34

Romance Series 17281

Airis sibuk didapur memasak masakan kegemaran anak-anaknya. Harini majlis harijadi anak dia yang ke 4 tahun. Bermakna lagi beberapa bulan genaplah 5 tahun Airis meninggalkan tanah Malaysia.

Asyraf dan Jack pergi ke bandar katanya, untuk membeli hadiah, Puan Sara sentiasa ada disisi membantu Airis didapur.

" Aisyah, cake ni.. bila nak letak topping?" Tanya Sara ketika melihat cake yang baru di keluarkan dari ketuhar.

" Sekejap lagi, tunggu dia sejuk." Jawab Airis sambil mengadun whipping cream bersama gula halus didalam mixer. Sara melihat sahaja tangan Airis yang lincah membuat kerja. Sara sangat menyenangi sikap Airis yang serba boleh. Mahu di sunting menjadi menantu, tapi.. status Airis tidak diketahui. Isteri orangkah, atau janda? tidak pula dia mahu ambil tahu. Memang sikap Sara dan Jack tidak suka mengambil tahu perihal peribadi orang lain.

" Aisyah ada jemput mama Rose?" Tanya Sara pada Airis yang sedang membahagi-bagikan cream yang sudah siap kepada 3 bahagian untuk diwarnakan.

" Ada, tapi.. dia kata mungkin dia lambat sikit." Ujar Airis.

" Ohh, dia lambat sebab ambil anak dia lah tu rasanya." Sara membuat andaian.

" Ambil dekat airport ke?" Tanya Airis pula pada Sara.

" Mungkinlah. Oklah, mummy nak pergi depan nak tengok Hariz dan Hanis. Nanti dah siap letak je dekat freeze mummy lagi satu tu tau, yang lagi satu dah penuh." Sara meminta diri untuk ke depan.

Sebentar lagi majlis akan bermula. Airis sibuk menyiapkan anak-anaknya. Dipakaikan gaun berwarna putih susu pada Hanis, di solek sedikit wajah comel itu, di sanggul rambut Hanis yang panjang dan diletakkan mahkota di atas kepala Hanis. Bukan main seronok Hanis bila melihat cermin.

" I am so beautiful." Luah Hanis sambil tersenyum dihadapan cermin besar itu.

" Hanis duduk pula. Mama nak siapkan abang." Airis mengejutkan Hariz yang sudah tertidur ketika menunggu gilirannya untuk disiapkan.

Selepas kedua-dua anaknya sudah disiapkan, kini giliran Airis pula untuk bersiap cantik-cantik untuk majlis yang akan bermula selepas isya' nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience