33

Romance Series 17281

Airis yang sedang melayan Hariz dan Hanis bermain, sekali sekala melihat dari jauh rancak Sara dan Puan Rose berborak di halaman.

Tak sangka, ramai juga orang Malaysia duduk dekat Negara orang ni.

Puan Rose memanggil-manggil Airis untuk menghampiri mereka semua yang sudah sedia untuk makan malam bersama. Airis memimpin tangan Hariz dan Hanis untuk kemeja makan.

" Abang, muka Hariz ni.. macam muka anak kita masa kecil kan?" Tanya Puan Rose pada suaminya. Hariz didukung oleh Tuan Mukhtar.

" Betul.. seiras sangat." Jawab Tuan Mukhtar ceria. Di cium-cium pipi Hariz. Hariz menahan geli kerana misai dan janggut Tuan Mukhtar mengenai pipinya. Airis yang memerhati dari tadi tersenyum.

Sepanjang berada di rumah Sara. Pelbagai cerita Puan Ros bercerita. Banyak cerita berkisarkan kisah anaknya.

Menurut Puan Rose dia mempunyai seorang anak lelaki tunggal. Dia pulang ke Malaysia kerana untuk menghadiri majlis perkahwinan anaknya empat tahun lepas, tapi dibatalkan pada saat akhir. Kemudian anaknya jatuh sakit. Fikir mereka, anaknya sakit kerana dibuat orang, tapi telahan mereka salah. Anaknya semakin hari semakin teruk penyakitnya.

Terpaksa mereka suami isteri berhijrah semula ke Malaysia. Anaknya menghidap kemurungan yang teruk. Dua tahun lepas baru anaknya sedikit-sebanyak berubah semakin sihat sehingga sekarang. Anaknya sudah boleh kembali bekerja dan menguruskan diri sendiri.

Setelah anak mereka sihat, Puan Rose dan suami membuat keputusan untuk kembali kesini dan menyerahkan semula urusan perniagaan kepada anaknya setelah 4 tahun Tuan Mukhtar mengambil alih sementara menunggu anaknya kembali sihat.

Puan Rose cerita lagi, anaknya akan datang kesini bulan depan. Bila tarikhnya tidak pula Airis mahu bertanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience