Airis yang terlalu teruja dengan perkhabaran pernikahan antara Farah dan Boss Farid hujung minggu ni . Farah juga kembali sihat selepas dibenarkan keluar dari Hospital KPJ .
Airis yang baru mahu menapak ke bilik Ammar untuk makan tengah hari terkejut dengan sapaan perempuan seksi dan cantik dihadapannya . Seperti model perempuan ni .
" Hai .. boleh jumpa dengan tunangan saya ? " Tanya gadis cantik itu dengan senyuman manis .
" Siapa ya tunangan Cik yang cantik ni ." Airis bermanis mulut . Memang menjadi , bukan main tersenyum lebar gadis tersebut bila di puji .
" Ammar Mukhriz , your Boss . Nama saya Tengku Maria , panggil Maria je ." Jawab gadis itu masih dengan senyuman . Airis yang seakan-akan tersenyum itu tidak tahu senyuman itu berperisa pahit atau kelat yang pasti bukan senyuman manis . Kenyataan perempuan itu bagaikan belati yang menghiris hati dan di perah limau nipis . Wah , nyilunya .
" Ohhhh .. dia ada di dalam . Tapi tengah ada meeting .. sekejap lagi habislah . Tak pernah pun nampak Maria keluar dengan Tengku Ammar sebelum ni ." Tanya Airis pada Maria .
" Saya cuti buat master dekat England . Sekarang tengah cuti sem . Waktu cuti baru dapat jumpa Ammar ." Jawab Maria mesra .
" Ohhhh ... " Airis cuba membuat muka sehabis tenang . Aku dengan dia hanya kawan , kenapa aku sedih sangat . Why ? why ? why ?
Semenjak kejadian itu Airis menyibukkan diri dengan ,
kerja ! kerja ! kerja !
Setiap kali di ajak keluar oleh Ammar ,
mengelak ! mengelak ! mengelak !
Panggilan pun sudah tidak diangkat . Dengan lebih tepat telepon bimbitnya di Off kan .
Majlis pernikahan Farah dan Boss Farid pun Airis pergi dan pulang sendirian menaiki transport awam . Panggilan Ammar juga tidak diangkat . Pesanan juga tidak lagi dibalas ketika diminta pergi bersama .
Sabar Airis .. lagi 2 minggu je , semua ini akan berakhir . Aku akan pastikan takkan berjumpa dengan lelaki penipu ni lagi .
' dia tipu apa Airis ? kau yang tak pernah tanya dia single atau taken . Kau yang salah bukan dia .'
' Tapi dia layan aku dengan baik . Macam suka dekat aku .'
' engkau yang perasan . Dia layan semua orang dengan baik . Kau yang salah sangka .'
' Tu lah .. tak siasat dulu sebelum jatuh . Dah jatuh tu , cepatlah bangun sendiri .'
" Argggghhhhhhh . Tak guna . Bodohnya aku . Stupid !!!!! " Jerit Airis kegeraman . Penat dia melayan monolog antara akal dan hatinya sendiri . Papan kekunci ditekan-tekan dengan kuat . Di luar Office seperti semua sudah pulang . Airis mengerling jam tangannya . Jam sudahpun menunjukkan pukul 9.30 malam .
Sedang Airis mengemas barang untuk pulang . Tiba-tiba pintu bilik pejabatnya dibuka . Ammar .
" Assalamualaikum Airis . Lambatnya balik ." Ammar mendekati Airis .
" Waalaikumsalam ." Soalan yang kedua diabaikan oleh Airis . Airis masih berpura-pura sibuk dengan mengemas barang-barangnya .
" Saya nak cakap sikit . Duduklah ." Pinta Ammar lembut . Ammar juga mengambil tempat di sofa yang berada di bilik sederhana besar itu . Airis pula mengambil tempat duduk dihadapan Ammar . Mata Airis menentang mata Ammar berani .
" Cakaplah ." Arah Airis .
" Okay .. Saya nak tanya . Why don't you pickup my call and not reply my text ? saya ada buat salah ke ?." Tanya Ammar putus terang . Airis yang seakan-akan menjauhkan diri darinya . Ikut perkiraan lagi dua minggu Airis akan berhenti dan PA lamanya bernama Anita akan mula bekerja semula .
Ammar tidak mahu hubungan ini berakhir begitu saja . Berakhir dengan pergaduhan .
" Saya tak mahu ganggu tunangan orang ." Jawab Airis matanya masih memandang anak mata Ammar . Rasa mahu di tampar lelaki dihadapannya ini .
" Come on lah Airis . Sebelum ni ok je kita keluar sama-sama , on the phone sepanjang malam , chat sama-sama ." Ucap Ammar lagi .
" Itu sebab saya tak tahu yang Tuan dah ada tunang . Kalau saya tahu Tuan dah bertunang saya takkan keluar dengan Tuan . Call or mesej takkan pernah saya balas . " Balas Airis berani .
" Airis .. tunang saya tak kisah lah . Maria boleh terima . Saya kenal lah Maria tu ." Ammar masih mahu memujuk . Padahal kata-kata itu lagi menyakitkan hati Airis .
" Masalahnya saya yang kisah . Dah lah Tuan .. kita pun tak ada apa-apa hubungan . Saya tak ganggu Tuan , Tuan pun tak payah ganggu saya . Cerita habis sini . Dah , saya nak balik ." Airis sudah berdiri untuk meninggalkan Ammar .
Ammar memegang jari Airis dan digenggam kuat . Airis cuba menarik jarinya makin kuat genggaman Ammar .
" Hey .. lepaslah ." Desak Airis . Ammar juga sudah berdiri .
" Do you love me ?" Ammar meneka . Airis tersenyum sinis .
" No , I hate you ." Jawab Airis kuat .
" I can see the answer in your eyes Airis . You're already falling in love with me ." Ammar mengasak Airis untuk mengaku .
" Yes i do .. " jerit hati Airis .
" In your dream la .. " Airis merentap jarinya kasar . Mujur terlepas . Terkocoh-kocoh Airis berlari anak meninggalkan Ammar . Airmata juga jatuh berderaian . Oh my Allah .. it's hurt me .
Share this novel