21

Romance Series 17281

Sudah 4 bulan usia kandungan Airis. Diusap lembut perutnya yang semakin membukit.

" Anak mama kena sihat ya sayang. Nanti mama akan sayang anak mama sepenuh hati mama." Ucap Airis lembut pada bayi yang masih dalam kandungannya.

Airis melihat suasana rumah sewanya. Rumah yang dia duduki sekarang sangat berhampiran dengan Hospital. Airis memang sengaja menyewa disitu. Mudah untuknya jika waktu bersalin akan tiba, tidak perlu manaiki pengangkutan, berjalan sahaja sudah sampai.

Petang itu Airis bercadang untuk membeli bakso. Teringin benar dia mahu memakan Bakso.

" Anak mama nak bakso ya, ok kita nak belilah ni." Airis tersenyum sendiri. Anak mama yang nak atau mama yang nak. Biarlah manja-manjakan diri sendiri.

Ketika dalam perjalanan untuk menghampiri gerai bakso, Airis melihat wanita Inggeris menjerit meminta tolong. Ada peragut sedang merampas beg perempuan tersebut dan berlari ke arah Airis.

Airis yang terkejut itu terus menghalang jalan lelaki itu. Di naikkan kakinya dan lelaki itu jatuh ke tanah. Airis terus mencengkam kolar lelaki tersebut dan satu tumbukan padu dipipi diberikan pada lelaki peragut tersebut, Airis menendang perut lelaki itu. Dan lelaki itu terbaring lemah di atas jalan raya.

Orang ramai mengelilingi lelaki tersebut. Airis menggapai beg yang diragut oleh lelaki tersebut. Airis melihat wanita inggeris itu menghampirinya. Pandangan Airis semakin gelap hanya kesakitan didalam perut sahaja yang dirasa.

" buk" Tubuh Airis jatuh ke tanah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience