27

Romance Series 17281

Ammar menghentak kuat meja kerjanya. Mahu saja dia menolak segala barang-barang yang ada diatas mejanya tapi akalnya melarang membuat kerja yang tidak berfaedah seperti itu. Masalah kerja yang tidak ada habisnya manakala masalah rumah tangganya pula masih tiada khabarnya membuatkan dia semakin hilang pertimbangan.

Penat Ammar memikirkan apakah alasan Airis meninggalkan dia seperti itu sahaja. Ammar masih ingat lagi betapa romantisnya Airis pada malam sebelum kali terakhir dia meninggalkan rumah itu.

Ammar mancapai telepon bimbitnya yang berbunyi.

" Tuan, saya dapat jejaki Airis. Tapi menurut tuan rumah ini, sudah lama Airis keluar dari sini. Sudah hampir setahun." Cerita orang didalam talian itu.

" Di mana?" Tanya Ammar. Ammar tersenyum sebentar, masih ada harapan dia boleh berjumpa Airis.

" Indonesia. Nombor telepon bimbit dia yang diberi pada tuan rumah ini juga sudah tidak berfungsi." Ammar mendengar dengan sabar setiap patah perkataan yang dikeluarkan oleh orang didalam talian itu. Sakitnya hati ketika ini sama sakitnya ketika pulang kerumah, dan mendapat tahu Airis tiada di rumah.

" Borhan, kau kena cari dia sampai dapat." Arah Ammar pada orang upahannya untuk mencari Airis yang hilang hampir 1 tahun.

" Baik Tuan, tapi Tuan.. saya hanya boleh mencari dia dalam 2 bulan ini saja. Selepas ini saya kena bekerja di luar negara. Tidak dapatlah saya membuat kerja part time ini lagi." Cerita Borhan. Borhan sebenarnya tertanya-tanya juga, siapakah Airis pada Ammar. Ammar yang dikenalinya setahun yang dulu amat berlainan dengan Ammar yang sekarang. Sangat lain.

" Baiklah Borhan, saya harap awak dapat jumpa dia."

" InsyaAllah boss, saya cuba buat yang terbaik."

Ammar melihat sekeliling kondominium yang pernah didiami oleh Airis dan dirinya. Bagaikan terlayar segalanya tentang Airis. Airis yang sedang masak, sedang menonton tv dan sebagainya.

Ammar masuk kebilik mereka berdua.

Ammar mencapai baju Airis. Di peluk cium baju itu. Rindunya pada Airis hanya tuhan yang tahu. Betapa sakitnya hatinya ketika pulang kerumah ini pada hari Airis meninggalkannya.

Ammar menarik laci disebelah katilnya. Surat terakhir yang Airis tinggalkan untuknya dibuka. Dibaca semula. Setiap kali datang ke sini. Surat itu pasti dibaca. Jika dia membaca surat itu, dia marasakan seolah-olah Airis sedang berbicara dengannya.

Assalamualaikum Abang,

Maafkan Airis,
Halalkan makan dan minum Airis,
Halalkan segala yang pernah diberi pada Airis,
Terima Kasih kerana sudi menikahi Airis.
Sekali lagi maaf kerana meninggalkan abang tanpa pamitan.

I love you sayang,
Selamat pengantin baru.

Yang benar, Airis.

Ammar membawa surat itu dalam pelukan. Tanpa disangka, air matanya mengalir untuk sekian kalinya.

" Airis, Abang rindukan Airis.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience