17

Romance Series 17281

3 tahun berlalu

Airis merenung suaminya yang sedang lena tidur. Lusa suaminya harus pergi pulang ke rumah keluarganya. Lagi beberapa hari lagi suaminya akan bernikah dengan tunangannya Tengku Maria. Peritnya menerima hakikat suami sendiri mencintai perempuan lain. Dikucup lembut dahi suaminya.

Airis berjalan lemah menuju ke tandas. Pregnancy test dibuat.
Airis terkejut.

Sudah 3 tahun dua garisan ini tidak dilihat.

2 garisan yang selalu membuat dia takut untuk dilalui , proses menggugurkan itu sangat ngeri.

2 garisan itu juga di nanti-nantikan.

Ya Allah apa aku harus buat.

Airis membuang ujian kehamilan itu. Dinyorokkan dibawah timbunan-timbunan sampah. Dia tidak mahu Ammar mengetahui perkara ini. Dia masih tidak bersedia untuk membuat sebarang keputusan.

Airis membasahkan tubuhnya dipancuran air yang deras. Selepas selesai mandi Airis mengambil wudu' dan terus mendirikan solat hajat. Airis ingin meminta petunjuk dan ketenangan.

Selepas selesai solat hajat Airis duduk dibirai katil. Sambil menunggu waktu subuh dia merenung wajah polos milik suaminya.

Kacaknya ciptaanmu Ya Allah, tapi kenapa sikapnya tidak sekacak rupanya. Tanya Airis dalam hati.

Jarinya telunjuknya berada lebut didahi suaminya, turun ke hidung, kemudian bibir.

Airis mengucup bibir itu. Dia tersenyum.

Airis mendengar azan berkumandang. Airis membuka telekung untuk mengambil air wudu' semula.

Ammar yang pura-pura tidur itu hanya tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience