernah kecundang berjaya bertaut kembali walaupun dengan sebuah paksaan.Namun Mateen akan pastikan bahagia akan jadi milik mereka setelah terbazir dengan kecurangannya yang palsu.

Thalia Rose yang sudah siap di tata rias oleh MUA terkenal kelihatan sangat berbeza wajahnya.Wajahnya bagaikan anak patung dengan solekan DOLLY.Selesai mengenakan pakaian nikah pilihan Mateen,Thalia berdiri di hadapan cermin melihat penampilannya.Seolah-olah bukan dia yang berada di dalam biasan imej di hadapannya.Dia menarik nafas panjang untuk menerima qada' dan qadar hidupnya.

"Tok...Tok...Tok!"

Bunyi ketukan pintu menyedarkannya,pintu terkuak sendiri dan muncul wajah ibubapa Mateen bersama Maleeq Dayyan.Mereka juga berpakaian serba putih sedondon.Mummy Mateen mendekati Thalia Rose dan tubuh wanita cantik itu di bawa ke dalam pelukannya.Thalia sedikit kaku dan kaget dengan tindakan wanita anggun itu.

"Semoga berbahagia sayang!"..

"Daddy nak datang jemput anak perempuan daddy untuk majlis nikah,jom cepat pengantin lelaki dah tak sabar nak salam Tok Kadi".

"Let's go sis in law...Abang takut sis in law lari lagi macam semalam!"...Maleeq mencelah namun daddynya pantas menjentik dahi lelaki periang itu.

Thalia sedikit terharu dengan layanan dan penerimaan keluarga Mateen.Hatinya tersentuh kerana dia tidak pernah memiliki keluarga yang lengkap seperti ini.Matanya mula bergenang dengan airmata..

"Don't cry sayang,nanti comot"...Tengku Qamariah tahu apa yang Hazel rasakan.Cinta anaknya terhadap wanita ini terlalu besar dan jodoh mereka masih bertemu kembali.

Thalia memasuki dewan di iringi oleh bakal ibubapa mentuanya.Tengku Qamariah membawa Thalia ke pelamin yang sangat cantik dengan tema garden di hiasi fresh flower secara keseluruhannya.Thalia tidak sangka majlis akan menjadi semeriah ini kerana dia hanya mahukan majlis pernikahan sahaja.Thalia duduk di atas pelamin bersama dengan Tengku Qamariah yang menemaninya.Tangannya terasa dingin dan jantungnya kuat berlari.Suasana kali ini sangat berbeza dengan pernikahanannya yang terdahulu.

"Aku terima nikahnya Thalia Rose Binti Norman Hakimi dengan mas kahwin lima puluh ribu ringgit tunai".

"SAH..SAH"..

Thalia tersentak bila Tengku Qamariah memeluknya dan mencium pipinya.Dia mengangkat kepalanya melihat ke hadapan,Mateen sedang buat sujud syukur.Matanya berkaca-kaca,rasa sebak kerana kembali menjadi seorang isteri.Mateen memandang ke arah Thalia Rose yang sudah sah sebagai isterinya.Terasa segala kesakitan dan beban perasaan terbang menghilang.Hatinya menjadi tenang kerana sudah berjaya mengikat Thalia menjadi haknya yang mutlak.

"Assalamualaikum my wife!"..

Mateen kelihatan sangat sempurna dengan baju Melayu off white sedondon dengannya dan lengkap bersongkok.Bibirnya merekah dengan senyuman bahagia.Lelaki itu melabuhkan duduk di sisi Thalia dan merapatkan kedudukan mereka.Tangannya dihulurkan untuk upacara pembatalan air sembahyang.Thalia segera menyambut tangan besar Mateen lalu di cium punggung tangan lelaki itu.Mateen pula tanpa di suruh mengucup dahi dan ubun-ubun isterinya.Tangan kecil isterinya digenggam erat.

"Sejuknya tangan sayang!"...Takut ke?"...

Tangan Thalia dibawa ke bibirnya dan dikucup lama.Tengku Qamariah tersenyum bahagia melihat kelakuan anaknya dan menyuakan dulang yang terhias cantik dengan fresh flower dan terdapat dua bentuk cincin di atasnya.Mateen memakaikan Thalia sebentuk cincin berlian yang sangat cantik dan berkilau dan Thalia pula menyarungkan sebentuk cincin platinun berbatu putih di jari manis Mateen.

Sesi bergambar dan melayan tetamu adalah sesi yang sangat memenatkan.Sepanjang upacara majlis Mateen tidak pernah melepaskan pegangan tangan mereka.Majlis mereka selesai lewat petang.Thalia Rose kepenatan dan meminta diri untuk berehat di suite.Majlis mereka di buat di hotel yang sama dia duduki.Terdetik rasa hairan kerana Mateen Darin dan keluarganya begitu familiar dengan hotel ini.Semua majlis yang melibatkan mereka di adakan disini.Terlalu banyak yang dia tidak tahu tentang lelaki yang sudah sah menjadi suaminya.Walaupun mereka pernah bercinta namun dia seperti tidak pernah mengetahui banyak tentang Mateen.Bagi Thalia,Mateen terlalu misteri.

************************

"Sayanggg!"

"Mmm mmm"....Thalia hanya mengumam,matanya terlalu berat untuk di buka.

"Wake up sayang!..Mandi dulu baru tidur!"

"Tak nak,ngantuk!"..Thalia merengek dalam tidurnya.

Mateen mengeleng kepala.Thalia tidur dengan baju pengantin yang masih tersarung dibadannya.Makeup juga masih belum di bersihkan.Hanya aksesori dan tudung yang telah dibuka.Mateen membuka pakaian pengantin di tubuh Thalia dan tubuh polos itu dibalut dengan tuala.Dia juga melepaskan baju melayunya dan mengendong Thalia yang masih terlentok tidur masuk ke bilik air.

Kehangatan air membuatkan badan Mateen relax.Thalia masih tidur menyandar pada badan sasa Mateen.Mateen tidak berniat mahu menuntut haknya melihatkan keadaan isterinya yang begitu kepenatan seperti orang pengsan.Mereka hanya duduk berendam menikmati kehangatan air sehingga lama kelamaan Mateen juga turut hanyut di bawa lena.

Share this novel

ctsyafinazz_
2021-10-11 11:29:16 

adakah ini hasil copy?dr td sy nmpk nama hazel

Asidah Abdullah
2021-06-15 00:05:18 

jalan ceritanya menarik


NovelPlus Premium

The best ads free experience