36

Romance Series 17281

" Mummy, Aisyah keluar sekejap tau. Nak ambil Hariz dan Hanis. Tadi lepas potong kek, tak sempat makan lagi." Ujar Airis pada Sara.

" Pergilah, Hariz dan Hanis duduk dengan Mama kamu." Sara memberitahu pada Airis yang sudah di depan pintu dapur.

" Ok."

Airis mencari kelibat Puan Rose. Dia mendengar namanya dipanggil. Airis menoleh pada seseorang yang memanggil namanya. Oh, puan Rose. Airis mendekati Puan Rose. Dia melihat Hanis tersenyum kearahnya.

" Terima Kasih mama, sebab tolong jagakan Hanis dan Hariz. Aisyah nak ambil dia orang ni. Tadi mereka cakap nak makan kek." Ujar Airis lembut.

" Sama-sama." Belum sempat Hanis diletakkan dibawah, Puan Rose melihat Ammar tiba-tiba berdiri memandang tepat pada mata Airis.

Airis terkejut. Terkaku. Terpaku.

Wajah yang sudah lama tidak di ketemui, juga wajah yang tidak mahu lagi ditemui. Bagaimana dia boleh berada disini?

Ammar tidak tahu mahu mentafsirkan seperti mana perasaanya sekarang.

Gembira, bahagia. Semuanya ada.

" Kenalkan Aisyah, ini anak mama. Ammar namanya." Puan Rose memperkenalkan pada anaknya.

Ammar terus menarik tangan Airis jauh dari pandangan ramai orang. Mereka berhenti di taman bunga di hadapan rumah Sara.

Diabaikan panggilan ibunya.

Airis takut. Takut jika Ammar mengapa-apakan Hariz dan Hanis. Ya Allah selamatkan kami.

" Airis, kenapa tinggalkan abang?" Tanya Ammar sayu. Dipandang wajah yang amat dia rindukan. Airis diam. Ammar terus memeluk tubuh Airis dengan kejap. Airis tidak membalas pelukan Ammar.

Ammar meleraikan pelukan. Mata Airis dipandang. Ammar mendekati wajahnya pada Airis. Belum sempat bibir diletakkan pada bibir Airis, Tubuh Ammar ditolak kasar oleh seseorang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience