12

Romance Series 17281

Airis yang semakin pulih dari trauma itu terus dia menghubungi Ammar untuk berjumpa malam itu . Ada perkara yang harus diselesaikan .

Tasik Titiwangsa menjadi tempat pertemuan .

Dari jauh Airis melihat Ammar yang kacak bergaya menghampirinya . Airis duduk di kerusi panjang dan pandang semula tasik yang terbentang di hadapannya . Malu sebenarnya menghadap Ammar . Tapi perkara yang ingin disampaikan penting . Malu tolak tepi .

" Assalamualaikum sayang .. " Ucap Ammar dan duduk dibelah Airis dekat dan mencium pipi kanan Airis .

" Tak payah lah cium-cium ." Airis sudah mengelap pipinya . Geli , menyampah .. salam dijawab dalam hati .

" Cium sikit je pun . Lebih pada ni pun kita pernah buat ." Airis yang mendengar ucapan Ammar itu seperti mahu ditolak saja Ammar jatuh ke dalam tasik di hadapannya sekarang .

" Saya nak kita berbincang .." Ucap Airis . Sambil memandang Ammar sekilas yang masih setia melihat dirinya walaupun Airis tidak memandangnya .

" Bincang apa , sayang ? " Tanya Ammar teruja .

" No matter what , Tuan kena nikahi saya . Tuan kena bertanggung jawab ." Jawab Airis berani . Ammar sudah mengerutkan dahinya .

" Kenapa pula Abang kena kahwin dengan Airis pula ni ? Malam tu , Airis yang goda abang . Bukan abang yang goda Airis ." Jawab Ammar berani .

Airis sudah terkaku . Apa aku perlu buat .

" Macam mana kalau saya mangandung ? " Tanya Airis .

" Gugurkan lah .. " Jawab Ammar slumber .

" What ? Tuan cakap apa ni ? gugurkan ? maksudnya .. bunuh ? " Airis sudah tidak dapat mengawal kemarahannya . Suaranya sudah kuat . Nasib baik mereka jauh dari orang ramai .

" Airis .. tak payah lah fikir benda yang tak jadi lagi . bawa bertenang." Pujuk Ammar .

" Ehh .. kau senanglah cakap . Jangan fikir lah , bawa bertenanglah .. yang mengandungnya nanti , aku .. bukan kau . Memang tak boleh berbincanglah dengan kau ni ." Airis sudah berdiri ingin mengorak langkah . Kemarahannya sudah ditahap tidak dapat dikawal . Sebelum betul-betul tak dapat dikawal lebih baik dia pergi dari situ . Karang maki hamun keluar , ramai pula yang melihat . Melihat tak apa , ada yang rakam . Tidak ke menjadi lebih rumit .

Airis berlari laju dan terus menahan teksi . Ammar tidak dapat mengejar Airis .

Ammar terus menuju ke Kondo Airis diami . Di ketuk berulang kali . Tetap Airis tidak buka . ' Aku jumpa dia esok je lah dekat pejabat . Tengah marah tu .' Ammar memujuk hati .

Di pejabat Airis membuat kerja dengan serious . Tidak diendahkan dengan kedatangan Ammar . Selepas waktu kerja tamat Airis terus pulang awal . Malas mahu terserempak dengan Ammar .

Sedang dia membuka kunci pintu rumahnya . Airis melihat Ammar sedang datang menghampirinya . Belum sempat pintu ditutup semula Ammar sudah menahan pintu tersebut .

Ammar berjaya masuk bersama Airis kedalam rumah itu .

" Airis .. kita bincang . Janganlah macam ni ." Pujuk Ammar .

" Macam apa ?" Tanya Airis bengang .

" Larikan diri .. " Jawab Ammar . Airis tersenyum sinis . Air kosong dicapai . Berhadapan dengan Ammar bukan lagi satu keterujaan tapi satu kemarahan yang tidak dapat di tahan-tahan .

Dah lah masuk rumah , karang kena tangkap basah satu hal pula . Bagus juga kena tangkap basah . Susah sangat ajak kahwin cara baik . Omel Airis dalam hati .

" Kalau lari pun apa masalahnya . Kau bukan nak bertanggung jawab pun ." Jawab Airis kasar . Sudah hilang gelaran Tuan Ammar .

" Cubalah lari .. Abang boleh buat sampai Airis datang sini balik ." Ucap Ammar tenang .

" Kau nak buat apa ?" Tanya Airis mencabar .

" Rakaman tu ? aku boleh upah orang letak dalam internet . Lepastu kakak kau si Farah tu pun tengok . " Jawab Ammar berani dan yakin . Dengan jawapan yang diberikan itu pasti Airis tidak akan berani mahu lari darinya .

" Kau .... ? binatang !!!! ... " Airis sudah meluru pada Ammar dan menampar pipi Ammar dengan kuat . Marah Airis sudah tidak dapat dikawal .. Tumbukan padu mahu diberikan pada Ammar , tapi dengan cepat Ammar mengelak dan memegang kedua-dua tangan Airis .

" Wow ... ganasnya sayang ." Kata Ammar . Sakit juga pipi kanan Ammar . Nasib tak berdarah bibirnya .

" Kenapa kau buat aku macam ni Ammar . Apa salah aku ..... aku minta kau kahwin dengan aku je . Please lah Ammar ." Airis sudah tidak agresif seperti tadi . Hanya airmata keluar tanpa hentinya .

Ammar cemas melihat Airis yang sudah meraung sekuat hati .

Akhirnya Ammar besuara ..

" Ok .. Abang akan nikahi Airis .. but don't expect our marriege will be like others people . I nikahi you sebab ini paksaan dari you . Faham? " Tanya Ammar .

Airis menganggukkan kepalanya . Biarlah Terpaksa atau memaksa . Itu belakang cerita .

" Pernikahan ini adalah rahsia antara aku dan kau . Maria tak boleh tahu tentang hubungan kita ." Jawab Ammar . Airis hanya menganggukkan kepalanya .

' Oh maknanya aku akan ada madu nanti . Tak apa lah still ok . ' Omel hati Airis .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience