38

Romance Series 17281

Airis membuka matanya. Melihat dari kawasan yang dia berada sekarang sangat asing. Tiba-tiba wajah Puan Rose menyapa masuk keruangan bilik yang cantik hiasannya.

" Aisyah, Aisyah dah sedar. Nah, minum air kosong ni." Puan Rose menghulurkan segelas air pada Airis.

" Mama, saya dekat mana ni?" Tanya Airis pelik. Bilik ini tidak pernah dia masuki. Adakah rumah Sara ada bilik yang lain? setahu dia semua bilik di rumah Sara sudah dia terokai.

" Aisyah dekat rumah mama sayang. Tak sangka mama, rupanya Aisyah adalah menantu mama." Puan Rose membelai rambut panjang Airis. Airis diam. Dia melihat jam didinding. 2 pagi.

" Ma, mana Hariz dan Hanis?" Tanya Airis risau.

" Mereka ada. Tengah tidur dengan ayahnya." Ucap Puan Rose sambil tersenyum mesra. Siapa sangka, rupanya wajah Hariz sama dengan Ammar adalah kerana mereka ada pertalian darah. Memang Puan Rose marah pada mulanya kerana dia ditipu hidup-hidup oleh anaknya. Tapi bila mengenangkan menantunya adalah Aisyah yang cantik dan baik orangnya, ditambah pula dianugerahkan cucu kembar yang comel-comel. Marah itu terus bertukar dengan rasa syukur yang tidak terhingga.
" Maafkan saya ma. Saya betul-betul tak tahu sebenarnya Ammar itu anak mama." Ucap Airis sebak.

" Tiada apa yang perlu dimaafkan. Ammar sudah ceritakan segala-galanya pada mama. Sudahlah, jangan risau. Kamu rehat sahaja." Airis tersenyum seraya terus memeluk tubuh Puan Rose. Siapa sangka wanita ini adalah ibu mertuanya?

Selepas selesai solat subuh, Airis masih merasakan pening kepala. Niat dihati hendak menemui anak-anaknya terbantut. Dia merebahkan semula tubuhnya di katil king dibilik itu.

Sudah terasa lama dia tidur, Airis membuka matanya. Terkejut dia, apabila tubuhnya sedang memeluk tubuh seseorang. Bila diamati, wajah lelaki yang sedang enak didakap itu adalah Ammar. Ya, ini Ammar. Ammar suamiku.

Ammar merasakan tubuh Airis bergerak. Ammar membuka matanya. Mata Airis yang merenungnya ditatap. Lama mereka berpandangan sesama sendiri.

" Selamat pagi Airis. I love you." Selesai mengucapkan ayat tersebut dia mencium bibir Airis. Airis yang dirinduinya. Airis yang dicintainya.

" Kenapa diam?" Tanya Ammar pada Airis. Airis dilihatnya hanya diam dari semalam. Tidak bahagiakah Airis apabila melihat wajah aku. Dia tidak rindui ku sebagaimana aku merinduinya?

" Sorry, saya nak bangun. Boleh tolong lepaskan saya?" Barulah Airis bersuara. Tapi suara itu langsung tiada nada mesra. Ammar mengamati wajah Airis. Wajah yang semakin cantik dan dewasa.

" No, please say that you love me too first." Arah Ammar pada Airis.

" Sorry, I can't..." Jawab Airis jujur. Ada ketegasan pada nada suaranya.

" Why sayang?" Soal Ammar penuh tanda tanya.

" Because I hate you. So, please. Let me go and one more thing, I am not your wife anymore." Airis memandang tepat mata suaminya. Adakah dia masih suamiku? Ya, aku yakin bukan. Dia bukan suamiku lagi.

" No, you are still my wife. Abang sentiasa jalankan tanggungjawab abang. Abang sentiasa beri nafkah pada sayang. Dari dulu hingga sekarang. Abang tak pernah lupa. Dengan cara masukkan duit pada akaun sayang." Jelas Ammar, dia sudah melepaskan tubuh Airis. Cepat Airis turun dari katil. Ammar menyandar pada kepala katil.

Airis terdiam.

" Kenapa sayang tinggalkan abang? Airis tahu tak, betapa terseksanya hidup abang tanpa Airis?" Soal Ammar dengan wajah sayu.

" Sebab, Airis tak nak gugurkan anak lagi." Airis menjawab soalan Ammar itu.

" Sayang, abang mintak maaf sayang. Abang mintak maaf. Abang silap dulu. Abang jahil, abang kejam. Maafkan abang. Abang sedar abang salah buat Airis macam tu. I'm terribly sorry. Please be mine..totally mine. I will not treat you this way again. I won't do that from now on." Ammar berdiri dihadapan Airis, tangan Airis dicapainya kemudian dikucup dan digenggamnya dengan erat.

Airis terdiam. Dia sangat terharu.

" Airis, terima kasih sebab lahirkan anak-anak abang. Abang berterima kasih kerana Airis selamatkan anak-anak abang dari kekejaman abang dulu. I love you sayang. I love you deep from my heart. I am really really miss you" Ammar memeluk tubuh Airis dan dicium ubun-ubun Airis.

Airis ingin membalas pelukan suaminya. Belum sempat dia ingin lakukan itu. Tiba-tiba pintu di ketuk dari luar bilik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience