18

Romance Series 17281

Harini Airis ingin membuat kejutan untuk Ammar. Airis memberi pesanan pada Ammar untuk pulang pada pukul 8 malam.

Airis memasak makanan kegemaran suaminya.

Pajeri nanas, Ayam goreng berempah, Sotong masak 3 rasa dan Airis membuat manisan kaswi.

Setelah selesai memasak dan dihidang di atas meja. Meja yang dilapik dengan kain berwarna merah hati itu sangat menarik. Lilin yang mempunyai 1 kaki 3 kepala itu diletakkan ditengah-tengah meja. Akan dinyalakan selepas dia pula bersiap.

Selepas mandi dan solat maghrib Airis mengenakan short dress tanpa lengan dan leher yang luas yang menampakkan sedikit bahagian dadanya , warna biru baldu menjadi pilihannya . Airis membeli dress tersebut semasa membeli barang dapur.

Airis mengenakan naked make up. Rambutnya disanggul. Minyak wangi Dior di sembur pada lehernya, pinggangnya dan belakang. Lotion tangan dipakai. Tidak dilupakan high heels berwarna sama dengan dressnya disarung pada kakinya.

Airis melihat penampilannya di cermin. Dia memusingkan badanya ke kiri dan kanan.

" Okay, perfect."

Sebenarnya Airis malu memakai Short dress yang sangat terdedah ni.

Tapi untuk suami. Dia harus yakin.

Jam tangan dikerling. Lagi 10 minit pukul 8 malam dan suaminya akan pulang.

Airis berjalan penuh gaya menuju ke meja yang sudah terhidang dengan makanan. Airis menyembur wangian pada setiap sudut rumah. Lilin dinyalakan dan segala lampu ditutup. Suasana romantis yang di angankan menjadi.

" Okay, perfect."

Airis mengambil telephone bimbitnya yang sedang dicharge dibilik tidurnya.

" Okay, dah full."

Sebelum keluar semula untuk menutup pintu Airis melihat bilik tidurnya juga sudah dihias dengan cantik dan wangi. Cadar putih dan ditabur kelopak-kelopak bunga ros merah di atas katil .

" Okay, perfect."

Airis duduk di kerusi. Lagu yang akan dimainkan sudah di download petang tadi.

" Ting .. tong.." Airis tersenyum. Ammar sudah sampai.

Airis membukakan pintu untuk suaminya. Airis menyalami yangan suaminya lembut. Ammar pula mengucup dahi isterinya.

" Assalamualaikum abang."

" Waalaikumsalam sayang."

Ammar melihat penampilan isterinya. Wah, seksinya. Airis tersipu malu.

" Wow, you're really beautiful tonight." Puji Ammar. Pinggang isteri dirangkul dan berjalan beriringan. Ammar melihat ada meja yang dihias cantik diruangan tamu.

" Surprise Abang." Ucap Airis manja.

" Wow..tak sangkanya malam ni banyak kejutan." Ammar tersenyum dan terharu. Pipi Airis dicium. Airis menarik kerusi untuk suaminya duduk.

Ammar melihat meja tersebut penuh dengan makanan kegemarannya. Tersenyum lagi. lagi dan lagi.

" Abang makan kuih kaswi ni dulu." Airis menyuapkan kuih kaswi yang dipotongnya itu pada suaminya menggunakan garfu.

" hmmm..delicious sayang." Puji Ammar. Airis bangun dan mendekati meja kecil dibelakang suaminya dimana dia meletakkan telepon pintarnya tadi. Airis memasang muzik romantis tanpa lagu di download petang tadi. Airis memegang jari suaminya dan ditarik lembut untuk berdiri. Airis membawa suaminya ditengah ruang tamu.

" Abang tahu menari?" Tanya Airis romantis.

" No." Jawab Ammar.

"Airis tahu. Jom Airis ajar." Air metakkan tangan kanan Ammar di pinggangnya , dan tangan kiri Airis merangkul leher suaminya. Tangan kanan Airis dan juga tangan kiri Ammar bersulam kemas.

"Abang, tengok mata Airis. Abang ikut sahaja langkah Airis." Ammar membuat apa sahaja arahan Airis.

Mata mereka bertaut.

Airis merenung wajah Ammar.

Mereka menari dengan penuh emosi menghayati muzik tersebut.

Ammar mengucup bibir Airis.

Airis terkejut dan membalasnya. lama.

Airis melepaskan kucupan.

"Kita makan dulu." Ajak Airis. Ammar menganggukkan kepala.

Selepas mereka berdua makan dan berbual.

" Abang .. Airis ada kejutan lagi." Luah Airis penuh menggoda.

" Lagi?" Terkejut Ammar dan tersenyum bahagia.

Airis memegang tangan suaminya dan dibawa ke bilik tidur mereka.Telephon pintarnya dibawa bersama.

Ketika pintu dan lampu dibuka. Terkejut Ammar melihat suasana bilik tidur mereka. Haruman dibilik itu sangat menyenangkan.

Airis menolak lembut suaminya untuk duduk di birai katil.

"Duduk sini." Airis menutup pintu bilik dan lampu dimatikan dan lampu tidur dipasang. Lagu yang lain dimainkan. Airis berdiri semula dihadapan Ammar tapi dari jarak yang jaun sedikit.

" Airis nak buat persembahan."

" Persembahan?" Tanya Ammar. Lagu sudah terpasang.

Airis sudah menari dengan penuh menggoda. Terkejut Ammar. Dan dia tersenyum melihat tarian yang sangat seksi itu. Airis melepaskan sanggulnya . Beralun lembut rambut panjang itu. Ammar menelan air liur. 'Apa dia nak buat ni.' Mata Ammar masih setia menonton persembahan dihadapannya.

Ammar melihat tangan Airis di bawa kebelakang. Airis memusingkan tubuhnya kebelakang. Airis membuka zip dressnya perlahan-lahan. Terdedah belakang isterinya. Air liur ditelan lagi.

' Mana isteri aku belajar semua ni.'

Airis membuka pakaiannya dan tersenyum menggoda dan menghampiri Ammar.

dipegang pipi Ammar di belai pipi suaminya.

Malam yang indah dirasakan Ammar itu tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

Airis yang romantis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience